Dari semalam aku seolah - olah mati kutu. Tak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengisi cuti yang 5 hari ini. Tahu sebenarnya apa nak buat, cuma booster tak ada. Naik cuti ini banyak saja exam yang menanti, tapi nak study rasa macam penat je. Entah apa yang penat pun aku tak pasti. Bukan buat apa pun.
Jadi malam tadi, hanya aku dengan Aya (eceh! nama lain bagi KS) yang tinggal dalam bilik. Yang lain (Najwa - Fatt, Lia - Emy, Hanim - Dibah dan Reen - Pena) ada potluck dengan group diorang. Aku tengok - tengok web ILuvIslam. Ada satu artikel ni bincang pasal "Salahkah perigi mencari timba?". Dekat situ ada orang tinggalkan link youtube, iaitu Forum Petua Mendapat Pasangan. Aku pun tengoklah.
Penceramah yang diundang pun hebat orangnya. Dr. Fadhilah Kamsah dan Dato' Dr Mashitah Ibrahim. Antara isu yang dibincangkan adalah ciri-ciri lelaki dan wanita yang dicari oleh pasangan masing-masing. Apa yang aku dapat adalah ini:
* Seorang wanita mencari lelaki yang:
- Bertanggungjawab dan mengambil berat
- Perempuan ini sukakan perhatian. Mereka rasa gembira kalau diri mereka ini dilayan dan diambil berat lebih-lebih lagi daripada orang yang disayang. Mungkinlah disebabkan ciri itu, mereka cenderung untuk mencari pasangan yang mempunyai sifat bertanggungjawab dan mengambil berat.
- Mempunyai pekerjaan yang tetap
- Perempuan lebih memilih lelaki yang berkerjaya. Tapi ini bukan bermaksud perempuan ni mata duitan atau kaki kikis. Mereka mencari yang jenis itu supaya kehidupan mereka selepas berkahwin itu lebih terjamin. Nanti tak adalah kes suami pinjam duit Ah Long untuk bayar hutang. Kalau terjadi, balik - balik perempuan juga yang tertimpa balanya. Ala, macam dalam cerita - cerita cerekarama tu. Kan banyak je kes - kes macam tu.
- Beragama dan boleh membimbing
- Memang kalau tanya sesiapa pun, mereka akan kata mereka mencari pasangan yang beragama, baik, soleh. Sebenarnya kalau kita tengok, semua orang sedar akan kepentingan beragama itu. Sampaikan orang yang kurang berpengetahuan pun sedar akan hakikat itu. Tapi, kalau kita hendak mencari yang baik, kita kenalah jadi baik dahulu. Kalau nak dapat yang soleh, kenalah persiapkan diri jadi solehah dulu, betul tak?
- Berpenampilan kemas
- Ha! Ini salah satu ciri yang rata - rata orang perempuan cari (termasuk aku! =))Aku ni pantang tengok orang tak kemas. Rasa rimas! Kalau tengok lab coat macam belacan tu, rasa nak sound je depan-depan. Tak reti nak jaga kebersihan. Lagi satu, kalau lelaki rambut panjang, ni satu benda yang aku paling allergy sekali. Rasa nak potong time2 tu juga.. Tapi apa pun, bagi lain orang, lain cara penampilan kemas dia.Ikutlah mana yang sesuai..
[ UPDATED ]
Ni aku nak tambah sikitlah. Memandangkan orang kata kenapa ciri lelaki lebih banyak? Nak kata lelaki demand sangat ke? Ni bagi aku la kan.. Sebab aku ni perempuan, tambah ciri ini:
- Berlaku adil dalam setiap tindakannya
- Aku rasa adil ni perlu. Kalau tak adil, susah kita nak hidup. Dia mesti berlaku adil dalam setiap situasi yang dia hadapi. Dia berlaku adil dengan semua orang yang dia jumpa atau berurusan.
- Jujur dalam setiap perbuatannya
- Jujur ni tak tahu macam mana nak cakap. Tapi jujur tu semua pun boleh fikir kan..
- Bijak mengatur perbelanjaan / ekonomi
- Jangan terlampau boros sampai memakan diri. Sampaikan benda yang tak sepatutnya beli pun habis dibelinya. Kena la pandai simpan duit untuk menjamin masa depan. Kalau boros sangat, nanti dah tua nak support hidup macam mana?
