Assalamualaikum wbt.
Hurm.. Tajuk tu macam tak sesuai je. Takpe la. Oh! Apa khabar agaknya kamu ye? Rasa lama tak menulis. Ye la, mana taknya, aku harus bergelumang dengan buku dan microbes yang pelbagai jenis. Tapi tangan ni dah rasa gatal mahu menulis. Bagaimana kamu menghabiskan masa cuti Tahun Baru Masehi kamu? Kalau yang di Moscow, aku tak rasa ada kedai2 atau pasar atau shopping kompleks yang buka. Aku hampir2 lupa semua premis tutup sebab semalam aku dah bersiap2 nak ke produkti (kedai macam 7eleven). Mujur ada yang mengingatkan yang semuanya tutup tahun baru ni. Rasa terkilan pula. Tapi ok je..
Yang di Malaysia? Ada ke mana2? Mana la tau, ada yang bershopping ke, makan2 kat luar ke.. (ala, sedapnya makanan kat Malaysia!) Semalam Fatt masak sedap sangat.. Dia masak Pai Ayam dengan Mi Goreng. Rasa macam kitorang sambut tahun baru je.
Sambutan tahun baru kat sini agak meriah tapi kitorang tak rasa meriah pun sebab kitorang tak jadikannya meriah! Haha.. Rasa malas la nak celebrate ni. Setakat tengok orang main mercun dengan bunga api je. Itu pun dari tingkap bilik. Hari ni dah masuk hari kedua tahun 2008. Tak lama lagi nak sambut Tahun Baru Hijrah pula. Kalau ada yang belum pasang azam lagi (macam aku ni ha, azam aku bukanlah spesifik sangat), kalau nak pasang, masih ada masa. Kita ni kalau sambut tahun batu Hijrah, apa salahnya kalau sambut semeriah kita sambut tahun baru Masehi. Hidupkan malam tahun baru tu dengan aktiviti yang berfaedah. Mulakan pagi tahun baru tu dengan kalam yang suci, hati yang bersih dan jiwa yang murni. Tak gitu?
Ok la, sekadar nak melepaskan rasa gatal di tangan nak menulis je. Oh, this is my 1st entry for this 2008! Hopefully I can get a lot of benefits joining this blogging activity! Have a nice day!
~ I start my day with this word : Bismillahirrahmanirrahim ~
3 comments:
wah !
tikijut !
semua baru2 belaka yew,wanie. hikhik!
slamat taun baru masehi,wanie shayang.
taun baru hijrah kang,kite sambut sesame yew. ahaks!
haa.. wanie, org kalau gatal tgn tu ada maksud. tak lama lg nk dpt cincin la kot tu. ngahaha :p study2.. time makan kita cerita byk2 ye.
p/s:lawa la font ni. nampak mcm handwriting je.
Salam To All.
Ryn si intan payung!,
Hurm. Tahun Baru, rupa blog pon nak baru juga.
KS,
Ianya rasa macam tiada kaitan pon dengan nak dapat cincin atau seumpama dengannya. Tapi kalo betul pon, apa salahnya kan? Wanie nak study, tapi ks, camne nak buat ni, rasa tetibe je semangat wanie dah dibawak lari. Tak tahu ke mana!
Post a Comment