Pages

Monday, August 25, 2008

Belajar menjahit

Assalamualaikum wbt.

Di rumah ada sehelai kain yang panjangnya sesuai sangat untuk dibuat baju kurung. Sudah lama aku lihat kain itu terlipat di dalam bakul. Sebenarnya kain itu kepunyaan Mia, tapi akhirnya aku yang tanya dia sama ada dia masih mahu kain itu atau tidak. Bila dah kata "Ko nak buat baju ke? Buatlah..", apa lagi, aku cakap dengan Emak yang aku nak buat baju daripada kain yang dah 3 tahun lebih terduduk dalam bakul tu.

Dan ceritanya bermula begini....
Hari ini kita hendak belajar menjahit. Menjahit apa? Baju kurung Pahang. Cara membuat baju kurung ini lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan membuat baju kurung biasa sebab kekek baju kurung biasa kecil sedikit dan kemungkinan untuk tercicir adalah lebih besar. Jom kita mulakan sesi pembelajaran kita ya..


Alat - alat yang diperlukan : pembaris, pita pengukur, gunting (pastikan mata gunting tajam), kapur, jarum peniti, baju contoh dan kertas minyak bagi sesiapa yang hendak menyediakan polar baju.


Proses menjahit ada 3 peringkat: a) pemotongan kain b) jahit tepi (untuk mengelakkan kain berbulu semasa menjahit c) menjahit

Sesi pemotongan kain

Mula - mula kita bentangkan kain di atas lantai / meja/ mana - mana sahaja asalkan tempat itu cukup besar dan selesa untuk kita memotong kain.

Bentangan kain mesti rata supaya mudah untuk diukur dan dipotong. Gambar di atas hanya untuk ditunjukkan.



Lepas itu bolehlah kita mula mengukur badan si empunya kain atau lebih mudah guna sahaja baju si empunya sebagai contoh. Tapi apa yang aku buat adalah membuat polar baju menggunakan kertas minyak. Bahagian baju kurung yang perlu dipotong : bahagian badan, pesak, kekek, lengan dan jangan lupa kain sarungnya.


Sesi mengukur dan menanda

Sesudah itu, bolehlah memotong kain yang cantik itu mengikut ukuran yang sudah diambil. Kalau guna polar baju, letakkan saja polar yang sudah siap dan gunting mengikut polar tersebut (kira macam tekap je la..).

Inilah bahagian - bahagian baju yang telah siap dipotong dan sedia untuk dijahit tepi oleh mesin penjahit tepi yang laju itu.

Sesi jahit tepi


Kalau dulu Emak aku selalu hantar jahit tepi di kedai. Tapi sekarang di rumah ada sebuah mesin jahit tepi dan ia melancarkan proses menjahit. Semua bahagian kain yang sudah dipotong tadi dijahit tepinya agar memudahkan si tukang jahit untuk mencantumkan bahagian tersebut.

Sesi ini tidak mengambil begitu banyak masa sebab mesin jahit tepi itu sangat laju sehinggakan jika kita tidak begitu yakin untuk handle ia, kain boleh jadi rosak.

Selepas ini bolehlah kita memulakan sesi menjahit.

Sesi menjahit

Mulakan jahitan anda dengan Bismillahirrahmanirrahim. Kemudian lihatlah hasilnya. Tapi hasil jahitan baju aku (bukan aku pun yang jahit, tapi aku punya baju..) belum nampak lagi. Tak tahu cantik tak kalau kain merah jambu itu jadi sepasang baju. Dan lagi satu, aku bakal pakai baju MERAH JAMBU! Merah jambu itu agak terang ok!.. OMG! lol
SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

mak aih..rajinnyer dia...saya tempah jerlah nampaknye..nak buat pun takde mesin jahit..hubby tak kasi beli pasal dia tau saya ni cam hangat2 tahi ayam je nak belajar hehehe :D

fattnieniey said...

ceh.
melangkah lebih jauh dengan menjadi suri rumah sejati.
bangga aku.
ekekek.
bila nak siap nye?
nnt post lah,nak tgk hasil nye.:)

Shazwani Adnan said...

salam.

nrina: Kat rumah tu memang ada pun mesin jahit. yang mesin jahit tepi tu Emak beli sebab dia ikut kursus menjahit. banyak yang dia jahit, langsir, cadar, etc. tu namanya husband awak sangat memahami..

Fatt: ha! baru ko tahu, aku ni dalam proses mendidik diri menjadi suri rumah separa masa. lambat sikit kot siapnya. tapi tak janji nak letak hasilnya nanti. takut siapnya malam before aku terbang balik moscow. nanti ko tengok je la bila aku bawa sana nanti. special for u..

