Pages

Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Wednesday, February 4, 2009

Sosial Cara Aku

Assalamualaikum wbt.

Setiap dari kita ini, kalau sesibuk mana pun, pasti akan mencari masa untuk bersosial. Maksud kata sosial di sini bukanlah sesuatu yang negatif, yang pergi buat perkara yang tidak senonoh atau yang seumpama dengannya. Kita fikir dari sudut positif. Aku menulis ini dari pihak aku sendiri. Ini pendapat peribadi. Tak menyuruh sesiapa untuk mengikut apatah lagi memaksa supaya setuju dengan aku. Kita bersosial untuk mencari pengetahuan yang luar dari bidang kita. Contoh, si A belajar dalam bidang kejuruteraan, tapi dia bersosial dengan orang yang mengambil bidang fotografi. Sedikit sebanyak, si A ini boleh la tahu tentang fotografi.

Dengan berblog ini juga, sebenarnya aku bersosial. Aku kenal ramai orang. Aku dapat banyak ilmu. Yang baik, diambil. Yang kurang baik, jadikan sempadan. Membaca hasil tulisan orang buat aku berfikir. Mengetahui pandangan orang tentang hidup, buat aku lebih merasakan hidup ini banyak cabarannya yang aku sendiri tidak tahu bila masa akan muncul cabaran itu. Dan aku juga boleh berkongsi pengalaman dengan orang sekeliling tentang apa yang aku alami. Macam yang diceritakan dalam blog Kak Mija dan Abg Azrin tentang pengalaman mereka sekeluarga tinggal di Melbourne sana. Setidak - tidaknya, kalau berjauhan dengan keluarga, aku sebagai adik tahu juga keadaan mereka di sana. Tidak macam zaman dulu - dulu, kena tulis surat baru tahu keadaan hidup seseorang itu bagaimana.

Selain berblog, ramai saja yang mempunyai cara lain untuk bersosial. Ada saja yang keluar minum kopi ke, main boling ke, atau pergi bercuti. Pada masa yang sama, mereka melepaskan rasa tensi yang disebabkan oleh kerja atau belajar. Tapi kalau di sini, malas mahu keluar. Tambah lagi pada waktu sekarang ini, cuaca sekejap sejuk, sekejap panas. Dalam satu hari itu, kadang - kadang semasa keluar, cuaca baik saja, tapi sewaktu mahu balik, tiba - tiba salji turun tambah lagi dengan angin kuat. Jadi cara terbaik, duduk sajalah di rumah. Lagi - lagi waktu cuti yang tinggal sedikit saja lagi ini.

Kenapa aku menulis tentang ini? Cara aku bersosial adalah dengan cara aku ke kelas, balik rumah, beronline, berblog, atau mungkin berborak dengan teman serumah. Dan semua itu lebih kepada aku melepaskan rasa lelah aku belajar. Mungkin ramai yang berpendapat, pelajar perubatan ini sepatutnya sibuk memanjang. Sampaikan tiada masa untuk diri sendiri. Siapa cakap? Sesibuk Perdana Menteri pun, beliau pasti akan ada masa untuk diluangkan untuk diri sendiri. Inikan pula pelajar. Memanglah pada hakikatnya kami sibuk, tapi kita ini, kena bijaklah uruskan masa. Kalau aku, mungkin berblog untuk melepaskan apa yang aku rasa atau fikir. Pada orang lain, mungkin dengan membaca komik atau bermain play station boleh merehatkan minda mereka. Lain orang, lain caranya.

Aku cakap ini bukan sebab aku belajar di Rusia yang mungkin pada mata orang lain tak sesibuk macam orang yang belajar perubatan di tempat lain. Belajar di mana - mana pun, dalam bidang apa pun, kesibukan itu pasti ada. Belajar di tempat yang dekat atau jauh, ilmu tetap sama, cara bahagikan masa itu pun prinsipnya sama, cuma bergantung pada seseorang itu bagaimana caranya untuk menguruskan masa. Contoh, dalam masa seseorang itu belajar, bagaimana dia boleh mencari masa untuk dia berblog atau berplurk atau berym atau sebagainya? Adakah dia langsung tidak belajar? Tak juga. Entah - entah dia lebih tekun belajar jika nak dibandingkan dengan orang yang tak bebrlog atau seumpamanya. Jadi kita ini jangan jadi orang yang judgemental. Kalau orang putih kata Dont Judge A Book By Its Cover, kita orang Melayu kata Lain Padang Lain Belalangnya (ada bagi hint ke?). Hehe..

