Assalamualaikum wbt.
Ni baru sangat balik dari memenuhi jemputan berbuka puasa rumah kawan. Juadah yang sangat - sangat mengenyangkan. Besar sungguh pahala mereka menyediakan juadah untuk orang yang berpuasa. Dalam perjalanan pulang, kami berenam sangat gembira walaupun terpaksa meredah suasana malam Ramadhan di Moscow menaiki public transports (metro & bas). Berjalan kaki hingga sampai rumah yang mengambil masa 10 minit buat kami lega, akhirnya sampai juga rumah dengan selamat. Boleh juga jimat duit daripada ambil cab yang boleh dicaj beratus ruble! Hurm.. Semalam aku ditag. Bulan ni saja sudah dua kali aku kena tag. Tapi aku ni jenis kalau dah ditag, aku tak kisah nak buat, cuma lepas tu aku dah malas nak tag orang dah. Maaflah, kalau sesiapa yang tag aku tapi nak suruh aku tag orang lain, baik awal - awal jangan tag aku. Tapi best juga aku buat tag ni. Rasa enjoy. Dan kali ni aku nak selesaikan tag dari nrina.
1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Baju raya aku tahun ni? hurm.. Secara rasminya ada satu tapi aku bawa baju kurung baru ada 3 helai. Yang rasmi tu mungkin aku akan pakai hari raya pertama walaupun aku kemungkinan besar ada kelas waktu tu. Warnanya UNGU. Lembut tak? Hehe.. Lagi dua tu warna MERAH JAMBU dan COKLAT.
2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Makanan pulak? Aku suka makan semua. Tapi yang paling aku rindukan sekarang ni nak makan lontong dengan kuah lodeh campur kuah kacang yang Emak aku masak. Selalunya Emak akan masak paru berempah untuk juadah hari raya. Dan tak lupa sambal udang. Yang kuah kacang semua tu wajib lah ada. Tapi Emak jarang buat ketupat. Kalau nak buat pun tak bayak sangat, sebab nanti mesti dapat juga daripada orang.
3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Dulu masa kecil, aku suka sangat biskut kacang yang Mak Wah (makcik aku yang jaga aku sedari kecil) buat. Lepas aku juga suka biskut honey cornflakes (dalam cup) yang family aku buat. Tu biskut yang wajib dibuat setiap kali raya. Dan ada lagi satu yang aku suka tapi sekarang tak berapa nak suka sangat iaitu Batang Buruk. Tapi sekarang ni, aku lebih gemar rasa semua jenis biskut terutama tat gulung. Fair and square. Tak macam dulu, kalau suka sangat satu - satu biskut, asyik mengadap aje walaupun beraya kat rumah orang. Tak sopan sungguh!
4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Dulu dapat la dalam RM5 dari Abah dan Emak. Dah makin besar ni, makin banyak la dapat. Lagi - lagi kalau dapat keputusan baik masa peperiksaan besar, duit nya makin besar lah. Tapi sekarang dah berapa tahun tak beraya kat Malaysia, duit raya pun taklah dapat, cuma kalau balik Malaysia tu aku tapau lah duit family sebagai ganti dut raya! Hahaha.... Dan aku tak spend duit nak bagi kat orang sebab aku belum kerja! =)
5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Malam raya dulu biasanya aku, Nana, Mimin dan Mia akan jahit sembat kat lengan untuk baju raya kitorang sebab selalunya Emak tak sempat nak jahitkan. Kakak aku yang lain pulak akan kemas rumah, sapu - sapu 'sawang' yang ada. Kami yang kecil - kecil ni semasa siangnya (hari terakhir sebelum raya) akan lap semua cermin tingkap, daun pintu dan dinding yang ada kat rumah tu. Basuh koridor dan beranda. Emak akan mula isi beras dalam kelongsong lontong (yang pakai daun pisang tu) dan petangnya mula rebus. Dan biasanya malam tu tak tidur sebab nak siapkan masak apa yang patut dan tunggu lontong masak. Tapi sekarang dah kat Moscow ni, aku dan roomates aku biasanya masak yang simple je. Rendang ayam, kuah kacang, kuah lodeh beserta nasi impit. Itu pun kalau sempat.
