Pages

Sunday, January 27, 2008

Kebolehan memasak. Pentingkah?

Assalamualaikum wbt.


Satu persoalan bermain dalam fikiran aku. Pernah tak kamu terfikir persoalan ni: Adakah penting seseorang wanita/perempuan/gadis/anak dara itu pandai memasak? Kalau tak tahu, adakah itu satu kelemahan? Entahlah. Tapi Emak aku selalu cakap, "kita orang perempuan ni kenalah pandai masak. Kalau tak tahu, kena belajar." Kenapalah agaknya ye? Kakak aku pun dulu paksa aku masuk dapur waktu aku darjah 6. Siap marah-marah lagi kalau malas nak ke dapur. Paling tidak pun, kena tahu tanak nasi. Nasib baik pakai rice cooker elektrik tu. Kalau tanak atas dapur, aku amatlah pasti nasi aku akan jadi hangit. Hehe.. Pastu, kakak aku cakap macam ni, "aku masa tingkatan 1 dulu dah boleh masak untuk Emak dengan Abah. Tak macam ko, darjah 6 masak nasi pun belum pass." Nak tak nak, kenalah layan je. Alhamdulillah, sekarang dah boleh masak untuk tekak sendiri. Kalau orang lain nak join, kenalah ikut selera tekak aku. =)

Tapi betul ke, kalau tak pandai masak, orang kata 'tak laku'? Hurm. Bukan apa, kadang-kadang masyarakat ni sedikit tak rasional. Hanya kerana tak pandai masak, dah kata tak boleh kahwin la, tak laku la. Tapi aku pernah jumpe orang yang tiap-tiap hari boleh layan je makan kat kuar. Beli makanan, bawa balik makan dengan keluarga ramai-ramai. Bukan tak boleh bahagia macam tu. Betul tak?

Tapi ada juga yang kata, air tangan tu yang buat makanan jadi sedap. Macam air tangan mak-mak kita. Kalau mak masak, mesti rasa dia lain sikit (sedap la) kalau nak dibandingkan dengan makanan kat luar. Ni ada satu cerita. Adalah satu hari ni. Giliran aku memasak. Konon-konon nak buat ikan bakar dengan kuah asam. Semua benda dah siap. Tapi masa nak buat kuah asam tu, kan guna air asam jawa kan? Aku ni punya la sengal sangat, tak tahu apa yang aku fikir entah time tu. Biasanya kalau kat rumah, bancuh air asam jawa tu pakai tangan je. Tapi hari tu, tiba-tiba nak guna sudu la pula. Tangan kotor la kononnya. Ingatkan tak dak siapa yang nampak. Rupanya ada la yang nampak. Siapa la agaknya. Pastu aku kena tanya, kenapa tak guna tangan je bancuh tu. Kan ke biasanya guna tangan? Aku pun dengan malunya dan buat-buat cool, bancuh la air asam jawa tu pakai tangan (tangan aku bersih ok!). Jadi juga ikan bakar aku. hehe..

Kalau aku tolong Emak masak kat rumah, time nak mula masak, Emak mesti pesan, "Wanie, kalau nak makanan tu sedap, selalulah selawat tiap kali nak masukkan bahan-bahan dalam kuali." Pastu aku ada dengar orang lain cakap pula, baca Surah Al-Kauthar. Kadang-kadang aku apply, kadang-kadang lupa. Kadang-kadang kalau nak cepat tu, masuk je semua benda (biasanya masak sup sayur atau tomyam, lebih-lebih lagi bila pakai perencah! Kat sini biasalah kalau berperencah bila memasak!) dan tinggal. Dah masuk dalam kuali, baru teringat, "alamak, lupa nak selawat!" =D

Bagi aku la kan, tak kisah kalau tak berapa pandai nak masak. Benda tu boleh belajar. Kat internet pun boleh belajar masak sekarang ni. Aku ni, setakat yang senang-senang tu boleh la. Bila sampai nak masak tahap restoran atau kedai mamak tu, minta maaf. Kalau aku hebat macam tu, baik aku bukak gerai satu. Huuuhhuhu.