Kenapa wujudnya peribahasa itu? Secara ilmiahnya aku sejujurnya tidak tahu. Tapi sebenarnya dengan peribahasa itu mengajar kita menjadi orang yang sentiasa bersangka baik. Dengan kata lainnya, peribahasa itu suruh kita jangan jadi orang yang berburuk sangka. Ia mengajar kita menjaga hati kita. Kita manusia ini, kalau buat sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, kita tak akan sedar pun benda yang kita buat itu sebenarnya salah. Contohnya, kita jadi ahli Koperasi. Masa tiada pelanggan, kita makan makanan di Koperasi itu tanpa membayarnya. Lama - lama kita dah terbiasa. Itu samalah dengan mencuri. Tapi kita dah terbiasa buat, jadi kita tak sedar yang kita ini sudah mencuri. Samalah macam bersangka buruk. Nampak orang itu, sangka dia begitu. Nampak orang ini, sangka ia begini. Tanpa usul periksa, main sedap mulut saja cakap. Main sedap akal saja membuat kesimpulan. Lama - lama hati jadi busuk, dan susah mahu mewangikannya kembali walaupun jika guna AmbiPure ke, Glade ke. Hurmm.. Guna peluntur Clorox pun belum tentu jadi elok. =)

Sejujurnya aku tak berapa menyukai orang yang mempertikaikan apa yang aku buat. Kenapa? Sebab aku tak suka pertikaikan apa orang lain buat. Pada aku, biarlah apa orang tu mahu buat dengan hidupnya asalkan dia tak menyusahkan hidup aku. Mungkin bunyinya sedikit kasar, tapi itulah hakikatnya. Aku memang tak suka orang pertikaikan apa yang aku lakukan. Aku lakukannya sebab aku mahu dan aku tahu kenapa aku buat. Itu untuk diri aku. Lainlah kalau benda yang aku buat itu salah dan orang datang tegur. Itu bukan mempertikaikan, tapi itu menegur.

Jadi janganlah tanya aku : Ko tak sibuk ke sampai hari - hari boleh update blog? Atau : Kata ambil medic, tapi aku tengok hari - hari online? Aku banyak kali je dihujani soalan - soalan yang menguji kesabaran aku begini. Mujur aku bukan jenis orang yang cepat melenting. Dan aku menjawab dengan penuh hemah. Ok. Aku mengaku, memang aku online setiap hari itu tapi tak bermakna aku tak belajar. Kenapa sesetengah dari kamu nampak aku online tiap - tiap hari? Satu, sebab internet di rumah aku ini wireless dan kami bayar tiap - tiap bulan untuk internet itu aktif 24 jam (ini pakej). Dua, di sini kami menggunakan khidmat internet untuk menyebarkan nota - nota, risalah dan pengumuman. Jadi maklumat itu akan sampai kepada semua batch.

Maaf kalau entri ini mengusik sesiapa. Aku sekadar keluarkan apa yang ada dalam fikiran aku ini. Tak terniat untuk menembak sesiapa. Cuma aku mahu berkongsi. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Sunday, August 17, 2008

Den Poning Lah!

Assalamualaikum wbt.

Kamu pernah pening kepala? Kalau kamu terasa kepala kamu pening, apa perkara pertama yang kamu buat untuk melegakan tahap pening kamu? Dan biasanya apa yang menyebabkan kamu pening kepala? Semua soalan ini aku nak cuba jawab lah!


Soalan 1: Pernahkah mengalami pening kepala?

Mestilah pernah!


Soalan2 : Perkara yang dibuat untuk melegakan tahap pening kepala?

Pertama – aku akan cari minyak angin kesayangan aku : minyak angin cap kapak. Lepas tu aku cuba buat air kegemaran aku : Nescafe.


Kedua – kalau minyak kapak tak jalan, aku akan telan sebiji Panadol ActiFast. Pastu aku akan buat kerja macam biasa.


Ketiga – kalau tak lega juga lepas buat – buat kerja tu, aku akan telan lagi sebiji dan terus tidur.


Keempat – kalau lepas bangun tidur tak lega juga, aku akan basuh kepala lepas tu minta orang tolong urutkan kepala.


*Biasanya perkara keempat jarang berlaku kecuali bila aku nak dekat demam atau aku terlalu risau untuk menghadapi peperiksaan.


Soalan 3 : perkara yang biasanya menyebabkan aku sakit kepala.


1. Terkena / berjemur tengah panas yang mana waktu itu matahari berada tegak atas kepala dan cahayanya sangat terik.


2. Bila aku mula nak tidur tetapi lepas tu terkejut (sebab orang terbising sangat ke, atau tiba – tiba terlelap tapi baru teringat belum solat atau tengah tidur tiba - tiba ada orang call) sehingga lepas terbangun itu aku tidak boleh tidur semula.


