Assalamualaikum wbt.
Tadi telefon rumah. Sekali. Mamat yang angkat. Dia pass telefon pada Emak. Borak la dengan Emak pasal macam - macam benda. Lepas tu aku cakap aku raya kat Moscow sehari awal insyaAllah. Lepas tu Emak kata, "Tahun ni Emak beraya dengan 4 orang je la anak Emak. Yang lain semua tak balik. Semua raya rumah mertua." Aku dengar jadi sayu. Memang raya kali ini tak ramai berada di rumah. Akak Idah beraya di Melaka, rumah Abang Rizal. Tapi raya ketiga dah kena masuk hospital semula sebab menggantikan kawannya yang cuti bersalin. Kak Mija beraya di Melbourne satu keluarga. Semua kerana ilmu. Elin beraya dengan Abang Nazri di Tanjung Karang. Itu pun Hari Selasa masih bekerja. Maklumlah bekerja dengan badan bukan kerajaan (MERCY MALAYSIA). Susahlah sikit. Watie memang tak dapat balik Semenanjung sebab cuti sekolah untuk raya bukanlah lama sangat. Dia beraya saja dengan Abang Baha, Hasya dan keluarga Abang Baha di Betong, Sarawak.
Tolak lagi aku dengan Mia tiada di Malaysia, hanya tinggal Nana, Mimin, Mamat dan Atha saja di rumah. Nak harapkan 2 orang adik lelaki aku tu, entah kemas ke tidak rumah Klang aku tu. Nana dengan Mimin sudah pasti tolong Emak di dapur. Siapkan juadah hari raya. Hurmm.. Itulah lumrah keluarga yang ramai anak perempuan. Bila sudah berumahtangga, pasti hidup berada dekat dengan suami. Dengan komitmen pada kerja lagi, menjadikan anak perempuan seolah - olah jauh dengan keluarganya. Aku tak tahu apa nanti yang jadi pada aku. Kalau ada jodoh, ada jugalah keluarga mertua untuk aku. Tapi sedih juga bila dengar Emak kata begitu dalam perbualan kami. Tu memang akan jadi pada anak perempuan. Nasihat aku, kalau cari suami tu, cari yang considerate sikit. Tak adalah nanti dikongkong suami saja. Nak balik beraya rumah mak bapak pun, terpaksa bertegang mulut.
Dan lepas Zuhur aku telefon rumah. Kali kedua. Kali ini Abah yang angkat. Sebetulnya aku telefon rumah kali kedua tu sebab nak tanya pasal zakat fitrah yang wali kita bayar setiap kali nak masuk Syawal. Disebabkan aku selalu kat sini raya awal sehari, jadi aku keliru kalau Abah terbayar lambat ke zakat kepala untuk aku. Kalau tak bayar lagi, boleh juga aku guna Maybank2U. Jadi kebetulan Abah yang angkat, aku berbasa - basi dahulu sebelum ke tujuan sebenar aku telefon. Perbualan lebih kurang begini:
Aku : Assalamualaikum. Ni siapa ni? Abah ek?
Abah : Iye.. Abah ni.
Aku : Dah berbuka ke kat Malaysia?
Abah : Ish, lama lagi.
Aku : Haah. Ye la. Baru pukul 6 kat Malaysia.
Aku : Abah, Wanie kat sini raya satu hari awal. Hari Selasa insyaAllah.
Abah : Ye ke..
Aku : Tapi kan Abah, zakat macam mana ek? Abah bayar macam mana?
Abah : Eh, Abah dah bayar dah untuk Wanie dengan Mia 16 Ramadhan haritu. Kan Wanie dan Mia masih dalam tanggungan Abah.
*Aku jadi terdiam kejap*
Aku : Oh, ye ke. Terima kasih Abah. Sebab Wanie macam confused. Ok lah Abah. Nanti malam raya Wanie call lagi. Assalamualaikum.
Abah : Waalaikummussalam.
Tiba - tiba rindu pada rumah. Masa berbual dengan Emak tadi, Emak baru selesai potong ayam. Katanya Nana mahu masak ayam masak merah. Dah siap diperam dah. Lepas tu Emak kata mahu tidur sebentar. Penat agaknya. Sebenarnya aku harap, aku dapat pulang untuk menambahkan bilangan ahli di rumah. Tapi tak apa. Ilmu lebih penting, belajar kerana Allah. InsyaAllah diberkati.
Susah jadi anak perempuan. Kena betul - betul menjaga segala segi.
**Alhamdulillah tadi dah khatam Quran beramai - ramai. Tiap - tiap minggu buat tadarus, akhirnya khatam juga.