Assalamualaikum wbt.
Aku sangat suka hari Jumaat. Dan aku juga amat yakin ramai juga yang sukakan Jumaat. Penghulu hari. Dan selain itu juga, Jumaat juga hari yang mana sebelah malamnya aku boleh rehatkan diri daripada sebarang aktiviti yang memerah otak. Mana taknya, lepas seminggu otak terasa tepu disumbat dengan pelbagai jenis ilmu, jadi apabila selesai kelas terakhir hari Jumaat buat hati aku riang gumbira berjalan pulang ke rumah. Lalaalaa..
Dan disebabkan itu juga aku memilih untuk mengambil giliran memasak pada hari Jumaat! Tapi Jumaat kali ini mengingatkan aku pada sesuatu. Dan mungkin juga pada kamu. Nak tahu? Yela, Jumaat (hari ini) mengingatkan kita yang kita akan memasuki hari pertama esok untuk 10 hari terakhir Ramadhan 1429. Bukankah itu istimewanya Jumaat kali ini? Bukan setakat kita seronok sebab hujung minggu nak tiba. Tapi kita patut juga seronok untuk mendapat ganjaran anugerah pemberian Ya Rabb pada hambaNya yang bersyukur di penghujung Ramadhan sebelum kita meraikan kemenangan kita melawan nafsu dan amarah. Bukan senang nak dapat. Kena main rebut - rebut. Kalau rajin, InsyaAllah dapat. Kalau tak, jangan menangis jika diri sendiri yang rugi. Aku pun nak join juga lah sesi rebut - merebut ni. =)
-------------------------------------------------------------------------------
Harapan aku semoga aku tabah.
Harapan aku semoga aku tabah.
Harapan aku untuk aku kuat.
Aku berharap aku mampu.
Semoga aku sentiasa dekat denganMu.
Selama ini harapanku hanya itu.
Dan dengan usaha aku ini
Semoga aku istiqamah.
Wallahu a'lam.
7 comments:
salam..
Selamat Hari Jumaat Dan Selamat Berehat :)..
Ape resepi cik wanie utk brbuka kali ni? kami kt msia dah berbuka pun..Tggl sket yer utk sahur nnt,hihi =p
Sedih lak rasanye,ramadhan dah nak pegi,sedeynye :-(. Nak main rebut2 jgk ya utk akhir2 ramadhan ni, tq igt2 kan :)
Haa,selamat berbuka puasa ;-)
haha wanie. 'sama'! =)
salam
Kylex: Tu la. kat Malaysia memang dah berbuka pun. Resepi?Hahaha.. saya pon tak tahu apa nama lauk yang saya masak tu. main campur - campur je. rupa macam kari tapi serbuk kari sikit pun tak letak. hurm. Ni kira resepi baru, nanti saya fikirkan namanya.
Selamat bersahur, selamat berpuasa, selamat berebut! =)
KS:Haah. Kita serupa....
betul2.. jumaat mmg sentiasa ku nanti kan... bleh rest secukupnya..
sekejapnye dah nak berlalu ramadan.. tp kadang2 terfikir jgk,msh ada kesempatan kah utk bertemu bln ramadan thn hadapan? semoga di panjangkan umur dan sihat selalu..amin..
Assalamualaikum,
Sesungguhnya hari jumaat itu adalah penghulu segala hari, hari mengerjakan haji pada orang-orang fakir dan hari raya pada orang-orang miskin.
Banyak peristiwa agung terjadi pada hari jumaat antaranya Alah mencipta Nabi Adam, perkahwinan Nabi Adam dan Siti Hajar, Nabi Adam di masukkan ke syurga dan pada nya juga di keluarkan. Dan tidak terjadi hari kiamat melainkan pada hari Jumaat
salam
Dudu: Semoga kita sentiasa mendapat keredhaanNya. InsyaAllah doa banyak - banyak.
Daniel: Banyak peristiwa berlaku pada hari Jumaat. Thanks for sharing.
Post a Comment