Assalamualaikum wbt.
Sekarang baru 5.24 petang, tapi keadaan di luar sudah gelap. Salji turun dengan lebat. Aku yang berjalan ke Pejabat Dekan petang tengahari tadi pun terasa sangat lama. Selalunya hanya mengambil masa 10 minit saja. Tapi disebabkan salji yang lebat ini, buatkan masa perjalanan kami mengambil masa 20 minit. Keluar saja dari rumah, semua sudah putih. Aku terasa macam sudah jadi beruang polar. Haha...
Di pejabat Dekan, aku terserempak dengan beberapa budak junior lelaki. Pada mulanya aku melihat mereka dengan pelik. Kenapa? Sebab satu mereka berkemeja dan bertali leher. Itu tak adalah pelik sangat. Yang lebih buat aku bertambah pelik, kesemua mereka memakai tali leher yang sama! Berwarna hijau, dan siap dengan klip tali leher, juga serupa! Sebagai senior yang 'ala - ala baik gitu', aku pun mula tanya mereka budak tahun 1 ke? Dari mana, budak scholar mana, dan akhir sekali tanya nama! Ooo.. Rupanya mereka ini pelajar tajaan Angkatan Tentera Malaysia. Padan berdisiplin, siap bertali leher. Baguslah.. Hehehe.. Lepas tu, untuk tunjuk baik lagi, aku tanya, mereka ada masalah ke tak sejak duduk sini. Mereka kata ok saja. Cuma sekarang ni mereka tengah excited sebab ni pengalaman pertama mereka merasai suasana snowing.
Bila borak - borak macam tu, teringat masa aku first year dulu. Pengalaman pertama merasai snowing, masa tu aku berada di kelas General Chemistry, di bangunan yang terletak hampir di hujung dunia, stesen metro Ismailovskaya. Kalau hendak ke kelas masa tu, kena bertolak awal sangat. Lagi seksa kalau kelas tu pagi dan waktu itu waktu musim sejuk dengan salji yang lebat turun dengan dahsyatnya. Berjalan macam orang pergi kutub. Masa pertama kali itulah, aku dan kawan - kawan keluar pergi main snow ball sementara tunggu cikgu masuk. Pengalaman itu satu pengalaman yang mungkin aku tak dapat lupakan bila aku sudah habis belajar nanti.
Sekarang kami sudah berada di penghujung musim luruh. Suhu pun sekejap panas, sekejap sejuk. Sekejap hujan, sekejap turun salji. Alhamdulillah selepas ini, kelas - kelas aku semuanya dekat - dekat saja. Tak payah nak keluar rumah awal sangat untuk meredah kesejukan.
Aku kena rancang percutian musim sejuk aku dari sekarang. Memandangkan aku dan beberapa kerat saja yang tinggal di Moscow untuk cuti musim sejuk kali ini, aku kena pastikan cuti aku tidaklah terlalu bosan. Jaringan internet kena ada 24 jam. Bekalan makanan dalam peti sejuk kena sentiasa penuh. Nampaknya jelajah Moscow lagilah aku cuti winter kali ini! Seperti tahun lepas.. Cuti aku kali ini lama. Sebulan lebih. Nak pulang ke Malaysia, Emak kata buang masa. Adoii.. ~~ Tapi kalau terperuk saja dalam bilik, alamat rugilah aku, tak menikmati keindahan kota Moscow ketika dipenuhi salji! Wanie, kena rancang cepat!