Assalamualaikum wbt.
Salam tahun baru 1430H. Usai solat Zuhur tadi, aku, KS dan Fareena ke kedutaan Malaysia untuk memenuhi jemputan rumah terbuka sempena Raya Haji. Macam biasa la, berbaju kurung. Tapi yang lainnya, hari ini salji turun dengan agak lebat. Di atas tanah pula, salji menebal. Kiranya berbaju kurung meredah salji yang tebal la. Aku lagi rock, berbaju kurung tapi berkasut sukan. Haha..
Sebelum Maghrib, aku sampai di rumah. Bersegera solat Asar dan terus membaca doa akhir tahun. Selepas Maghrib, kami mulakan tahun baru dengan doanya. Dan aku mula dengan kerja mengedit aku. Hehe..
Salji kali ini buat aku gembira. Ye la, berakhirnya musim sejuk kali ini bermakna, tinggal lagi dua musim saja kami bersama KS. Musim bunga dan musim panas. Tapi tak apa. Itu bukan pointnya. Apa yang aku mahu cerita, ini permulaan cerita musim sejuk di Moscow. Entah apa entah yang dibuat oleh Cik Wanie ni, kamu ikut sajalah. Hehe..
**Selamat Tahun Baru 1430H. Pasang azam untuk jadi lebih baik.
**Tekan saja play pada video tu. Aku dah tak tahu nak ubah macam mana lagi. =)