Pages

Sunday, April 27, 2008

Kisah kanak kanak ribena

Assalamualaikum wbt.

Siapakah kanak-kanak ribena yang dimaksudkan itu? Memperkenalkan. Taraa!!



Wah. Rasanya baru beberapa hari tak menaip. Tangan dah rasa keras tekan keyboard! Huhu.. Hurm.. Apa aktiviti aku sepanjang beberapa hari ni? Ada yang tahu? Ha! Meh sini makcik nak cerita..

Exam tu biasalah kan. Tu tak payah cerita pun tak apa kot.. Sebab kat mana-mana pun, exam sama je. Jawab soalan.

Yang aku nak cerita adalah aktiviti lepas exam. Semalam (26/4) aku teman KS pergi layan sushi kat restoran sushi kesukaan kitorang. Wah.. Makan tak adalah banyak sangat, tapi perasannya seperti melayang-layang. Sungguh gembira seperti kanak-kanak baru diberi lolipop! hehe.. Masa dah sampai depan restoran tu, mula-mula kena beratur sekejap sebab ramai sangat pengunjung. Tapi tak adalah lama sangat. Dalam 10-15 minit. Sementara tengah tunggu tu, aku dengan KS ni apa lagi, mengusha orang tak ingat dunia. Tengok baju diorang la, gelagat diorang la. Ye la, selalu asyik diorang je yang tengok kitorang, time ni la nak tengok diorang pula.

Masa tengah tunggu makanan sampai tu, kitorang ni pun buat la satu panggilan telefon. Telefon adala orang tu kan. Ala, orang tu.. Hurm. Birthday girl. Dan kami pun buat kerja gila nyanyi lagu birthday masa tu. Lantaklah orang nak kata apa pun. Asalkan kami gembira! Kami bukan kacau orang pun. Oh ya, Cik birthday girl, sila buat pengakuan terbuka ok! Tak lama lepas tu pun, makanan sampai dan kami menikmati makanan sampai menjilat chopstick! huhu..







Sebelum pulang terus ke rumah, kitorang jalan-jalan dulu kat Kremlin. Sambil jalan, sambil posing. Jalan lagi, posing lagi. So, kesimpulannya, lagi banyak jalan, lagi banyak la posing nya! haha! Hurm, kat sini aku kongsi gambar keriangan kitorang kat sini. Baru nampak bagaimana kanak-kanak ribena menghilangkan rasa kepiluan hati duduk berjauhan dari keluarga. Kalau tak, asyik teringat nak balik je..

Tengah-tengah jalan tu, nampak orang jual aiskrim. Kitorang ni, walaupun baru hentam sushi tak kisah, hentam juga aiskrim sambil duduk kat tangga menghadap jalan besar. Memang kanak-kanak betul. Tengok orang main skateboard, orang main baling apa benda entah dengan orang main tangkap2 gambar. Dalam keadaan angin yang sepoi-sepoi bahasa, matahari yang bersinar balik awan, dengan teriakan budak remaja bermain, maki disapa oleh seorang remaja Rusia yang comellah juga (maksudnya lebih comel sikit dari aku!) dan terus duduk sebelah aku. Itulah kawan baru kami. Valeria namanya. Dia bahasakan dirinya Lera. Dia yang bawa kami jalan-jalan di kawasan sekitar. Jalan kaki ok!

Jauh juga kitorang jalan semalam. Dari satu jambatan ke satu jambatan. Sampai satu jambatan ni, kat situ ada 5 batang pokok besi, yang penuh dengan mangga kunci. Menurut Lera, mana-mana pasangan yang sudah berkahwin, mereka akan mengabadikan cinta mereka di situ dengan menulis nama mereka dan pasangkan mangga itu pada pokok. Itulah yang aku faham.

Dalam pukul 9 malam kitorang sampai rumah. Maghrib pun baru sahaja masuk. Kitorang pun meneruskan aktiviti kitorang. Yang KS dengan anak-anaknya. Aku lepak atas katil sampai pukul berapa aku terlelap pun aku tak sedar.

Hari kami berakhir dengan selamat. Anda bagaimana? =)
Orang kata kalau berjalan-jalan, selain sibuk bergambar, jangan lupa lihatlah dan hargailah hasil ciptaan Allah SWT. Itulah yang sebenarnya kita perlu lakukan selagi kita mengaku kita adalah hambaNya.

* Kitorang jumpa artis russian yang agak famous juga di kalangan orang sini.
* Pihak Dekan menetapkan bahawa peperiksaan kami akan habis dalam masa 2 minggu untuk 5 subjek. Boleh bayangkan tak betapa bakal bengongnya kami nanti??
* Dan akhir sekali, gambar bawah ni untuk Cik Birthday Girl kita. Maaflah. Ianya terlalu simple. Dan ianya bukan tepat pada masanya. Sorry ok..


7 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

tadaaa!
ks 1st here~
kan ks dh agak. akn ada unclickable pic. hihi. Wanie, thnks for yesterday. happy sgt2 lepas puas bengang2 kt rmh sblum tu. tp mmg best dpt bersushirama lepas dh sgt lama x makan. masing2 asyik busy je kan. aik, apasal ayatnya mcm tergantung 'yang ks dengan anak-anaknya'. sejak bilalah ks ada anak ni. huuu. eh. abg khairil nak bersushirama jgk 1 hari nnti. wanie ikut sekali deh. baru meriah ;)
ok. sambung study. hihi. happy!

MakcikMuda said...

adess!

tengs,wanie!
menanges tgk sushi tuh.
da lew ryn tengah lapar neh.

hahak!
ryn pon mau makan eskrem.
baru smlm makan eskrem perisa mangga.
shedapnyew.

tengs,wanie!

Anonymous said...

lawa laa sarah tak kai sepec. :)
sukaa~~~~

Mazza Homemade Cookies said...

Salam..

oh..bestnya jadi student nie, then kanak2 ribena lagi..lagilah best..jeles2..:)

kim salam kat artis russia tu..sape namanya?..

Anonymous said...

sampai tertido sy bc kat blog awk nie wani... bestla dpt bljr kat luar negara, leh tgk kehidupan orang lain, pemandangan yang canti-cantik.... kalau d beri peluang seronoknye dapat bergambar mcm wani, coz hobi sy m'mg suka ambil gambar pemandangan..
sy pun pelajar mcam awk, skrg pun masih menuntut di IPTA... tp tempt belajar kite berbeza kan....
ape2 pun... hari2 tau update... sy tgu...hehehe

Shazwani Adnan said...

salam buat semua.

KS: hurm. wanie mmg sengaja buat ayat tu tergantung. biar spekulasi berleluasa. haha.. abg khairil nk ke sushi? takmo ikutlah, nnt ade yg jeles. huhu

ryn: eskem mangga? sedapnya. lamanye tak makan. awk buat kami jeles la.. :(

Anon:KS mmg comel lote. tak pakai spek ke, pakai ke. comel ttp maintain..

Shazwani Adnan said...

bro Fisol:artis tu namanya sergei. entah bila la berpeluang jumpe die lagi. cam langsung takde peluang je..

gadis: tertido? awk baca dr awal ke? hehe.. ape pon, terima kasih dtg. semoga berjaya. IPTA pon takde kurangnya. kite sama. tempat je lain. itu tak menjadi masalah pun.

semoga kita akan rajin. hehe..