- Tidak berapa banyak cakap
- Tak berapa suka lelaki yang banyak cakap macam perempuan. Aku akui perempuan memang banyak cakap. Itu firah perempuan. Kalau jumpa orang, perempuan mesti cakap. Tapi aku pelik kalau lelaki banyak sangat cakap, tak berhenti-henti. Tak mengapa kalau banyak cakap benda yang berfaedah. Itu aku boleh tolerate lagi. Boleh nak bercakap, tapi beringatlah.
- Cakap serupa bikin
- Cakap apa - apa pun, biarlah dengan apa yang mampu dibuat. Jangan kalau dah berjanji menggunung pun, tapi akhirnya janji hanya tinggal janji. Just let action speaks more than words. Biar orang nampak hasil dulu daripada orang dengar janji, tapi hasilnya satu habuk pun tarak. Ni umum la. Perempuan pun sama.
* Seorang lelaki mencari wanita yang:
- Cantik wajahnya dan potongan badannya
- Ni aku percaya ramai saja yang mementingkan ciri ini. Tapi kenalah beringat. Ada orang kata, Cantik sangat pun merana, Kacak sangat pun merana. Kalau agak - agak diri tu dalam range 5/10 atau 6/10, carilah orang yang sama range dengan kita. Tak adalah nanti kita risau kalau pasangan kita tu diambil orang dek kecantikannya.
- Yakin pada dirinya
- Ni contohnya macam seorang perempuan yang boleh survive tak kira dalam keadaan apa sekali pun. Dia tak kisah apa orang kata atau pandang pada dia. Selagi dia buat perkara yang betul dan tidak melanggar syariat, orang nak kata apa, katalah.
Dr Fadhilah Kamsah kata: Orang lelaki suka pada perempuan yang cantik tapi tak perasan diri dia cantik, dia pandai tapi tak perasan dia pandai dan perempuan itu tidak mengutuk lelaki.
- Berakhlak dan dari keluarga yang baik - baik
- Akhlak itu adalah cermin diri. Kalau baik akhlaknya, baiklah seluruh kehidupannya. Kalau buruk akhlaknya, maka buruklah kehidupannya. Kata orang, peranan keluarga tu besar dalam membentuk peribadi seorang Muslim.
- Pandai/Bijak tapi tidak menunjuk-nunjukkan kepandaiannya
- Tak salah untuk jadi pandai. Jadilah pandai kalau nak. Kutiplah seberapa banyak ilmu yang kamu nak kutip, tapi orang kata, depan lelaki, takyahlah seorang perempuan ni tunjuk pandai sangat. Biasa - biasa dah la..
- Tidak terlalu cerewet dan cemburu tak tentu hala
- Ni pun aku rasa ramai je yang setuju. Kalau cemburu tak tentu pasal, orang pun naik bosan. Kalau tak terangkan, semua still paham kot.
- Tidak melawan cakap
-Orang lelaki ni suka perempuan yang ikut cakap / dengar kata. Cubalah tanya mana - mana lelaki. Mesti jawabnya lebih kurang. Suka perempuan yang dengar kata. Tapi perempuan kena ingatlah. Nak menurut kata pun, biarlah berlandaskan akal yang waras dan sihat. Jangan main ikut je. Orang suruh terjun lombong, dia pun terus je terjun lombong. Tak mahulah begitu.
- Bersederhana
- Tak adalah sampai bergaya over sangat. Dari atas sampai bawah semuanya hijau. Sampaikan beg pun nak hijau juga. Kalau bershopping tu, beringat sikit. Jangan sampai penuh kiri kana dengan beg plastik. Jenuh orang nak tolong angkat. Kalau duit sendiri dan tak menyusahkan orang lain, itu lainlah cerita! =)
- Merangsang kehebatannya (memberi motivasi)
- Memuji atau memberi motivasi bila masa pasangannya berjaya atau susah. Aku tak tahu nak komen lebih - lebih.
- Taat perintah Allah dan sejuk mata memandang
- Ni semua orang pun cari. Kalau tanya sesiapa pun, antara salah satu ciri wanita, pasti terselit ciri ini. Sejuk mata memandang tu bergantung kepada mata masing - masing. Huhu..
Yang paling penting: Seorang lelaki suka pada seorang wanita yang SEIMBANG. Seimbang dari segi apa? Dari segi agamanya, bijaknya, rupanya, rajinnya, tahu masak sikit - sikit dan seumpamanya. Asalkan SEIMBANG.
