Baru je lepas bersalam raya dengan Emak, Abah dan adik beradik lain. Tapi melalui telefon. Abah berbaju melayu kelabu katanya. Emak tak sempat nak tanya. Aku ke kelas harini berkebaya coklat kotak - kotak. Baju raya tahun lepas. Kan kita masih beraya. Tak gitu? Aku ikut Malaysia beraya. Hehe..
Lepas ni ada kelas lagi. Tapi balik rumah kejap sebab gap masa antara kelas tadi dengan kelas kejap lagi tu panjang. Balik rumah, makan kuih raya bersama nescafe panas! Tak pernah dibuat dek orang.. Haha..
Semalam sibuk satu hari pergi beraya.. Mujur pagi ni perut tak memulas. Ye la, kalau selalu hari raya makan macam - macam, esoknya sakit perutlah, cirit - birit lah, what so ever. Alhamdulillah aku masih ingat dan sedar diri supaya tak makan banyak sangat. Hehehe..
Kepada yang baru raya hari ini, selamat hari raya. Lepas ni kita ramai - ramai mula puasa 6 ok! =)
**Aku nak salam raya dengan Mia dan Kak Mija. Tapi tak tahu pulak macam mana.
**Gambar raya kena tunggu dululah. Tapi aku tak cukup glamour nak dibandingkan dengan orang lain.. Huhuhu~~
**Tahun ni tahun akhir beraya dengan KS. Sedih hati. Sayu jiwa. Tak tahu lepas ni siapa akan jadi pengganti KS. KS, KS kena tahu, kamu tak boleh diganti. Tempat kamu masih disitu. Di hati Wanie, di ingatan Wanie. Raya tahun depan Wanie claim duit raya! :D
9 comments:
tapi semalam sekejap je kita sama2 spent masa. masing2 ada arah tuju masing2..
ks terkilan tak rasa sikit pun lg kuah lodeh yg ks request tu..
wanie.. buat kuah lodeh byk2. nanti sarah terbawa2 dlm mimpi.. huhu
a'ah le.. thn dpn tadek lg blog sarah cerita2 dr moscow.. harap blog awak je le wanie.
tp jgn tulis dlm BI sgt2 tau. aku tak faham.. kikikiki :)
sedey nye bunyi. aku pon rase nak nangis.iskiskisk..
oh, aku pasti rindu akan kakak S aku itu...sob3
salam
KS:Sorilah KS, semalam tak ada siapa nak masukkan kuah tu dalam peti. Wanie penat sangat semalam sampai terlupa nak masukkan. Jadi balik dr rumah Kak Zah je, tau2 dah basi.Wanie pun sedih juga sebab Wanie buat khas tau sebab KS request.. Nanti Wanie buat lain. Jangan terkilan dengan Wanie ye KS.. Please..
CJ: InsyaAllah Cikgu. Kalau saya masih ada mood dan kekuatan untuk teruskan blog ni. =)
Fatt: Jangan sedih dulu. Kita berhari raya dulu ek..
Fareena : Yeah, ko pasti rindukan kakak S kita. Bukan kakak S ko sorang ok! hihi..
Kelas dah mula ye,selamat belajar semula :)..Sedey bunyinye mkn kuih raya dgn nescafe pns ye,nak try rasala cmne rasanya,hehe..
tahniah kerana perut xmeragam,kalo dok mlysia skg ni,mst akan meragam cm sy skg ni,hehe :p.
Sedih je baca entry nie. takpe Wanie. Be strong k..Nampaknya tahun dpn KS 'pantau' wanie melalui blog je la..macam yang kitaorg buat. Wanie jangan senyapkan diri tau..akak masih nak baca blog wanie nie..:)
..Nanti raya 6 boleh buatkan balik kuah lodeh tu utk KS..
salam
Kylex: cubalah makan kuih raya dengan nescafe. rasa ummpphh!!
Akak: Alamak? Masih kena pantau ni yang takut nih.
insyaAllah kalau masih ada kudrat, masih wujud lah blog ni sampai saya 6th year nanti
Post a Comment