Pages

Showing posts with label autumn. Show all posts
Showing posts with label autumn. Show all posts

Thursday, November 27, 2008

Pra - Musim Sejuk 2008 - Part I

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ini aku ada polisi baru. Aku nak letak gambar yang dah diedit dan compile dalam satu file picture supaya banyak gambar boleh dikongsikan.

Memandangkan ada orang minta gambar snow, dan kebetulan hari ini snowing di luar, aku ada mengambil beberapa gambar untuk tatapan kamu. Itu dulu setakat ini. Nanti bila dah masuk musim sejuk yang betul - betul, banyak lagi gambar akan dikongsi, insyaAllah.

Ada orang kata blog ini bertukar mengikut musim. Hurm.. Entah, aku rasa aku mahu kongsi pengalaman aku di sini. Dan itu juga antara satu misi aku supaya orang yang tak ada peluang merasai pengalaman ini boleh merasai satu suasana sebagaimana apa yang aku rasa kat sini.

Dan untuk bahagian I penjelajahan musim sejuk, ini akan aku kongsikan. Nak tengok salji Moscow kan? Aku bagi ni.

**Terutama untuk Asma yang jauh nun di Jordan! Nah, aku bagi. Posing cantik punya..

Saturday, October 18, 2008

Kuning :: Hijau :: Perang

Assalamualaikum wbt.
Ini bukanlah satu janji. Tapi niat di hati memang ingin berkongsi suasana di Moscow dengan semua orang. Kalau hanya ditulis, minda tak terbayang keadaannya bukan? Jadi gambarlah jadi bukti.

Siri penjelajahan suasana musim luruh bermula selepas pulang dari membeli - belah barangan yang diperlukan. Kebetulan sewaktu perjalanan pulang, kami melintasi satu taman yang biasanya dipenuhi dengan kanak - kanak bermain pada waktu petang. Taman Frunzenskaya kami gelar. Hanya beberapa kilometer dari bangunan pejabat Dekan yang terletak di Stesen Metro Frunzenskaya. Kami berlima sudah cukup untuk jadikan niat aku termakbul. Kebetulan aku membawa kamera, habis semua pemandangan jadi spot lensa aku. Huhu..

Kita tengok gambar jom! ('.~)V



Daunnya perang.. Daun kuning pun ada. Itik pun menikmati kekuning - perang - orenan musim luruh.



Burung berterbangan menjadikan pemandangan sangat tenang. Berkawan dengan itik di tasik.



Inilah kami berlima (campur orang yang menangkap gambar). Maaf lelaki seorang tersesat. =)


Salam musim luruh. Nah, ambillah daun maple ni. Aku bagi. Aku pegang yang kuning. Dibah pula yang masih ada hijaunya. Belakang kami : Hamparan daunan Oren Campur Perang - Perang Sikit. huhu


**Kuasa Redha tu hebat. Bukan semua boleh buat. Tapi KS insyaAllah boleh. ('',)

Wednesday, October 15, 2008

Kuningnya Itu Menceriakan

Assalamualaikum wbt.

Walau sudah hampir sebulan setengah daunan mula gugur, aku rasa aku masih belum terlambat untuk ucap salam musim luruh dari Moscow. Aku nak kongsi rasa kekuningan ini dengan semua sebab bukan semua berpeluang mengalami suasana ini. Harap musim luruh di rumah aku ini disukai dan keceriaan warna kuningnya buat semua orang gembira sampai tak lekang senyuman dari bibir.. ('.~)v

Aku hanya mengikut alur dedaun. Tapi aku tak mahu jatuhnya sampai tersembam ke Bumi. Aku ingin berdiri tegak seperti pepohonan walaupun daun kuningnya sudah sampai ke tanah.