Ini apa yang aku dapat dari Forum tu. Tapi bagi setiap individual, aku tak tahu kriteria apa yang mereka pilih. Aku sekadar berkongsi apa yang aku dapat. Sharing Is Caring.
Orang kata lelaki sekarang pemalu dan perempuan sekarang kurang malu. Jadi, salahkah kalau orang aplikasikan Sistem Perigi Mencari Timba? Kalau tengok forum yang aku cakap tu, kamu akan terfikir, salahkah atau tak salahkah?
Di sini aku tinggalkan link ke forum itu. Kalau ada masa, tengoklah : Kongsi
Tips melembutkan hati : Baca ayat ini
Allah Maha Lembut terhadap hamba - hambaNya. Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Dia Maha Kuat Maha Perkasa ( 42: 19 )
23 comments:
salam wbt
nama lain bagi wanie lak pe? adakah shaz? hehe
ciri lelaki ada 4 je, tp ciri pompuan ada 9? cam x adil je tu.
p/s: nama lain KS patutnya siti la..menyibuk lak~
mana yang agama tak larang, buatlah. mungkin perlu org tengah utk menyuarakan hasrat hati. kalau cakap direct mcm tak sopan pula.
eer.. psssttt hehe ada admire sapa2 ke cik kak?
aku ada jugak pernah tgk clip2 tu.. best2.. klaka gila.. hg ada admire sapa2 ka wanie?? kalau nk minta aku jd org tgh.. aku insyalh sanggup.. siyes..
salam buat semua.
Shahrin: Wah, first time nampak ko kat sini. nama aku? Sepatutnya Azwa. Tapi sesuai ke? =)
Sekarang aku dah tambah. Tengoklah.
Cikgu: Saya setuju dengan apa yang cikgu cakap. La.. Saya hanya berkongsi. Kalau sy ada admire org pun, biarlah sy simpan sendiri. itupun kalau ada lah kan.. =)
Daos: Memang kelakar. Aku tengah2 malam dok gelak. rasa macam orang tak betul ja. kalau hg nak tolong aku pun, hg cari la dulu. hg lepaskn diri hg dulu. baru senang hati nak tolong orang kan. hg ni sama aja cam cikgu jawe kan.. Dok cakap aku ade admire sape2..
salam wanie.
huhu. i was there u watched it. hehhe. semua kriteria yg lelaki tu ks setuju. yg pd perempuan yg laki idamkan plak, erm.. no comment sgt. tp nmpknya kena la buat2 slow skit kn supaya x buat dia rasa tercabar nnti. tp apa2pun, ks setju dgn SEIMBANG tu. jgn la lebihkn tang cantiknya aje. agamanya so-so aje plak. atau cantiknya banyak, ilmunya kurang plak. isteri ni tunjang pembentuk anak2 nnti tau. klu la para lelaki skrg fikirkn tntang isteri yg berilmu, untung diorg. insya Allah generasi diorg nnti ada kelebihan dr segi ni :)
Aya.. lamanya dah org x panggil dgn nama ni :) been ages! ehem wanie. ni tetiba je tulis a sparkling topic ni, ada wow wow ke? hehe. kidding.
eh. ada typo skit kt atas. **i was there when u watched it.
wanie, ks link kn ke entri ni. boleh kasi pedoman skit utk sape2 yg tgh mencari2 kn :)
p/s: kamu tau x yg lagu korea ni instrumental favourite ks?
salam
KS:Ala.. Saja nak tulis topik yang bolehkn kita berkongsi. bukan ada sebab apa2 pun. lagipun dah lama tak update, why not sekali sekala utarakan isu yang best..
wanie pon suke gak instrumental ni tp taklah gila sangat. biasa2 je.. baguslah ks link. naik sikit saham sy! hahaha~~
naik saham la pulak ye. sila2 la naik saham. eh dh. study2. ks dh sudah subuh dh. nk tido dh. rindu ks, jgn ketuk pintu bilik deh :p
Perempuan nak lelaki x banyak cakap, kemudian lelaki nak perempuan ikut cakap dia. Kalau perempuan banyak cakap automatik jadi dominan, bila masa pulak laki nak cakap haha. Kalau dua dua suka berborak gelak gelak bukan ke lagi seronok. Indah je rama rama terbang kalau duduk sama. Input output sebar sama rata.
Hmm, pasal direct x direct ni. Directlah lebih mudah. Mcm mesin penimbang. "Anda gemuk" bagi sekali harung. Remuk hati lagi teruk. Tapi persediaan untuk menghadap hari bakal mendatang. Kias kias ni tak faham susah. Tak main la kias kias ni. Haha. Saya suka awak. Direct. No hints of irony. Biar kaku terkena petir. Zas. Hangus.