Anonymous said...

hehe.. ni mcm persediaan utk menjadi surirumah jek.. hihi

Anonymous said...

mm..akak belajar jahit masa study ari tu tak abis pun. Kononnya nak buat part time belajar menjahit.. sekali hanya hangat² tahi ayam je..membazir saje bayar yuran ari tu..hehehe. Sekarang bila tengok org pandai menjahit, rase macam nak masuk kelas menjahit pulak..berangan lagi.. :))

cry4freedom. said...

Saya nak tempah baju melayu boleh tak cik Wanie yang macho?

Shazwani Adnan said...

salam..

CJ: haha.. ala, saja je belajar potong2 kain. nanti kalau bila-bila dah tak sempat nak tempah baju atau beli baju, boleh juga jahit sikit2.

Akak: berangan tak apa kak. sekurang-kurangnya kita tahu apa kehendak kita. bila-bila nanti kalau betul-betul nak belajar menjahit, bagitau wanie, boleh kita masuk kelas sama-sama! =)

Azwan: baju melayu belum sempat lagi nak menuntut. baju kurung pun belum tentu sudah hebat. belajar kena perlahan-lahan. mulakan yang senang dulu. nanti satu hari nak juga belajar buat baju melayu.

.:dura:. said...

sy mcm dah trauma utk menempah baju kat org..
mn x nyer, dua pasang kain sy hntr, satu tangan jadi pendek dan satu lagi, kain songket di jahit terbalik..geram saya..
last2 beli baju dah siap lagi puas hati....
tp klu wanie bleh tolong jahitkan baju utk sy pun ok gak janji elok jahitan nyer...\(^0^)/

MakcikMuda said...

wanie,
dsbbkan rynn kawan wanie and wanie kawan rynn.

pekata wanie jahitkan baju rynn scr pcuma?

lalalallalala~

Anonymous said...

salam wanie.

haah la wanie. cerita kita sama. huhu. nampak sgt ks lambat baca entry ni. btw ks dh sampai moscow. rumah kita bila masuk2 je ruang depan tu, ada byk serbuk pembunuh lipas tu. admin dtg tabur kot. uuu.. ks mana tahan bau benda alah tu. ni tgh dlm proses mengemas rumah.

jgn lupa bawak baju tu balik moskva ok!

Shazwani Adnan said...

salam.

Dudu: kadang-kadang tempah kat orang ni memang ada juga risiko nya. kalau dah ditempah tapi salah buat, tu yang jadi bengang tu. duit dia dapat tapi hasilnya tak memuaskan kita pun.. haha.. mana ada saya niat nak ambil tempahan. setakat belajar gitu-gitu je.

rynn: haha.. kalau baju untuk ryn, macam tak berani buat la. untuk sendiri ni bolehla sebab kalau tersilap mana2 pun tak kesah sangat.tapi kita still kawan kan walopon tak dapat baju free dari wanie? hihi

KS: oo.. ks dah sampai moscow? amacam keadaan dapur kita? ada rupa tongkang pecah? ni gara2 jiran kita yang 'tersayang' tu la.. takpe ks, nanti 2 hb wanie sampai, wnaie call ks mintak tolong angkat beg! haha..

miashaf said...

Haha, aku ingat nak suruh wati jahitkan baju kebaya dengan kain tu. Tp wati cam bz nak kahwin time tu, so cancellah. bila dia dh kahwin, mana ada masa dh untuk aku. akhirnya baju itu tersadai. begitu sahaja. nanti kalo aku rindu kat baju tuh, aku pinjam la dr ko yek!

Btw, aku beli baju tuh dgn wati kat PWTC time mesyuarat agung UMNO 34 tahun lepas. [tme tu batik cam fames la].

Anonymous said...

dapur kita sehat walafiat tp peti ais kita diceroboh. dan ks tak sanggup nak pegang benda2 berbungkus kat peti atas tu!!!

uwaaa~

Shazwani Adnan said...

salam

Mia: tu la pasal. dah 2 kali aku balik, rupanya masih sama je.. nak kata rupa baju kurung, tak juga. apatah lagi kebaya. lantas aku memulakan langkah la.. dah siap pun baju tu. aku rasa ko pun muat kot. ko pun bukan besaq sangat. type2 aku sajo.

KS: peti kita asyiklah diceroboh. lain kali kita letak mangga basikal pastu lilit2 kasi langsung tak boleh dibuka pintunya. berapi ni!! tapi bukan berapi dengan ks.. =)