Pages

Wednesday, August 20, 2008

20.08.2008

Assalamualaikum wbt.


Hari ini hari Rabu. Dari pagi aku bangun sehingga sekarang saatnya hampir menjengah tengah malam apa sahaja aku buat hari ini. Oh! Pagi ini aku melayan anak – anak Kak Idah yang tinggal di rumah atuknya sepeninggalan ibu bapa mereka ke Kota Kinabalu kerana bercuti. Kebetulan sekarang ini cuti sekolah. Kira balik kampung lah! Menjelang tengahari, aku ke Shaw Centrepoint Klang yang kira – kira mengambil masa 20 minit memandu. Shaw Centrepoint ni macam shopping mall tapi tak la besar sangat. Terletak di tengah Bandar Klang. Aku ke sana saja menengok mana tahu kalau ada barang – barang yang berkenan. Dari satu tingkat ke satu tingkat aku naik turun, sampailah kat department perempuan. Mula – mula tengok jeans. Tapi tak berapa berkenan. Lepas itu tengok t – shirt pula. Semua cutting macam tak berapa berkenan sangat. Jalan – jalan lagi. Terjumpa satu area yang t – shirt dia semua macam t – shirt lelaki. Oh! Inilah jenis yang aku cari. Aku memang suka pakai t – shirt saiz lelaki. Kenapa? Sebab aku susah nak cari saiz kalau pakai saiz perempuan. Nanti tak pasal – pasal rugi saja beli lepas tu tak dipakai. Tambahan pula harga t – shirt jenis yang aku suka itu berpatutan. Apa lagi, sambar 2 sekali. Haha.susah nak cari yang murah. Alang – alang dah jumpa, ambillah sekali banyak. Hehe..


Tadi Emak dan Abah ke LCCT ambil Kak Idah yang baru sampai dari KK. Tiba di rumah agak lewat. Mungkin makan dulu agaknya. Aku tinggal di rumah saja. Beberapa mesej (sms) masuk. Kemalasan mahu membalasnya sebab kredit tidak berapa nak banyak. Maaf lah kepada sesiapa yang menghantar sms itu ya. Anak – anak Kak Idah semua ikut ke airport menjemput ibu bapa mereka. Tak lama Atha balik. Aku pesan seafood tom yam dan air batu campur minta dibelikan di restoran depan rumah. Satu yang uniknya lokasi rumah aku ni adalah punyalah banyak restoran dibina sepanjang jalan di hadapan rumah aku. Tapi yang peliknya kami sekeluarga sangat dan amat jarang makan di restoran – restoran tersebut walhal bukan jauh sangat pun. Hanya melintas saja jalan depan rumah tu. Nak tahu nama restoran – restoran tu? Satu, Restoran Wira Buana (yang dahulunya adalah Sejati Seafood). Dua, Restoran Lee Satupadu (memandangkan jalan depan rumah aku tu namanya Jalan Shapadu). Tiga, Ahmad Tomyam. Empat, Restoran Yok Mampir (kepunyaan salah seorang kawan Abah yang mana anaknya dulu satu kelas dengan aku masa sekolah rendah!). Itu antara restoran yang paling dekat. Ada juga restoran lain tapi aku tak berapa nak ingat.


Tapi tom yam yang dibeli agak mengecewakan. Sedikit masin. Tapi pedasnya cukup. Jadinya habis juga aku menghirupnya. Haha.


Hurm. Makan tomyam sudah, makan ABC pun sudah, uh! Perutku sudah kekenyangan. Mata sudah mahu tertutup. Dan hanya itulah perjalanan hari aku bertarikh 20.08.2008. Maka aku pun zzzz…

2 comments:

Anonymous said...

hmmm.. sejak jln dr meru ke klang selalu jammed teruk, aku dh kurang pergi shaw centrepoint.

selalu aku parking dpn pasar jawa je. pastu jalan kaki ke sana. jadi tak payah bayar parking. hehe.

dn selalu juga kt cebtrepoint, aku lepak kt tingkat atas sekali. tempat jualan brg2 komputer. atau kt tingkat bawah sekali, kt a&w sambil makan2 onion ring. hehe

Shazwani Adnan said...

salam.

CJ: kalau dr rumah saya, boleh terus sampai ke jalan taiping lalu depan sekolah pin hwa. lepas tu, parking dekat dengan shaw centrepoint. dekat sikit.

sekarang dah tak ada a&w dah cikgu. sekarang tukar marrybrown. dulu sy pon suka duduk kat a&w tu.. lagi2 kalau orang belanja.. haha