3. Bila aku tertahu sesuatu benda yang menyebabkan aku bengang, marah, terkejut, sedih atau risau. Contohnya : aku tahu ada orang mengata pasal aku walhal benda tu sama sekali tidak benar!


4. Kalau aku diserang gastric dek kerana aku terlupa nak makan disebabkan terlalu malas atau terlalu risau nak exam. Dan keadaan bertambah teruk kalau aku terlupa nak bawa ubat gastric bersama sewaktu aku diserang.


5. Bila aku rasa nak demam. Tapi bila aku rasa nak demam tu, mula – mula aku rasa pening – pening lalat, pastu aku rasa perut masuk angin, kemudian aku makan sikit untuk kasi hilang itu angin. Tapi kalau dah teruk sangat, aku akan muntah benda yang aku makan. Dan lepas tu aku rasa kepala macam berat, aku telan panadol, aku tidur.


· Kesimpulannya, aku sangat mudah berasa pening kepala apabila berlaku sesuatu yang buat aku tak happy. Sebab tu selama ini aku lebih suka menjadi orang yang sentiasa happy. Sebab aku tak suka keadaan bila mana kepala aku pening!

Nota:

a. Petang tadi aku memenuhi jemputan walimah sahabat di Moscow yang juga senior aku (Nurul Asikin Ahmad & Muhammad Rafeeq Azlan) . Mereka sudahpun selamat menikah dan hari ini adalah kendurinya. Aku datang pun sudah agak lewat yang mana waktu itu sudah tidak ramai tetamu. Mungkin ramai yang sudah balik. Dan aku bertemu juga dengan pengantin baru yang sudah seminggu (Kak Dayout & Awe). Apa pun, tahniah buat kalian!


b. Sebenarnya ada sesuatu yang terjadi yang menyebabkan aku menulis entri ini. Perkara itu membuatkan aku pening kepala sebab ianya buat aku bengang yang amat. Baru je nak settle timbul balik masalah yang tak sepatutnya timbul. Sajalah tu nak buat gempak! Ada saja lah kerenah manusia.. Macam – macam.. Penat nak layan. Susah la kalau asyik kita je nak puaskan hati diorang ni..

Tuesday, April 15, 2008

Letaklah Tajuk Yang Anda Suka

Assalamualaikum wbt.

Aku paling tidak suka kalau aku berada dalam fasa aku sekarang. Dalam keadaan yang tak tentu hala, keadaan yang berserabut dengan segala macam benda dalam kepala otak aku ni. Aku tak mahu fikir, tapi asyik disuruh - suruh fikir. Padahal benda - benda tu langsung tidak berkait dalam pembelajaran aku di sini. Ia buat aku tiada mood untuk study. Ia buat aku resah tak tentu hala. Ia buat hidup aku sedikit bercelaru. Aku boleh buat - buat bergelak ketawa. Aku boleh berpura - pura gembira seperti tiada apa yang berlaku. Tapi..?

Aku tak tahu mana silapnya. Mungkin tak cukup pengamalan yang sebenar. Mungkin juga aku tak cukup mengaplikasikan apa yang sepatutnya dalam hidup aku. Aku seolah - olah berperang dengan diri aku sendiri. Nak bercerita dengan orang, tak tahu nak bermula dari mana. Nak menulis di kertas, takut tercicir di mana - mana. Jadi aku buat keputusan untuk kongsi di sini. Aku tak berapa pasti seramai mana pengunjung blog aku ni. Tak kisahlah. Sekurang - kurangnya terluah juga apa yang aku hendak kongsikan walaupun bukan dari keseluruhan cerita.

Susah bukan kalau kita kena berperang dengan nafsu sendiri? Cabaran yang sangat besar. Di saat itulah identiti muncul menimbulkan krisis untuk menetapkan di tahap mana sebenarnya mereka berada dalam diri seseorang. Macam tu juga aku. Serasa belum lengkap, tapi tiada usaha untuk lengkapkannya. Aku nak, tapi daya usaha sangat kurang. Nak tingkatkan, tak pasti bagaimana.

Aku kena juga cari jalan selesaikan masalah aku yang satu ini. Masa hendak dekat dengan peperiksaan akhir barulah semua benda nak muncul. Dulu tak ada pun. Tapi apa yang aku pasti, Allah takkan turunkan ujian untuk aku kalau Dia tahu aku tak mampu hadapinya. Baru saja dengar KS bagi pengisian selepas Maghrib tadi. Bagaimana mahu menjadi manusia yang berkualiti. Semalam, di perjumpaan sesama sahabat pun diperingatkan bagaimana mahu menjadi manusia unggul. Antara persamaan keduanya adalah SABAR. Jadi, Sabarlah Wanie!

