Assalamualaikum wbt.
Minggu pertama:
Sampai rumah. Minggu pertama ni, biasanya aku makan semua benda yang aku idamkan sepanjang tahun. Haha… cucur badak, laksa, rojak campur, cendawan goreng, pulut panggang, sate, mempelam dan macam – macam la. Kesimpulannya, keinginan mahu mengurangkan lebihan – lebihan lemak di tempat – tempat yang sepatutnya tiada lemak – lemak itu. Huhu.. jumaat lepas Abang Baha (abang ipar aku) balik. Tapi kakak aku tak. Dia sebenarnya singgah rumah sementara menunggu flight balik Kuching. Petang Sabtu tu Watie telefon. Dia kata apa pasal aku balik Malaysia aku tak bagitahu. Dia kata kalau Abang Baha tak bagitahu, dia pun tak tahu. Aku gelak je. Bukan tak nak bagitahu. Terlupa. Banyak benda yang aku buat sampai aku tak terbagitahu. Selain makan – makan, aku jalan – jalan. Ala, pergi Carrefour pun ikut juga! Tu yang aku tak tahan tu. Padahal Carrefour tu tak jauh pun dari rumah.
Campur dengan rutin aku hari – hari tengok tv. Cerita yang tak pernah aku tahu pun, aku layan sebab kakak – kakak aku layan tiap – tiap hari. Kalau rajin, sapu rumah sikit – sikit, mop lantai sikit – sikit. =)
Sekarang ni bila turun bandar Klang dah leceh dah. Jalan diorang buat satu hala, semua keluar dari Bandar Klang. Tambah dengan diorang tutup beberapa jalan yang aku rasa penting lalu menjadikan tempat tu jam teruk terutama bila waktu orang balik kerja. Aku pun setuju dengan Cikgu Jawe, kalau nak turun Klang tu, turun bila perlu sahaja. Kalau tak, buang duit minyak pusing – pusing cari jalan.
Minggu kedua:
Hari Isnin tu aku hantar laptop kesayangan aku ni ke kedai. Suruh diorang translate ke English dan masukkan anti – virus. Aku tak kisah kena bayar berapa pun even ada member aku offer diri untuk buatkan tapi free of charge. Tak apalah. Tu yang buat aku tak update blog ni lama dah. Hari Selasa teman kakak aku Mimin pergi register kat UPM. Dia sambung Master. Dari rumah dia drive. Jalan yang kitorang lalu tu punyalah jauh untuk sampai ke UPM. Ye la, kitorang ikut je semua signboards yang menuju ke UPM tu. Dari 1 jam kitorang boleh sampai, jadi 1 jam setengah. Tu takpe lagi. Baliknya satu hal. Akibat tersalah masuk lorong, habis semua jenis tol kitorang lalu: KESAS, PLUS, NPE, entah apa – apa lagi jenis entah. Punya pening redah jalan – jalan kat Malaysia ni. Dah la bawa aku yang tak tahu apa – apa ni. Padanlah muka masing – masing. Hahaah!!!
Rabu dengan Khamis tu aku tak buat apa –apa. Cuma hari Khamis tu je la aku dengan kakak – kakak aku keluar berjalan – jalan yang akhir sekali berhenti kat Pizza Hut beli piza untuk berbuka puasa. Ramai puasa hari tu. Emak, Nana, aku dan yang lainlah. Malam tu aku kena gastrik. Lagi sekali. Kali terakhir kena kat Moscow. Mujur aku bawa sikit stok ubat gastrik dari Moscow. Malam tu memang tak boleh tidur!
Jumaat tu teman Mimin lagi sekali jumpa supervisor dia. Kali ni perginya pula yang sesat sampai ke Kajang. Nasib baik Mimin tu familiar dengan jalan Kajang sebab dulu dia sekolah kat SMAP Kajang. Kalau tanya aku, haram jadah aku tak tahu apa – apa. Apa pun, balik kali ni dah tak sesat dah. Mimin start kelas Selasa depan. Kali ni memang aku akan tinggal rumah dengan Emak dan Abah je. Siang Abah biasanya keluar. Emak pula mengadap dengan komputer rumah. Main Spider Solitaire lah! Haha…
Petang tadi pergi rumah Mak Wah (aku panggil Mak We je. Tapi untuk korang, kena taip betul – betul la..). Dia la yang jaga kitorang adik – beradik dari kecil. Lepas juga rindu aku pada dia. Lawat juga rumah Wak Ani, makcik aku yang juga baik dengan kitorang sedari kecil lagi.
Tu je la kot cerita aku dari kampung ni. Kalau rajin, aku update lagi. Ingatkan harini nak buat karamel, tapi mood tu dah terhilang pula. Wahai mood buat karamel, kau datanglah balik!!
Baca entri KS rasa macam nak pergi je rumah kak Faaiqah. Selalu dengar KS bercerita tentang kak Faaiq. Pertama kali jumpa dengan dia masa kitorang pergi Cairo tahun lepas. Apa pun, tahniah kak Faaiq! Kalau ada kawan, turun lah kot saya nanti. Tak kisahlah akak tak jemput. Huhu!!
Aku nak reply semua komen kat bawah tu, tapi internet ni lembab buat aku fed up!
5 comments:
hai cik wani.
cik wani ni bz betolla..ke sane ke mari..
cik fatt tak wat pape pon selain drpd menternak lemak d badanku.kikiki.
cik fatt pon lama dh tak update blog.
rase cam nak tuka ke wordpressla.
tgkla camane.
wani,kalo ko nak msg aku,msg ke no moscow aku la eh. aku still x dpt no baru lagi.ingt nak buat no line,tanak pki prepaid dh.
pjg benor komen aku ni.
akhir skali,babai!
hehe.
Cik wanie n cik fatt, kak faiq jemput cik2 semua ke kenduri dia ye. jom la pegi. kita jumpa kat sana. kalau korang nak tgk ks bergaya menjadi pengapit yg comel jari tu nnti. huhuhu.
ks akan tinggalkn kt offline ym masing2 no ks d msia ok ;)
wanie, ks pun duk rmh byk makan. apa nak buat ni. huhu. btw, byk betul kamu berjln ye. n please la amik lesen cepat2 wanie. takde la kena tunggu kakak2 bawakkn. nnti asyik sesat je. hahah :p
padatnya aktiviti,,macam YB
wanieeeee!!! memang pon jalan2 kat klang ni dah byk tukar! kita pon jarang gi klang... kalau shopping pon stakat gi jusco bukit raja je...tu yg paling dekat pon...hehehe... bes ek duduk umah makan2!
salam to all.
Fatt: tu la. keje asyik meneman orang aje. aku pon dalam proses menternak lemak. haha.. sebab tak penimbang berat, aku tak tahu berat dh naik ke belum. tp jeans tu dh macam ketat je.. :P
KS: kena tgk dulu la ks. wanie mmg semangat ni nak pergi. nak tgk jugak ks melaram. tgk kalah ke tak dgn si pengantin!
Pire: ha, br awk tahu! YB pon nnt cari sy untuk arrange schedule supaya lebih tersusun.. huhu
KAk Azah: hurm.. Jusco Klang? kakak wanie keja kat situ. Kat kedai aiskrim Baskin Robbins. yang dekat dengan pawagam. Klang sekarang mmg masalah..
Post a Comment