Shazwani bt Adnan,
Moscow, Russian Federation.
Assalamualaikum wbt.
Kehadapan Emak,
Maaf tiada apa yang Wanie boleh beri di hari lahir Emak. Wanie ucap pun sudah agak lambat. Selalunya Wanie jadi orang terawal mengucapkannya di kala orang lain belum sedar tarikh keramat itu. Tapi disebabkan internet rumah agak bermasalah, terpaksa wanie menanti pagi waktu Malaysia.
Malam tu Wanie terima mesej Elin. Tak lama lepas tu mesej Mia pula. Kedua-duanya mengkhabarkan kepulangan Emak dan Abah. Bukan tidak mahu membalas, tapi belum sempat balas, sudah masuk mesej baru. Maaf untuk itu.
Tak lama, tiba-tiba teringat. Esok 21 Januari. "Camne boleh lupa ni?" Sampai saja rumah, waktu Malaysia sudah mencecah tengah malam. "Nampak gayanya kena tunggu esok la ni."
Terlewat mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Wanie tidak senang duduk. Jadi Wanie telefon pagi itu. Atha sambut panggilan. Minta panggil Emak. Terdengar suara serak Emak buat Wanie tersentuh. Terpaksa ganggu waktu tidur Emak buat Wanie rasa bersalah. Terus Wanie ucapkan ucapan yang sepatutnya Wanie ucap sejak dari awal lagi.
Terpaksa memutuskan panggilan untuk beri Emak peluang berehat. Kata Emak, Abah juga batuk. Tidak lupa salam kusampaikan buat Abah.
Semoga Emak dan Abah sihat-sihat selalu. Semoga cepat sembuh.
Selamat hari lahir buat Emak. Semoga panjang umur dan murah selalu rezeki Emak dan Abah. Semoga selalu di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. Terima kasih sebab selalu doakan kami adik-beradik.
Walaupun Wanie tahu Emak mungkin tidak akan terbaca surat ini, tapi sebenarnya inilah yang Wanie selalu nak bagitahu pada Emak. Wanie Sayang Emak dan Abah.
Moscow, Russian Federation.
21 Januari 2008

Salam sayang,
Wanie, Moscow
21 Jan 2008
Wanie, Moscow
21 Jan 2008
7 comments:
happy birthday to makcik siti hafsah =) anak makcik sihat walafiat dgn sy kat sini. hehe
assalamualaikum,makcik!
selamat ulang tahun kelahiran.
sayang anak makcik!
hiks!
Salam.
Terima Kasih dr mak.
KS:Anak makcik hafsah memang sentiasa sihat =)
Ryn: Anak makcik hafsah pon sayang sangat kat Ryn
eer.. mak (ehehhe), jgn risau ye. anak mak selamat kat sini dalam jagaan org baik2.
Salam.
cikgu Jawe: Terima kasih, cikgu. org sini memang baik2..
assalamualaikum..
hai wani, juz nak beritahu ape yg terpendam di hati...
x tau kat mane nak komen.. tapi sy suke bace blog wani. banyak bagi sy rangsangan nak belajar...
hari2 la up date ye... leh saye bace..hehehe
waalaikummussalam.
Anonymous: Wah, tak sangka sy, masih ade yg meninggalkn komen pada entri lama. insyaAllah, kalau sy ade kelapangan, sy tak lupa update blog nih.
Post a Comment