Pages

Friday, October 31, 2008

Badan Letih

Assalamualaikum wbt.

Fuuhh..~~

Letih benar badan aku ni. Mana taknya, semalam habis saja kelas Obstetrics di Kashirskaya yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 1 jam, terus saja aku ke Ashan (hypermarket besar, serupa macam Giant di Malaysia). Kenapa? Sebab beli barang keperluan rumah di sana lebih menjimatkan walaupun pasar Usachevsky hanya 5 minit saja berjalan kaki.

Mengangkut beras 12 paket yang berat setiap satunya hampir 1 kilo! Tambah dengan sabun basuh pinggan dan beberapa barang lain buat aku keletihan sebaik pulang dari rumah. Tambah dengan keadaan aku berpuasa semalam buat aku tak jamah pun nasi semalam. Hehe.. Balik, mujur masih ada lagi waktu Maghrib berbaki. Selepas solat, layan sekejap cerita Kekasihku Seru dan terus saja tidur! 9 jam! Lama tu.. Aku pun terkejut. Aku hanya tersedar pukul 5 pagi untuk solat Isya.

Lepas balik je, ada dengar cerita yang kawan aku nak datang Moscow cuti winter ni. Hurm.. Tapi tak pasti lagi jadi ke tak. Ye la, winter ni ramai keluar dari Moscow. Balik Malaysia. Aku la duduk bertapa kat sini jaga rumah. Hahaha... Kalau mereka jadi datang, aku la kot yang kena bawa berjalan. Nak pergi mana ye?

Bangun pagi ini sakit badan. Satu : tidur lama sangat. Tak pernah - pernah aku tidur lama macam tu. Dua : Sebab tilam aku tu dah 4 tahun agaknya. Semua spring berebut - rebut nak keluar. Mana taknya, kalau tengok movie ke apa ke, sekali enam - enam orang duduk atas satu katil! Haha...

Pagi ini aku perlu bersedia ke kelas Surgery. Hmm.. hanya 5 minit saja sudah sampai ke bangunan hospital. Tapi untuk ke kelas yang letaknya di tingkat atas sekali bangunan tu perlukan masa juga. Untuk aku yang tak suka kelam kabut, paling tidak, 15 minit aku perlu bertolak dari rumah. Baru la senang hati saja berjalan ke kelas pagi - pagi.

Hari ini hari pertama. Dapat doktor yang kelihatan baik. Rupa pun boleh tahan. Hehe.. Ada semangat pergi kelas nih. Huhuhu.. Tapi apa pun, harapnya perjalanan bulan November ini lancar. Amiin..

2 comments:

Anonymous said...

12 kilo beras dn campur lain2 dekat 20 kilo tu. mmg penat. kalau buat hari2 blh kepal2 lengan tuh. hehe

awat tak ajak member sekali?

slmt belajar molek2 wanie. hospital KS tgh tunggu awk. hehe

Shazwani Adnan said...

salam

Cikgu : bukan tak nak ajak, tapi masing - masing ada hal masing2. kebetulan sgt masa tu sy on the way back, sy lalu hypermarket tu. tu yang borong sekali banyak tuh..