Pages

Tuesday, October 28, 2008

Futsal

Assalamualaikum wbt.

Hobi baru, melupakan sekejap masalah sekeliling. Yeah! Futsal. Hobi baru kami : Bermain futsal. Liga futsal yang dikelolai oleh Sechenov Malaysian Student Association (SMSA). Perlawanan pertama banyak dapat ditimba. Semangat sukan, semangat sepasukan. Tak kisah main cara kotor, main cara bersih. Itu belakang kira. Yang penting, satu fakta : Kami hampir kesemua 4 daripada 6 orang bilik kami menyertai liga futsal ini. Kecuali dua orang Emy dan Dibah. Kami 4 orang dalam satu team. Tambah lagi 4 orang, juga batch aku melengkapkan kami seramai 8 orang.

Perlawanan pertama sudah ramai yang injured. Mana taknya, bermacam gaya menyepak, menendang bola. Guna lutut, kepala, kaki apatah lagi. Terseliuh itu tak seteruk mana. Jatuh tergolek itu biasa. Lebam sana lebam sini usah dikata.

Posisi last man dalam padang buat aku penat berlari. Selesai perlawanan berkesudahan 1 - 0 (kami kalah), aku jadi semput. Semput kerana sepanjang separuh masa kedua, aku saja yang mengawal pintu gol kumpulan aku. Membantu goal keeper.

Macam - macam gaya. Kalau tak percaya tanyalah kakak tahun 6 kita yang satu - satunya menyertai liga ini. Dia lagi hebat. Sehingga depan pintu gol lagi. Bukan cubaan sekali. Berapa ye?

Pengalaman pertama untuk kebanyakan dari kami buat kami rasa gembira. Ya! Kesemua kami adalah beginners (kecuali Mily - 3 tahun main-, Ili - 2 tahun main- dan Ikha -ada pengalaman main- ) dan perlawanan malam semalam adalah perlawanan pertama kami. Kami puas kerana niat kami asalnya : Play For Fun! =) Yeah, We enjoyed our game last night!

Selamat Hari Lahir Buat Abah. Selamat Hari Lahir juga buat Ikha (Zalikha Raman), groupmate aku, merangkap anak kawan kakak aku (Watie) merangkap lagi teammate futsal aku dan seterusnya merangkap juga kawan aku.. huhu

4 comments:

Anonymous said...

salam wanie..

wah!. rajin update blog. 3 entry sekaligus dlm masa 1 jam. hehe

best kan main futsal. tp kena stamina tinggi. org tua mcm aku dh tak boleh dah. hehe.. sesuai main petanque aje. :P

adik aku tu nama dia aisyah. tp aku tak ingat dia batch bila.

Anonymous said...

Futsal? Ni my favourite sport ni...Mai lah lawan team I...kita tak main kasar...klau team wanie nak main kotor ke, kasar ke, ganas ke tak pe...sal kita orang ni tough guys...hehe..

kylex said...

salam..

best2 maen futsal,dktr2 ni mst penat blaja kn..Boleh lpskn stress yg terkumpul,heheh..mmg pnt maen last man mst kuat stamina lari ni :)

Hepy besday to ur dad :)

Shazwani Adnan said...

salam

Cikgu : Main petanque? hurm. macam best je bunyiknye. nak try jugalah. Lupa aritu sy dh tanya dh nama adik cikgu tu.

Daniel : Oh ye? tough guys? Hurm.. kalau lawan dengan team saya, bagi kami menang boleh? =)

Kylex : Tu lah tujuan asal. melepaskan bebanan belajar. stamina sy bukan kuat mana pun. Buat2 kuat je.. huhu..