Pages

Tuesday, July 15, 2008

Nak Main Lintah Atau Makan Cendawan?

Assalamualaikum wbt.


Kalau korang dengar pasal lintah, apa korang rasa? Pernah kena gigit dengan lintah? Kalau dulu – dulu, masa kecil – kecil, aku selalu dengar orang kata kalau digigit lintah, bahaya. Sebab dia boleh masuk dalam badan melalui mana – mana lubang yang ada. Itu masa dulu – dulu. Tapi sekarang orang dah tak takut dah pada lintah. Malah sekarang boleh pula lagi buat business pakai lintah.


Hari Ahad lepas ada satu program keusahawanan di perkarangan Carrefour cawangan Klang. Ramai usahawan tak kira muda atau tua datang memeriahkan program tu. Setiap mereka ada booth untuk mempromosikan produk mereka. Ada juga yang mengajak untuk melibatkan diri dalam kursus – kursus yang disediakan. Contohnya lintah (Kursus Perusahaan Lintah Secara Komersial) atau kursus penanaman cendawan kelabu. Banyak lagi kursus yang dioffer. Tapi yang menarik perhatian Emak dengan Abah adalah kursus perusahaan lintah. Haha. Diorang nak jadi pengusaha lintah pula sekarang! Tambah pula Abang Rizal pun menunjukkan rasa minat nak menceburkan diri dalam perusahaan lintah tu. Hai, penuhlah rumah aku dengan lintah nanti.


Mimin dengan Kak Idah pula rasa macam nak tanam cendawan pula. Haritu diorang tanya kat pegawai tu macam – macam. Mimin pun ada pengalaman tanam cendawan, mungkin tak susah bagi dia nak mulakan. Pastu masa dia praktikal, bukan setakat cendawan, cacing pun dia ternak juga. Course yang dia ambil kat UM tu memang berkaitrapat dengan cendawan, cacing, dan yang seangkatan dengannya.


Aku sokong kalau Mimin nak tanam cendawan. Sebab cara jaganya macam senang je. Kalau aku cuti lama sikit, boleh la tolong – tolong jagakan. Aku tengok pun macam seronok je nak tanam cendawan tu. Tapi Emak dengan Abah nak usahakan lintah pula. Kalau buat sebelah – sebelah nanti, silap haribulan lintah tu jadi vegetarian sebab makan semua cendawan tu. Haha…..

8 comments:

Girl A said...

wanie :| ternak lintah tu utk buat ape? pelik ar :| cendawan tu logik arr sikit, bleh makan. lintah bleh buat ape? ubat ke?

Shazwani Adnan said...

kak azah: lintah tu boleh buat berubat.Abang ipar wanie kata orang kalau berbekam, darah kotor tu nanti disedut. camtu la lebih kurang.

Girl A said...

erk :| tu bukan pacat ke? betul ke org guna lintah? lintah tu macam lg menggerunkan dari pacat jer :|

Anonymous said...

hahah,,lintah vegeterian,,first time dgr

Shazwani Adnan said...

kak azah: wanie pon geli gak masa dgr tu. tp entah, harini baca harian metro pon, ada gak dia cakap pasal penternakan lintah secara komersial. tp benda ni tak tahu sgt. kena ikut kursus br tahu. Emak nak join kursus tu.

Pire: memang 1st time pon, dh sy org first yang mengutarakan istilah tu (sy rasa la)

Sarah Mohd Shukor said...

wanie oo wanie. makin hari kamu makin punya cara menulis makin joke. bila baca 'haha' kamu tu, ks duk terbayang kamu gelak mcm kt rmh. haha. klu ks, ks pilih cendawan. sbb ks kan hantu cendawan n sayur campur~!

Shazwani Adnan said...

salam.

KS: wanie mmg suka menulis ada lawak2 sikit, takdelah nanti orang baca tulisan wanie tu sedih je.. dan nnt dorg tinggalkan blog wanie dgn senyuman lebar2 sampai telinga! haha.. gurau2..

wanie pon kalau nk, wanie pilih cendawan sebab boleh makan. wanie kan suka makan! kalau lintah tu, wanie rasa geli. masa pameran tu, lintah dia besar2! eee....

fattnieniey said...

kalau aku...emm..
due2 pon tanak pilih la..
aku suke cendawan,takut nnt kembung cendawan pulak!
pastu kalau lintah tu, alah , mmg dah out of the question la!
hehe