Pages

Showing posts with label spring. Show all posts
Showing posts with label spring. Show all posts

Thursday, March 12, 2009

My Spring Color

Assalamualaikum wbt.

Finally, I have chosen these colors for my Spring. It suits Spring right? Hurm. Ok, no more dull colors. I want my Spring being fresh.

**Aku tak pernah suka merah jambu. Tapi biarlah kali ini aku tukar selera sedikit. Hihi..
**Aku tukar background hanya 15 minit. Ini satu pencapaian yang baik. Walaupun aku ini buta IT. Hahaha..

Friday, May 2, 2008

Lukisan Alam

Assalamualaikum wbt.

Review untuk 2 hari. 1 & 2 Mei 2008. 1 Mei adalah hari pekerja/buruh/ seumpama dengannya. Dan kalau di sini, 1 Mei juga adalah Hari Musim Bunga atau dalam bahasa rusianya: Dyen Vesniy. Kebiasaannya bila menjelang 1 Mei, ada satu universiti di sini (People's Friendship University - PFU-) menganjurkan Spring Festival atau ada sesetengah memanggilnya: Colors Of The World. Festival ini mengumpulkan masyarakat pelbagai negara beserta tradisi mereka sekali. Mereka diberi satu booth untuk setiap negara. Di situ mereka mempamerkan barangan dari negara masing-masing. Ada juga yang membina khemah (ala, yang macam kat egypt tu) dan ada juga yang menjual souvenirs dari negara mereka. Yang menarik, mereka juga memakai pakaian tradisional negara diorang. Itu dari sudut positif.





Lebih kurang pukul 8 pm kami sampai rumah. Bersihkan diri, solat Asar bagi yang solat. Malam tu pula kami dijemput ke majlis doa selamat sempena hari lahir seorang sahabat, Yani! Happy Birthday! hehe.. Dalam pukul 12.45 am, kami pulang. Aku seperti biasa, tertidur di bilik diorang. Dah nak balik, baru dikejut. Hurm, memalukan sungguh! hehe

Hari ini, 2 Mei, Persatuan Perubatan Islam Malaysia - Moscow Student Chapter menganjurkan perkelahan musim bunga di Tasik Sportivnaya. Semua muslimat hadir memeriahkan majlis tu. Sangat seronok. Bagi yang sebelum ni tak pernah kenal, masa berkelah tu, jadi kenal semuanya. Dah tak malu dah nak berborak-borak, gelak ketawa. At least junior yang duduk hostel lain tu, boleh kenal rapat. Tujuannya adalah sesi berkenalan dan mengeratkan silaturrahim. Sebenarnya nak ikat silaturrahim tu bukan senang. Cakap memang senang tapi proses nak mengikatnya tu, memang susah. Usaha dua belah pihak kena ada. Apa pun, perkelahan tu memang best!



Semoga kita gembira menghadapi hari - hari akan datang. Keindahan alam itu membuktikan pada kita akan kuasaNya. Nyamannya udara memberi kita nafas untuk meneruskan kehidupan kita untuk hari esok.

Sunday, April 27, 2008

Kisah kanak kanak ribena

Assalamualaikum wbt.

Siapakah kanak-kanak ribena yang dimaksudkan itu? Memperkenalkan. Taraa!!



Wah. Rasanya baru beberapa hari tak menaip. Tangan dah rasa keras tekan keyboard! Huhu.. Hurm.. Apa aktiviti aku sepanjang beberapa hari ni? Ada yang tahu? Ha! Meh sini makcik nak cerita..

Exam tu biasalah kan. Tu tak payah cerita pun tak apa kot.. Sebab kat mana-mana pun, exam sama je. Jawab soalan.

Yang aku nak cerita adalah aktiviti lepas exam. Semalam (26/4) aku teman KS pergi layan sushi kat restoran sushi kesukaan kitorang. Wah.. Makan tak adalah banyak sangat, tapi perasannya seperti melayang-layang. Sungguh gembira seperti kanak-kanak baru diberi lolipop! hehe.. Masa dah sampai depan restoran tu, mula-mula kena beratur sekejap sebab ramai sangat pengunjung. Tapi tak adalah lama sangat. Dalam 10-15 minit. Sementara tengah tunggu tu, aku dengan KS ni apa lagi, mengusha orang tak ingat dunia. Tengok baju diorang la, gelagat diorang la. Ye la, selalu asyik diorang je yang tengok kitorang, time ni la nak tengok diorang pula.

Masa tengah tunggu makanan sampai tu, kitorang ni pun buat la satu panggilan telefon. Telefon adala orang tu kan. Ala, orang tu.. Hurm. Birthday girl. Dan kami pun buat kerja gila nyanyi lagu birthday masa tu. Lantaklah orang nak kata apa pun. Asalkan kami gembira! Kami bukan kacau orang pun. Oh ya, Cik birthday girl, sila buat pengakuan terbuka ok! Tak lama lepas tu pun, makanan sampai dan kami menikmati makanan sampai menjilat chopstick! huhu..







