Pages

Sunday, September 28, 2008

Lumrah Anak Perempuan

Assalamualaikum wbt.
Tadi telefon rumah. Sekali. Mamat yang angkat. Dia pass telefon pada Emak. Borak la dengan Emak pasal macam - macam benda. Lepas tu aku cakap aku raya kat Moscow sehari awal insyaAllah. Lepas tu Emak kata, "Tahun ni Emak beraya dengan 4 orang je la anak Emak. Yang lain semua tak balik. Semua raya rumah mertua." Aku dengar jadi sayu. Memang raya kali ini tak ramai berada di rumah. Akak Idah beraya di Melaka, rumah Abang Rizal. Tapi raya ketiga dah kena masuk hospital semula sebab menggantikan kawannya yang cuti bersalin. Kak Mija beraya di Melbourne satu keluarga. Semua kerana ilmu. Elin beraya dengan Abang Nazri di Tanjung Karang. Itu pun Hari Selasa masih bekerja. Maklumlah bekerja dengan badan bukan kerajaan (MERCY MALAYSIA). Susahlah sikit. Watie memang tak dapat balik Semenanjung sebab cuti sekolah untuk raya bukanlah lama sangat. Dia beraya saja dengan Abang Baha, Hasya dan keluarga Abang Baha di Betong, Sarawak.

Tolak lagi aku dengan Mia tiada di Malaysia, hanya tinggal Nana, Mimin, Mamat dan Atha saja di rumah. Nak harapkan 2 orang adik lelaki aku tu, entah kemas ke tidak rumah Klang aku tu. Nana dengan Mimin sudah pasti tolong Emak di dapur. Siapkan juadah hari raya. Hurmm.. Itulah lumrah keluarga yang ramai anak perempuan. Bila sudah berumahtangga, pasti hidup berada dekat dengan suami. Dengan komitmen pada kerja lagi, menjadikan anak perempuan seolah - olah jauh dengan keluarganya. Aku tak tahu apa nanti yang jadi pada aku. Kalau ada jodoh, ada jugalah keluarga mertua untuk aku. Tapi sedih juga bila dengar Emak kata begitu dalam perbualan kami. Tu memang akan jadi pada anak perempuan. Nasihat aku, kalau cari suami tu, cari yang considerate sikit. Tak adalah nanti dikongkong suami saja. Nak balik beraya rumah mak bapak pun, terpaksa bertegang mulut.

Dan lepas Zuhur aku telefon rumah. Kali kedua. Kali ini Abah yang angkat. Sebetulnya aku telefon rumah kali kedua tu sebab nak tanya pasal zakat fitrah yang wali kita bayar setiap kali nak masuk Syawal. Disebabkan aku selalu kat sini raya awal sehari, jadi aku keliru kalau Abah terbayar lambat ke zakat kepala untuk aku. Kalau tak bayar lagi, boleh juga aku guna Maybank2U. Jadi kebetulan Abah yang angkat, aku berbasa - basi dahulu sebelum ke tujuan sebenar aku telefon. Perbualan lebih kurang begini:

Aku : Assalamualaikum. Ni siapa ni? Abah ek?
Abah : Iye.. Abah ni.
Aku : Dah berbuka ke kat Malaysia?
Abah : Ish, lama lagi.
Aku : Haah. Ye la. Baru pukul 6 kat Malaysia.
Aku : Abah, Wanie kat sini raya satu hari awal. Hari Selasa insyaAllah.
Abah : Ye ke..
Aku : Tapi kan Abah, zakat macam mana ek? Abah bayar macam mana?
Abah : Eh, Abah dah bayar dah untuk Wanie dengan Mia 16 Ramadhan haritu. Kan Wanie dan Mia masih dalam tanggungan Abah.

*Aku jadi terdiam kejap*

Aku : Oh, ye ke. Terima kasih Abah. Sebab Wanie macam confused. Ok lah Abah. Nanti malam raya Wanie call lagi. Assalamualaikum.
Abah : Waalaikummussalam.


Tiba - tiba rindu pada rumah. Masa berbual dengan Emak tadi, Emak baru selesai potong ayam. Katanya Nana mahu masak ayam masak merah. Dah siap diperam dah. Lepas tu Emak kata mahu tidur sebentar. Penat agaknya. Sebenarnya aku harap, aku dapat pulang untuk menambahkan bilangan ahli di rumah. Tapi tak apa. Ilmu lebih penting, belajar kerana Allah. InsyaAllah diberkati.

