Assalamualaikum wbt.
Lempeng segera
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
sedikit serbuk penaik
1 cawan susu segar
1 biji telur (bersaiz sederhana)
- Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul hingga sebati.
- Jika anda rasa terdapat sebarang kekurangan, anda bolehlah olah bahan tersebut mengikut citarasa anda.
- Apabila campuran sudah sedia, anda boleh mula memasaknya di atas pan mengikut saiz yang anda sukai.
- Sesudah siap, anda sudahpun boleh menikmati lempeng segera anda! Sama ada bersama jem, susu manis, chocolate paste, sambal tumis atau begitu sahaja! Mudah bukan? Memandangkan keluarga aku keluarga Jawa, mereka lebih suka makan lempeng dengan sambal tumis sotong atau ikan bilis. Tapi bagi yang sukakan lempeng bersama jem atau yang seangkatan dengannya, anda perlulah mengurangkan kadar kemanisan di dalam campuran lempeng anda sebelum anda memasaknya.
Tambahan:
*Jika di rumah anda tiada stok susu segar, anda boleh menukarnya dengan santan tetapi jangan letak terlalu banyak. Bagi yang menggemari rasa lemak, anda boleh gantikan terus susu segar dengan santan walaupun anda mempunyai stok susu segar yang banyak! :D
*Jika anda ingin menggunakan susu pekat manis, anda tidak perlu lagi mencampurkan gula kerana anda mungkin berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis! Walaupun lempeng ini segera, anda patut menitikberatkan soal kesihatan anda. Jangan disegerakan semuanya!
*Makanan ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada kanak - kanak, orang dewasa, pelajar yang sedang menghadapi musim peperiksaan (bagi mereka yang tidak tinggal bersama keluarga dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk ke dapur menyiapkan juadah makan mereka.) atau orang yang sedang sakit gigi (yang tidak boleh menggigit makanan yang keras). Ianya sungguh praktikal bukan?
*Nota terakhir: Ini tidak berkaitan dengan resepi kita hari ini. Cermin mata aku pecah sebelah dek dipijak oleh seekor gergasi yang sedang berlegar - legar di ruang tamu awal pagi ini. Jadi, sepanjang hari ini aku terseksa hendak menonton tv kerana semua gambar dan tulisan di tv itu kulihat bertindih2! =(
*Nota terakhir: Ini tidak berkaitan dengan resepi kita hari ini. Cermin mata aku pecah sebelah dek dipijak oleh seekor gergasi yang sedang berlegar - legar di ruang tamu awal pagi ini. Jadi, sepanjang hari ini aku terseksa hendak menonton tv kerana semua gambar dan tulisan di tv itu kulihat bertindih2! =(

8 comments:
Salam.
Haha. Lempeng + sambal tumis ikan bilis = Rawr. Leka terus menyumbat dalam mulut sambil menonton Pingu pagi minggu.
Makan dengan gula or other stuffs tak kik esh lah.
chef wanie memasak ari nie. Kita makan lempeng segera..dengan sambal tumis..mmm..macam mengancam jugak tu..
**Sejak bila wanie bela gergasi kat umah nie. kan dah menyusahkan diri tu..hehehe. Bagitau gergasi tu, berhati-hati di jalan raya. Kalau tak banyak lg yang rosak nanti. :p
hehe. ni la bnda yg ks slalu masak pg ahad kt rmh kan :) klu kamu sedar, ks suka buat yg manis terus. sbb ks x suka makn dgn jem, coklat or whatever yg manis2 dh. tp klu ada sambal ikan bilik atau sardin, hehe, sure ks buat lempeng kosong. sbb nak cicah! :D
erm, wanie, klu nak buat spect bru, buat yg trendy ye ;)
salam untuk semua yang datang.
Azwan: sambal ikan bilis lah yang paling masyuk. kalau pedas tu, tengok cerita tak best pon jadi best!
akak: memang mengancam kak. lagi - lagi kalau sambal tu Emak yang buat, fuuuhhh!! tu yang buat saya rindu nk balik malaysia tiap2 tahun! =)
*sebenarnya gergasi yang dimaksudkan itu adalah merujuk kpd diri sendiri.. guna term gergasi sebab dh terpijak sampai cerminnya pecah berderai. nampak sangat berat sangat.. kalau terpijak tp tak pecah, mungkin guna anak gergasi je kot.. =P
KS: ha! inilah juga makanan cik pena kalau dia ter lapar pagi2. hehe.. kalau nak makan begitu saja, lebih senang buat manis terus.. Cik KS, lempeng satu! :)
* wanie malas nak buat yang baru. save budjet. just tukar lense je. dah rasa serasi pulak pakai spek tu. ala2 serasi bersama gitu..
hehe
lempeng? blini?
aku suke taruk vanilla essence sket.
suke bau die je sbnrnye!
p/s:yeye!!! spek wani patah!!
nnt bole buat spek baru kan,kan?
buat yg stylo2! btol ckp ks
tu..:P
oh! lempeng kat gerai sblh market ikan kt pekan Kapar RM1 sekeping. RM2 kalau dgn sambal. kalau yg awak buat ni blh dpt free kot. hehe
sedapnya,,kena cuba nih
salam.
Fatt: kalau letak vanilla essence mmg lg syok sbb bau dia sedap.. hehe
CJ: skang mmg dh mahal dh sumenye. kalau cokgu nak, sy boleh je bg free..
Pire: cubelah. silakan..
Post a Comment