Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera. Semoga kamu sihat hendaknya. Di kesempatan ini aku ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala salah silap yang telah terbuat, sedang atau akan terbuat sama ada aku sedar atau tidak, mohon dimaafkan. Memang bukan niat di hati untuk melukakan hati sesiapa tetapi mohon maaf itukan satu yang baik agar tiada siapa yang menyimpan demdam di lubuk hati. Jadi dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku memohon maaf dan mendoakan agar kamu semua berada di bawah lindungan Allah SWT. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu satu kebaikan buat diri kamu semua. Sebelum tibanya Ramadan, aku memang amat mengharapkan kemaafan daripada kamu dan aku sudahpun memaafkan kamu semua walaupun hakikatnya kamu memang tiada salah pada aku. Terima kasih.
*Perhatian: Ini bukan satu entri undur diri, tetapi khas sebelum menyambut Ramadan Al - Mubarak. Nanti Syawal minta maaf lagi..
5 comments:
piat telinga awak kalau berenti blog.
aku pun sama shazwani. minta maaf kalau terkasar bahasa. mcm komen kt atas tadi. hehe
Haha. Terpaksa clarify awal awal. Ini bukan entri nak tutup blog. Lepas ni semua tutup blog ramai ramai. Ikut Sarah. Dia pelopor. Saya pun nak tutup jugaklah gini. Ini komen mengundur diri. Halal makan minum. Salam Ramadhan Mubarak lagi beberapa hari cik Wanie yang macho.
Zas.
aisehhh!
neh komen nak mintak dwet sebelum raya.
boleh x?
*lalallalalarikk!
Alahai wanie nie..wat suspen je. Dah start sessi bermaaf-maafan ke. Kalau macam tu akak pun nak mintak maaf gak kalau ade salah silap walaupun kita tak pernah bersua muka..hehehe..
perhatian utk wanie..jangan terfikir nak buat entri undur diri tau!! :))
salam semua.
CJ: alamak, takut kena piat telinga dengan cikgu disiplin. *lari dulu!!*
Azwan: Kenalah clarify awal2 nanti ada pulak yang tanya dan salah faham, jenuh la nak explain..
Rynn: aiyoo.. duit sebelum raya? tu namanya duit puasa lah kan.. nah, ambik RM1 ni lepas tu main jauh2 sana. Tu minta KS tu duit lagi. Poket tengah penuh tu..
Akak: belum terfikir lagi kak. tapi kalau lah tiba2 terfikir nanti, wanie bagitau akak ok?
Untuk semua, sempena kunjungan Ramadan Al Mubarak ni, Wanie/saya/ aku hendak memohon maaf andai tersalah bicara. Terima kasih.
Post a Comment