Pages

Tuesday, April 15, 2008

Letaklah Tajuk Yang Anda Suka

Assalamualaikum wbt.

Aku paling tidak suka kalau aku berada dalam fasa aku sekarang. Dalam keadaan yang tak tentu hala, keadaan yang berserabut dengan segala macam benda dalam kepala otak aku ni. Aku tak mahu fikir, tapi asyik disuruh - suruh fikir. Padahal benda - benda tu langsung tidak berkait dalam pembelajaran aku di sini. Ia buat aku tiada mood untuk study. Ia buat aku resah tak tentu hala. Ia buat hidup aku sedikit bercelaru. Aku boleh buat - buat bergelak ketawa. Aku boleh berpura - pura gembira seperti tiada apa yang berlaku. Tapi..?

Aku tak tahu mana silapnya. Mungkin tak cukup pengamalan yang sebenar. Mungkin juga aku tak cukup mengaplikasikan apa yang sepatutnya dalam hidup aku. Aku seolah - olah berperang dengan diri aku sendiri. Nak bercerita dengan orang, tak tahu nak bermula dari mana. Nak menulis di kertas, takut tercicir di mana - mana. Jadi aku buat keputusan untuk kongsi di sini. Aku tak berapa pasti seramai mana pengunjung blog aku ni. Tak kisahlah. Sekurang - kurangnya terluah juga apa yang aku hendak kongsikan walaupun bukan dari keseluruhan cerita.

Susah bukan kalau kita kena berperang dengan nafsu sendiri? Cabaran yang sangat besar. Di saat itulah identiti muncul menimbulkan krisis untuk menetapkan di tahap mana sebenarnya mereka berada dalam diri seseorang. Macam tu juga aku. Serasa belum lengkap, tapi tiada usaha untuk lengkapkannya. Aku nak, tapi daya usaha sangat kurang. Nak tingkatkan, tak pasti bagaimana.

Aku kena juga cari jalan selesaikan masalah aku yang satu ini. Masa hendak dekat dengan peperiksaan akhir barulah semua benda nak muncul. Dulu tak ada pun. Tapi apa yang aku pasti, Allah takkan turunkan ujian untuk aku kalau Dia tahu aku tak mampu hadapinya. Baru saja dengar KS bagi pengisian selepas Maghrib tadi. Bagaimana mahu menjadi manusia yang berkualiti. Semalam, di perjumpaan sesama sahabat pun diperingatkan bagaimana mahu menjadi manusia unggul. Antara persamaan keduanya adalah SABAR. Jadi, Sabarlah Wanie!

*aku tak tahu apa tajuk yang sesuai untuk entri kali ni. Kamu fikirkanlah sendiri ok!

4 comments:

MakcikMuda said...

adess!

wanie sedang bengong2 yew?
selamat bengong2.
selamat tinggalkan kebengongan.

sabar oke,wanie.

xtau nak kate ape.

mohd.firdaus said...

masalah sakan nampak.. bek hang pi ceghita ja kat sapa2.. nnt dok simpan lama2.. kepala makin bengong.. siyes..

Shazwani Adnan said...

salam semua.

Ryn: sudah selamat tinggalkan kebengongan setelah berjaga sepanjang malam semalam. lepas syuruk baru tidur.

Daos: Aku dah cerita kat orang dah. orang yg rasanya lihat kondisi aku dengan mata dia sendiri. terima kasih.

fattnieniey said...

wow.
aku pon pening skali.

p/s: takut jugak la nak exam ni.dh dekat dh tapi mcm takder kesedaran je.(aku la)hehe