Ha! Cakap pasal memasak ni, family aku ada satu resepi tradisi. Tapi ni sejenis kuih. Kamu tahu kan kuih karipap? Daripada doh karipap tu, Emak aku buat jadi bentuk 3 segi. Kami panggil karipap corong. Isinya bukan kentang, daging, ayam atau inti biasa yang kita makan, tapi intinya adalah TELUR! Telur + carrot (di'sagat' ni term aku satu family, tak tahulah jawa ke apa ke) + udang kering (ditumbuk) + garam sikit. Doh tu dikelip macam corong, isi inti, tutup corong tu, goreng. Bila goreng tu, kalau bocor, biasanya meletup-letup. Kenalah pandai buat. Emak biasanya buat masa bulan puasa. Itupun bila anak-anaknya ramai balik rumah untuk berbuka puasa. Kamu ada makanan tradisi keluarga?

Apa pun, aku memang tak tahu apa masyarakat pandang kepada orang yang kurang pandai memasak ni. Aku bukanlah orang yang hebat sangat nak judge golongan kurang pandai memasak ni, sebab aku pun lebih kurang je. hehe..


~ Innaa a'toina kal kal kauthar (1). Fasolli lirabbika wanhar (2). Inna sya ni akahuwal abtar (3). ~

7 comments:

MakcikMuda said...

ala,wanie.

cekgu rynn slalu ckp.

bile urg tuh da kawen,die akan serta merta belajar memasak.

sbb die akan mahu laki die merasa air tangannya,anak2nyer merasa air tangannya.

Anonymous said...

tahu memasak bukan kemestian, tapi keperluan.

cuba kalau satu masa nanti anak minta nasi lemak, tetiba si ibu cakap camni:

eerr..mak tak tau le masak nasi lemak,minta abah je beli kat luar yek..

terkedip2 je mata redup anak...

org lelaki pun kena tau memasak juga. :) takkan tiap2 hari nak makan restoran. lari le budget.

jgn anak membesar dgn air tangan mamak.

*membebel le pulee..*

Shazwani Adnan said...

salam to All.

Ryn: Hehe.. kalau kena duduk jauh dr family pun automatically akan belajar masak. yela, takkan nak makan luar tiap2 hari. betul tak?

CJ : hurm..nampak gayenye, sy kena mahirkan skill masak. kalau tak nanti anak2 sy jadi anak mamak la pulak. tak nak sy! hehe..

*nasib baik nasi lemak sy dah pass =P*

fattnieniey said...

jadikan memasak satu hobi.
drpd tak suke pegi dapur,trus suka masak.yay!

Shazwani Adnan said...

salam

Fatt: Adakah sekarang hobi ko memasak? wahh.. untung nih.. hehe..

Sarah Mohd Shukor said...

ks memasak sbb hobi. dulu2 memasak sbb takde pembantu rmh yg dtg wkt hari sabtu. mak gi sekolah, sape lg nak masak kan. dan skrg masak plak adlh cara lepas tension. kesimpulan, pandai masak bukan 1 kemestian. 1 hri nnti disbbkan dh ada tgjwb, dgn sndirinya the urgency utk belajar dan memandaikn lg diri dlm bab memasak ni akn dtg sndiri je. lebih2 plak kalau dh kawin. takkan nak kasi suami makan lauk bli je kot. hehe

Shazwani Adnan said...

Salam

KS: Ni nak buat KS selalu tension nih. Boleh makan lauk sedap2 tiap hari! hehe..

Hurm. sy tak mao bg suami n anak makan lua la cam ni. Nak belajar masak dgn mak sebelum kahwin. :D *gatal betul anak pakcik Adnan nih*