Hah????....masyaAllah tajuk???, wanie, mcm sy pernah komen dlm blog KS, istilah "perigi cari timba" cuma ada dlam masyarakat melayu kita...seolah2 perkara tuh dah jadi pentang larang dan suatu keaiban kan??....dan dah jadi sesuatu yang menjadi budaya yang di larang dalam masyarakat kita....sebenarnya susah juga nak bercerita tentang perkara tuh....tapi bagus sekiranya kita jadikan ia bual bicara yang memerlukan pendapat bijak pandai, para ilmuan....yang kita anggap remeh itulah akan jadi perkara besar...
p/s: semua ciri yang wanie senaraikan tiada dlm diri sy...sedeynya....
salam.............
secara peribadi ,bagi sy perigi mencari timba tak salahpun.
salam buat semua yg sudi jenguk.
ks: ala, saham wanie ni mana la nak tinggi sgt kalau nk dibandingkn dgn org lain.
Azwan:kalau dua2 suka berborak mmg seronok. sy pon suka berborak dan suka kalau org berborak dgn sy.
pasal direct confession tu, it depends on individual. kalau dia selesa nak direct, layan je la.. tp ade org lebih suka gune org tgh..
maksud lelaki byk ckp tu adalah lelaki yg cakap kalah perempuan. tak kisah kalau dia cakap tp ada isi. org takkan marah pun. perempuan mmg suka cakap, tp not all the time perempuan tu asyik bercakap tak henti2, kan? mesti ada masanya lelaki cakap..
apa pon, i agree with ur opinion. takde yg salah pon.
Hidayat:betul, kdg2 benda tu ok je, tp pandangan masyarakat buat org pikir benda tu sesuatu yg memalukan.
p/s:takkan satu pon tak tersangkut? mesti ada. mungkin tak cukup explore diri kot.. kat rumah nnt pikir balik. huhu
Anon: Sy pon tak kesah kalau istilah perigi cari timba tu diaplikasikan semula.. asalkn org sekeliling tak pandang pelik.
tp realitynya org akan pandang pelik punye keadaan ni,kan?
semacam mana kita nk pandang positif sekalipon,masyarakat masih memandang pelik.
ape-apepon,bergantung jugak pada individukan?
hehe.
jom kite mulakan dulu la...haha
Salam
Fatt:Jom fatt! kita start. *mau orang terkejut* haha~
salam,
menarik entri ni..thanks for sharing..& bro nak link entri ni ke salah satu posting bro..ok ke?..
salam
BroMyFisol:Tak tahu nak address ape. sebut je la semuanya. hehe.. nak link. ok je.. tak ada masalah pon.. thanks datang..
salam.. saje jenguk :D
tak salah pun.. mis-yar bukan perempuan ke yang mula? ape salahnya..
thanks...address aje bro fisol macam sarah panggil tu...rajin2 datanglah menjenguk ke blog saya..
salam.
bro Fisol: Ok. hurm, insyaAllah sy akn lawat blog bro. haritu ade jenguk. nampak menarik.
ape nak wat klu kita admire kat someone??
Mcm rs nak ckp terus terang tp pikir condition dia jugak, takut terganggu jiwa terus susah nak study..hehe~ mcmmn erk??
fuh..cunfius!!
salam...
first time jengok blog ni...
i think in relationship antara benda lebih penting is maintaining the relationship. it takes two to tango... kalau sebelah pihak ada all the qualities, and the other kureng... susah plak...
kesefahaman dan communication perlu... appreciate the good qualities and accept the bad ones... plus... trust each other pun kena ada.. (eh lari topik plak komen ni)
anyway, kalau dah hati suka, cakap je lah.. tak kisah lah perigi cari timba ke apa... sebelum terlambat baik cakap direct je... :-)
good luck dlm mencari jodoh
salam.
Tak sangka masih ada lagi yang memberi komen pada entri ni.
i'm a gurl not yet a women: Soalan itu, macam susah nak jawab. kalau rse boleh mengganggu, biarlah dulu. Nanti kalau si dia tersangkut, susahla pulak kan..
zal: betul, kesimpulan, we have to appreciate the qualities & accept the bad side. two ways communication is the best way to keep a relationship stay harmony and wonderful.
Post a Comment