Itu aje ceritanya. Tak ada suasana raya sangat. Maklumlah dah duduk jauh. Kadang - kadang pagi raya pun dah terpaksa terpacul depan pintu kelas. Sedih juga tak dapat nak cium tangan ahli keluarga di pagi raya. Dah masuk tahun ke - 4 ni. Hanya lafaz ampun saja aku kirim dari jauh..
10 comments:
Wanie, cakap pasal raya ni teringat aku waktu kecik2 dulu beraya kat kampong air yg ada di Sungai Brunei tu. It was sometime back in 1980s. Masa tu kita betul2 beraya sakan sebab tak kisah rumah siapa, kenal ke tidak tuan rumahnya, I and my frens just "langgar" je. Orang kat situ pun tak kira siapa sja yang berjalan-jalan dekat dengan rumah diaorang, diaorang just invite je utk masok beraya kat rumah diorang. Every house yang kita langgar kita collect sebiji gula2. Balik rumah we all kira berapa gula2 yg kita telah dpt tu, ha..sebanyak tu lah jumlah rumah yg telah di langgar. You just imagine... at one time kita dapat sampai lebih enam puluh biji gula2 tu. Masa tu blum ada angpow raya lagi. Hmm....kalaulah setiap biji gula2 tu dpt di convert jadi duit, kaya le kita orang masa tu.
Wanie, cakap pasal raya ni teringat aku waktu kecik2 dulu beraya kat kampong air yg ada di Sungai Brunei tu. It was sometime back in 1980s. Masa tu kita betul2 beraya sakan sebab tak kisah rumah siapa, kenal ke tidak tuan rumahnya, I and my frens just "langgar" je. Orang kat situ pun tak kira siapa sja yang berjalan-jalan dekat dengan rumah diaorang, diaorang just invite je utk masok beraya kat rumah diorang. Every house yang kita langgar kita collect sebiji gula2. Balik rumah we all kira berapa gula2 yg kita telah dpt tu, ha..sebanyak tu lah jumlah rumah yg telah di langgar. You just imagine... at one time kita dapat sampai lebih enam puluh biji gula2 tu. Masa tu blum ada angpow raya lagi. Hmm....kalaulah setiap biji gula2 tu dpt di convert jadi duit, kaya le kita orang masa tu.
wanie, tak rasa sebak ke cite psl raya2 ni? somehow, ks rasa sebak skit thn ni. hehe. klu ks, biskut kegemaran mistilah sarang semut mut mut =)
Wuuuhh,sedihnya sy bc en3 wanie kali ni..Dgn kmgknn raya pertama ada di kelas,then msk mknn sndiri di mlm raya,xdpt mkn kuih feveret,duit raya xdpt dah,hihi..
Pape pun, all da best 4 u & the gang kt sana,k..Lps abes stud tu, blkla msia kalo nak merasa semula kisah2 lame tu,hihi..k :)
salam.
Daniel: Wah.. tu memang confirm kaya kalau convert jadi duit. Dulu masa saya kecil pon suka juga redah je rumah siapa-siapa walaupun tak kenal. =)
KS: Sebak tu ada ks. Mana ada yang tak rasa sebak. Ingat tak ada sekali tu malam before raya Wanie menangis dengar takbir raya. Wanie sedih ks. Tapi sebab ada korang, jadi taklah sedih sangat. =) Tahun depan mungkin sedih sikit kot sebab ks dah balik raya dengan family...
Kylex: balik malaysia itu sudah mesti. tapi itu cerita 3 tahun akan datang. insyaAllah kalau tiada aral melintang, raya juga kat malaysia. hehe..
ha, saya tahu... baju raya yg color merah jambu tu, adalah baju yg wanie jahit sendiri kan2??
*dgn muka confiden jer ckp* =P
salam pre-raya2... and gud luck in everything u do...
cornflakes madu.. pergh.. pebret jugak tu..
salam.
Dudu: Yeah, u are absolutely right! Memang pink tu yang pernah saya post dulu. hehe..
Daos:Ko memang suka cornfakes madu. semua orang tahu tu.. =)
arini birthday atha, ko x wish ke? btw, dapat kad raya aku x?
salam
mia: aku lupa daa.. tadi telefon Emak baru Emak igtkan aku. hurm. kad ko belom dapat lagi. lambat sikit kot. ko mmg betul anta ke kad kat aku? yahuuuu~~!!
Post a Comment