Assalamualaikum wbt.
Pagi tu aku bangun. " Emy, dah kul bapa ek sekarang?" Emy balas,"12 kot. Eh tak la.. Kol 1 pagi dah!". Aku terus bangun, segarkan diri. Lepas solat Isya', aku pegi la tengok apa yang Emy dengan Dibah buat kat hall tu. Di saat orang lain diulit mimpi, kami bersengkang mata memandangkan kami saja yang menghadapi peperiksaan akhir. Wah, tinggal beberapa hari saja lagi, kami akan bebas dari belenggu exam nih. Rasa tak sabar nak tunggu walaupun ilmu tak berapa mantap lagi.
Dalam pukul 2 pagi tu, aku minta diri nak masuk bilik. Konon2 nak sambung study. Tak lama tu, diorang punmasuk gak bilik. Di laptop aku dengar radio HotFm. Tapi rasa macam bingit pula telinga dengar Cik Fafau tu berceloteh. Aku jadi pening. Last2 aku buka laman web yang selalu aku pasang masa aku study. Ya! I Luv Islam! Aku pasang bacaan Al - Quran Saad Al - Ghamidi. Hurm.. Rasa tenang sikit. Kalau tak, bercelaru otak nih. Tapi satu aku pelik. Baca notes aku, semua tak mahu masuk dalam kepala. Lagilah dalam hati. Aku rasa sedikit sedih. Tiba2 teringat pada Abah dan Emak yang kini berada di Tanah Suci. Sepanjang minggu ni, dah banyak bagi sms. Semua tak dibalas.
Aku tiba2 rasa bersalah sebab tak fokus dengan study aku. Aku bersalah pada Emak dengan Abah. Dulu, aku pernah buat Abah sedikit marah dengan aku. Masa tu aku Darjah 6. Lepas balik sekolah kebangsaan, Abah minta aku dengan Mia basuh pinggan. Tapi kitorang kena basuh pinggan di luar sebab masa tu sink rumah bocor. Kitorang bergaduh2 sampai Abah terdengar. Abah terus melenting. "Kalau tak mau basuh, tinggal je! Tau nak duduk rumah goyang kaki je. Korang ingat korang tu sapa? Dah! Korang pegi ngaji jalan kaki! Jangan naik basikal. Kalau takda basikal tu nanti, siap korang!" Kitorang terus naik bilik. Time tu rasa sedih juga. Terus siap2 nak ke sekolah agama. Before pegi tu, tengok Abah tengah duduk basuh pinggan. Aku dengan Mia bincang2. Camna nak keluar rumah ni? Last2 kitorang keluar bukan lalu pintu depan, keluar lalu tingkap. Macam pencuri je.. Tapi before keluar tu, sempat kitorang tulis sedikit nota:
" Assalamualaikum wbt.
Abah, bukan kitorang tak nak basuh pinggan tu, tapi kitorang takut lambat sampai sekolah agama. Hari ni kitorang ada ujian. Kitorang mintak maaf sangat2. "
Mia & Wanie
Lepas tu kitorang letak dekat dengan telefon bimbit Abah, dengan harapan Abah baca nota tu.
Balik dari sekolah agama, kitorang tak turun makan malam. Duduk je dalam bilik. Esoknya, Abah suruh pergi sekolah kebangsaan naik basikal. Selalunya Abah yang hantar. Hari semalam tu betul2 mengajar aku dengan Mia.
Kali ni aku rasa nak buat lagi nota maaf. Tapi kali ni untuk Emak dengan Abah. Sebab tidak fokus dalam study! Rasa bersalah yang amat sangat.
" Assalamualaikum wbt.
Emak and Abah,
I am really sorry for not focusing on my study! I have put 100% efforts to focus but ahh.. It doesnt work! At least when either of you reply my message, may be it's gonna work. May be! Please pray for me and friends. Pray for our family. Pray for Muslims. Thanks alot. Love both of you."
Wanie, Moscow
Jangan dilayan perasaan sangat. Jangan dilayan Wanie ni sangat! Sekadar mencoret apa yang terbuku di hati. Sekadar berkongsi apa yang dirasa. Nota maaf buat semua kerana mengganggu dengan luahan yang langsung tidak memberi faedah. Nota terima kasih kerana sudi berkongsi.
Dan lagi satu: Nota Salam Awal Muharram 1429H buat semua. Semoga kita semua terus kuat untuk tempuh lagi ujian Allah SWT. InsyaAllah.
~ Satu Muharram detik permulaan...~