*aku tak tahu apa tajuk yang sesuai untuk entri kali ni. Kamu fikirkanlah sendiri ok!

Friday, April 11, 2008

Tak Seriuskah Aku?

Assalamualaikum wbt.

Dalam masa dua tiga hari ni, aku asyik terfikir kata - kata kawan aku seorang ni. Dia kata macam ni: Wanie, ko pernah ke serius? Pastu aku balas: La.. Bukan ke aku ni selalu je serius? Tak ke? Lepas tu ada ke dia gelak. Then, dia sambung: Dengan aku ko tak pernah serius! Asyik tergelak sana, tergelak sini.

Hari ini aku sepatutnya kena ke hospital, jumpa seorang patient ni, tapi disebabkan kelas pharmacology aku habis lewat sedikit daripada biasa, tambah lagi bas yang kitorang (aku dan 2 lagi rakan) tunggu tak sampai2, kitorang pun ambil kepututsan untuk berjalan kaki sahaja dengan melalui short cut yang ada. Dalam perjalanan tu, aku tanya kawan aku ni, sama ada aku ni seorang yang serius ke tak. Dia kata ada certain time aku sangat serius, contoh: masa belajar atau colloqium. Aku cakap: Memang la time tu kena serius, kalau tak, apa pula jadinya nanti!

Kejap tadi aku tanya pula osmet aku. Soalan yang sama. Jawapan lebih kurang sama. Aku serius dalam waktu tertentu.

Tapi apa yang aku perasan, aku kalau satu hari aku tak senyum/ketawa/bercakap/ yang seumpama dengannya, aku rasa hari tu hari yang membosankan dan penuh dengan stress! Orang sekeliling aku pun akan pelik kalau satu hari aku tak bercakap. Lepas tu diorang akan ingat aku ni not in good mood. Aku pun rasa tak selesa kalau aku tak bercakap dengan orang satu hari.

Kat sini aku ada satu tips. Untuk menceriakan hari-hari korang, bangunpagi je kan, korang lepas baca doa bangun tidur, korang senyum sorang2. Tak kesahlah orang kata korang tak betu ke apa ke, janji hari tu korang happy. Kalau malu sangat nak senyum sebaik je bangun, korang senyum la masa gosok gigi. Time tu korang je la yang nampak muka korang kat depan cermin! hehe.. So, Senyum Selalu =)

Thursday, November 1, 2007

How do I manage my Stress?

Assalamualaikum wbt.

Selepas 2 minggu berhempas - pulas dengan buku yang sangat banyak, akhirnya aku berjaya mengharungi segala macam ujian dengan 'tabah'. Kenapa ada tanda kat atas tu ek? Hahaha.. Tu maksudnya... xlah tabah sangat! Ada masa2 tertentu aku rasa stress sangat sampai dah tak mampu nak pandang pon buku - buku yang ada atas meja tu. Lagi bengang kalau dah prepare untuk exam, tiba2 cikgu pula busy tak boleh nak buat exam dengan students orally! Ha! Tu lagi mencabar.. Menduga kesabaran betul!

Hehehe.. Tapi orang kata, kita harus bijak menangani stress. Kalau tidak, boleh jadi GILA! Aku ni adalah orang yang paling tak tahu macam mana nak release tension. Cubalah tanya mana2 budak bilik aku, sure diorang cakap yang aku ni memang tak reti cover rasa stress tu! (even kalau rasa sedih, marah or gembira, semua tu pon aku tak reti nak cover!). Tapi bila aku stress (walaupun aku memang tak reti cover), apa yang aku buat? Nak tahu? Hurm...


1. Aku akan tulis apa yang aku rasa dalam blog aku ni.

2. Aku akan tidur dengan lamanya tanpa gangguan sebelum aku bangun untuk sambung study.

3. Aku akan buat satu cawan Nescafe Classic (tapi tak sedap sangat la..).

4. Aku melayan internet sampai aku rasa aku boleh start study balik. Ni termasuk layan Taiwanese Drama dalam crunchyroll..

5. Letak status ym yang mengarut - ngarut!


Tapi, aktiviti yang paling selalu aku buat tatkala aku stress, bengang atau tension, aku akan TIDUR dengan nyenyaknya sampai aku rasa aku nak bangun! Time tu, takde sapa yang boleh kacau aku..

Begitulah cara aku menangani stress aku. Langsung tidak efektif! Jangan tiru macam aku.. Aku rasa korang lebih bijak menangani stress korang kan?


* Aku rasa sangat bahagia dapat tidur dengan nyenyak walaupun 5 minit *


~ Tidur ibarat meniti mimpi yang indah.. ~