Sebelum pulang terus ke rumah, kitorang jalan-jalan dulu kat Kremlin. Sambil jalan, sambil posing. Jalan lagi, posing lagi. So, kesimpulannya, lagi banyak jalan, lagi banyak la posing nya! haha! Hurm, kat sini aku kongsi gambar keriangan kitorang kat sini. Baru nampak bagaimana kanak-kanak ribena menghilangkan rasa kepiluan hati duduk berjauhan dari keluarga. Kalau tak, asyik teringat nak balik je..

Tengah-tengah jalan tu, nampak orang jual aiskrim. Kitorang ni, walaupun baru hentam sushi tak kisah, hentam juga aiskrim sambil duduk kat tangga menghadap jalan besar. Memang kanak-kanak betul. Tengok orang main skateboard, orang main baling apa benda entah dengan orang main tangkap2 gambar. Dalam keadaan angin yang sepoi-sepoi bahasa, matahari yang bersinar balik awan, dengan teriakan budak remaja bermain, maki disapa oleh seorang remaja Rusia yang comellah juga (maksudnya lebih comel sikit dari aku!) dan terus duduk sebelah aku. Itulah kawan baru kami. Valeria namanya. Dia bahasakan dirinya Lera. Dia yang bawa kami jalan-jalan di kawasan sekitar. Jalan kaki ok!

Jauh juga kitorang jalan semalam. Dari satu jambatan ke satu jambatan. Sampai satu jambatan ni, kat situ ada 5 batang pokok besi, yang penuh dengan mangga kunci. Menurut Lera, mana-mana pasangan yang sudah berkahwin, mereka akan mengabadikan cinta mereka di situ dengan menulis nama mereka dan pasangkan mangga itu pada pokok. Itulah yang aku faham.

Dalam pukul 9 malam kitorang sampai rumah. Maghrib pun baru sahaja masuk. Kitorang pun meneruskan aktiviti kitorang. Yang KS dengan anak-anaknya. Aku lepak atas katil sampai pukul berapa aku terlelap pun aku tak sedar.

Hari kami berakhir dengan selamat. Anda bagaimana? =)
Orang kata kalau berjalan-jalan, selain sibuk bergambar, jangan lupa lihatlah dan hargailah hasil ciptaan Allah SWT. Itulah yang sebenarnya kita perlu lakukan selagi kita mengaku kita adalah hambaNya.

* Kitorang jumpa artis russian yang agak famous juga di kalangan orang sini.
* Pihak Dekan menetapkan bahawa peperiksaan kami akan habis dalam masa 2 minggu untuk 5 subjek. Boleh bayangkan tak betapa bakal bengongnya kami nanti??
* Dan akhir sekali, gambar bawah ni untuk Cik Birthday Girl kita. Maaflah. Ianya terlalu simple. Dan ianya bukan tepat pada masanya. Sorry ok..


Friday, April 4, 2008

Dua Gadis Berbaju Hijau

Assalamualaikum wbt.

Hari ini suhu tak sesejuk mana. Cuma 16 darjah celcius. Hari ini jurukamera bertugas mengambil shot dua gadis muda berbaju hijau yang dilihat berjalan-jalan sambil mengambil udara segar tanpa arah tujuan. Lokasi penggambaran : Taman Tasik Sportivnaya.



Sewaktu krew kami memulakan sesi penggambaran, empat sekawan para ibu menolak kereta sorong anak mereka sambil berbual mesra.


***************************************

Mari kita kenali gadis-gadis molek ini (cewah!)









Persamaan antara mereka:

  • berbaju kurung warna HIJAU
  • berkasut sarung warna COKLAT
  • berkaca mata SEPARUH BINGKAI
  • perasan COMEL & AYU







Perbezaan antara mereka:

  • seorang bertudung HIJAU, seorang bertudung PUTIH
  • seorang berjaket HIJAU, seorang berjaket PUTIH
  • seorang perasan TINGGI, seorang kelihatan seperti KECIL MOLEK
  • seorang pelajar TAHUN 3, seorang pelajar TAHUN 5 (setelah diselidik)


    Siapakah gerangan gadis-gadis ini? Anda diselubungi dengan seribu tanda tanya...

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

Pastilah kamu tahu siapa mereka! Tidak perlu diperkenalkan lagi. Semuanya telah terjawab. =) Salam Musim Bunga! Musim bunga dah tiba. Ini bermakna musim mengawan pun sudah bermula.. hehe.. *S.M.I.L.E*