Susah jadi anak perempuan. Kena betul - betul menjaga segala segi.

**Alhamdulillah tadi dah khatam Quran beramai - ramai. Tiap - tiap minggu buat tadarus, akhirnya khatam juga.

14 comments:

Anonymous said...

eh! wanie. n3 kita hampir serentak dn isinya seakan2 sama. huhu

kalau raya mcm nih. mmg jd dilema. tp persefahaman dn saling memahami sgt2 penting.

bg aku, isteri ttp wajib taat pd suami. dn suami perlu faham fitrah isteri.

miashaf said...

Janganlah kata gini, Mia jadi sedih kang.

Shazwani Adnan said...

salam.

CJ: Tu la pasal cikgu, saya terkejut gak. saya pernah terfikir akan benda ni. tapi baru rasa nak utarakan.

Mia: Nak buat macam mana kan, kita adik beradik ramai perempuan. ko jangan sedih2. Emak kirim salam. ko rajin2lah telefon rumah. bila aku telefon, ada gak Emak mention nama ko.

Anonymous said...

salam..

Samela adek2 laki awk ngan laki2 fmly sy ye,rajen mngemas kn,hehe :p

Sbrla ye cik wanie,jgn sedih byk2 raya ni,sket2 dahla ye, kan ada coat baru,hihi..

fattnieniey said...

aku tak call lg mak aku.
aku takut aku nangis. kali ni rase sngt raya, sbb ktrg cam tak bz sngt kan.so, bnyk sngt mase nak pikir psl raya la.hapa2 ntah.harap2, dpt tahan air mata drpd jatuh.:(

Shazwani Adnan said...

salam.

Khairul: Bukan sengaja nak bersedih. Tapi kan saya suka tulis apa yang saya terfikirkan. Tapi masih gembira dengan coat baru!

Fatt: Ko jangan sedih2 fatt. nanti aku pon ikut banjir sekali. adooii... petua: masa borak ngan mak ko kan, ko buat2 gelak. aku selalu buat camu. tapi lepas tepon tu banjir la.. haha..

Anonymous said...

alalala.. ciannya korang. sabar ye. jgn banjir dpn mak tau. nanti mak banjir besar.

kuatkan hati korang!. thn dpn mudah2an dpt raya dgn famili. huhu

.:dura:. said...

wah..sy pun agaknyer bakal menghadapi "lumrah seorng perempuan" satu hari nnt...
wah, sedih2...uhuhu...
omedetao..!! rajin tadarus akhirnya khatam jugak..

Anonymous said...

tu la kan. sbb korang ramai pmpuan. misti terasa lengang je rumah bila ramai yg takde.

ks wonder, ks 2 je pmpuan, lebih2nya laki. klu nnti ks n kaklong dh kawin, beraya rumah mentua, misti mak terasa sunyi sgt raya tu sbb 2-2 ank pmpuan dia lesap.

ks ada instinct, raya kali ni ks tak sebak sgt. tp ntah la. tgk2 esk ks ni lencun nangeh. hehe

Shazwani Adnan said...

salam.

CJ: Haha.. ahrap2 tak banjir la. hihi~~ tahun depan ade orang tu je yang boleh raya dengan family.

Dudu: Alhamdulillah, nak tunggu khatam buan lain, susah sikit. hehe... paling tidak, setahun ada juga khatam quran.

KS: Betul, bila rumah dah biasa ada perempuan, bila tak ada tu rasa kekurangan. hehe..

ks, kita tengok nanti siapa menang! tapi wanie tak mo bertanding..

mohd.firdaus said...

aku rs laki2 pon lebey krg ja kot. mcm fmly aku da la x ramai, 4 org ja. thn ni abg aku plak x ry kat rumah sbb br kawen. dah hilang 2 2 anak lelaki. mak aku pon mcm menyuarakan ketidak bestan beliau..

Shazwani Adnan said...

salam

Daos: oo ye ke. ye la, anak lelaki masing2 sorang dah kawin, sorg duduk jauh. Tapi ko nanti kalau dh kawen, jgn terus lupa nak balik kampung tau. ni pesan aku.

alchemy said...

ermm... terharu aku bace blog ko yg ni... hampir menitiskan air mata... so kirenye aku membuat ko terase di hari yang mulia ni, aku mohon ampon dan maaf... semoge ko tabah jadi pompuan... sume tu ade hikmahnye...

Shazwani Adnan said...

salam

Firdaus: La.. ko pernah ke sini ke? apa pun, inilah fitrah. Terima seadanya. aku dah pun maafkan ko..