Pages

Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Wednesday, October 8, 2008

Kongsi Pengalaman.

Assalamualaikum wbt.

Tadi kelas Neurology dan Endocrine. Kelas dari pagi sampai petang. Jadi amat pasti tak berkesempatan nak pulang ke rumah. Sama ada untuk solat, makan tengahari atau rehat - rehat. Kelas Endocrine mula pukul 1. Waktu tu waktu Zuhur pun belum masuk lagi. Jadi nak tak nak, aku dan kawan - kawan merangkap saudara seMuslim menunaikan juga tanggungjawab seorang muslim, solat di kelas. Solat secara sempurna. Biasanya kami solat sewaktu break dalam 10 - 15 minit. Kami belajar di sini bukan macam Universiti kat Malaysia. Setiap bangunan ada surau walaupun kecil. Kat sini setiap segenap sudut bangunan tempat kami belajar itulah tempat kami solat. Jangan kisah apa orang tempatan nak pandang. Ada sesetengah yang gelakkan, ada setengah tu hormat. Ada juga yang tengok je tak berkelip tapi ada juga yang selepas kami solat tu, dia tanya kami buat apa. Kami cakap kami solat. Dia pun senyum je. Takpe, kami Muslim yang praktikal.

Banyak pengalaman kami solat di segenap sudut bangunan. Di bawah tangga, di penjuru, di ruang dekat dengan tandas, pusat sukan (ni masa tengok perlawanan futsal, roomate aku participate). Tiap kali kalau aku rasa kena solat kat kelas, aku akan pesan kat kawan aku minta bawakan kompas. Macam hari ni aku solat di ruang belakang dewan kuliah. Tempat tu bersih. Macam tak pernah diguna. Walaupun bukanlah besar ruang tu, tapi cukup untuk ruku' dan sujud. Tapi pengalaman paling best solat di kelas adalah di kelas Pharmacology. Bangunan tu berkarpet walaupun bukanlah seindah karpet kita kat rumah tu. Hehe.. Kami solat beralaskan labcoat. Kalau ada yang rajin, diorang akan bawa sejadah kecil (yang biasa untuk travel). Tapi aku biasanya guna labcoat atau jaket. Sebab tu lebih mudah kalau pergi kelas pakai pakaian yang senang untuk dibawa solat. Contoh : kalau pakai t - shirt tu, t - shirt yang tak begitu ketat dan tak terlalu pendek, stokin yang tak terlalu pendek, tudung yang tak begitu jarang.

Masa kelas Pharmacology dulu (semester 1) kelas hari Jumaat. Dulu hari Jumaat aku suka pakai baju kurung. Nak solat pun senang. Jadi labcoat aku akan digunakan untuk alas solat. Sebab tu orang selalu kata stok baju kurung aku banyak! Haha.. Memang banyak pun. Siapa - siapa nak pinjam amat dialu - alukan tapi baju aku besar la.. Huuhuu..

Selagi aku mampu, insyaAllah aku akan jaga solat. Di atas muka Bumi Allah ni kat mana - mana je kita boleh solat. Jangan bagi banyak alasan. Kalau nak berjaya, semua faktor datang dari diri kita, termasuk amalan wajib kita. Jangan kisah apa orang nak kata. Kalau kita tetap hati nak buat sesuatu, kita seorang pun kita mampu. Orang lain pun kalau diorang rasa benda tu baik, lama - kelamaan diorang pun akan ikut. Kalau tak percaya, cubalah.. Benda tu jadi pada aku.

Tuesday, April 15, 2008

Letaklah Tajuk Yang Anda Suka

Assalamualaikum wbt.

Aku paling tidak suka kalau aku berada dalam fasa aku sekarang. Dalam keadaan yang tak tentu hala, keadaan yang berserabut dengan segala macam benda dalam kepala otak aku ni. Aku tak mahu fikir, tapi asyik disuruh - suruh fikir. Padahal benda - benda tu langsung tidak berkait dalam pembelajaran aku di sini. Ia buat aku tiada mood untuk study. Ia buat aku resah tak tentu hala. Ia buat hidup aku sedikit bercelaru. Aku boleh buat - buat bergelak ketawa. Aku boleh berpura - pura gembira seperti tiada apa yang berlaku. Tapi..?

Aku tak tahu mana silapnya. Mungkin tak cukup pengamalan yang sebenar. Mungkin juga aku tak cukup mengaplikasikan apa yang sepatutnya dalam hidup aku. Aku seolah - olah berperang dengan diri aku sendiri. Nak bercerita dengan orang, tak tahu nak bermula dari mana. Nak menulis di kertas, takut tercicir di mana - mana. Jadi aku buat keputusan untuk kongsi di sini. Aku tak berapa pasti seramai mana pengunjung blog aku ni. Tak kisahlah. Sekurang - kurangnya terluah juga apa yang aku hendak kongsikan walaupun bukan dari keseluruhan cerita.

Susah bukan kalau kita kena berperang dengan nafsu sendiri? Cabaran yang sangat besar. Di saat itulah identiti muncul menimbulkan krisis untuk menetapkan di tahap mana sebenarnya mereka berada dalam diri seseorang. Macam tu juga aku. Serasa belum lengkap, tapi tiada usaha untuk lengkapkannya. Aku nak, tapi daya usaha sangat kurang. Nak tingkatkan, tak pasti bagaimana.

Aku kena juga cari jalan selesaikan masalah aku yang satu ini. Masa hendak dekat dengan peperiksaan akhir barulah semua benda nak muncul. Dulu tak ada pun. Tapi apa yang aku pasti, Allah takkan turunkan ujian untuk aku kalau Dia tahu aku tak mampu hadapinya. Baru saja dengar KS bagi pengisian selepas Maghrib tadi. Bagaimana mahu menjadi manusia yang berkualiti. Semalam, di perjumpaan sesama sahabat pun diperingatkan bagaimana mahu menjadi manusia unggul. Antara persamaan keduanya adalah SABAR. Jadi, Sabarlah Wanie!

*aku tak tahu apa tajuk yang sesuai untuk entri kali ni. Kamu fikirkanlah sendiri ok!

Thursday, April 3, 2008

Mulakan Hari Anda Dengan...

Assalamualaikum wbt.


Bismillahirrahmanirrahim.

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul
kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar).
Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan imandan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentangMu.
(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah perkenankanlah permintaan ini."

Amin Ya rabbal alamin

Thursday, December 13, 2007

Motivate yourself!

Assalamualaikum wbt.
Just want to make myself being motivated, I found this quote from my Kak Mija + Abg Azrin's blog. It makes me realize that actually all things around us can motivate us. We just not realize it, isnt it? Lets share with me!


"7 Secrets of Success; I found the answers in my room.
  • Roof said "Aim High".
  • Fan said "Be Cool".
  • Clock said "Every Minute is Precious".
  • Mirror said "Reflect Before You Act".
  • Window said "See the World".
  • Calendar said "Be Up-To-Date".
  • Door said "Push Hard to Achieve Your Goal".



Have u realized it? And what u wanna do next? Start to transform yourself for the better? So do I!


~ Why we should keep thinking about the past? It really doesnt help us to achieve our own goal! Unless it really helps us! ~