Pages

Monday, October 6, 2008

Ingatkan Boleh Jadi Jutawan..

Assalamualaikum wbt.

Cuaca agak panas hari ini. Bila keluar dari bangunan Neurology, aku hanya pegang saja jaket yang aku pakai semasa aku keluar pagi tadi. Tak begitu sejuk. Selalunya musim luruh ni, kadang - kadang berangin. Tapi hari ini kurang angin, hanya daun saja berguguran dan menjadikan kami berpijak di atas bumi beralaskan daunan kering. Sungguh! Tak semua berpeluang merasai suasana ini. Aku rasa tenang. Setenang daun itu gugur dari pohonan.

Semalam baru saja berborak dengan seorang kawan yang boleh dikatakan kami baik. Hajat dihati ingin menjadi jutawan segera kerana aku menyuarakan yang aku ingin menyaman Persatuan Posmen Sedunia kerana lambat menghantar kad - kad raya untuk sampai ke Moscow. Sudah masuk minggu kedua, kad raya pun tak sampai lagi. Aku nak saman mereka paling tidak 1 juta (tak kisahlah dalam matawang apapun. Dalam RM pun seronok juga). Malam tadi pun tidur bermimpikan hendak jadi jutawan. =)

Pagi ni bangun awal. Usai solat Subuh dan Ma'thurat dikhatam, aku sambung study. Pagi ni terpaksa bertolak awal. Lecture started early in the morning. Neurology. Siap awal juga. Tahu - tahu KS bagi mesej : Kt bwh ada 2 kad utk Wanie, 1 utk Pena. Wah, dua sekali sampai kad raya aku! Kat bawah tu maksudnya kat Pak Guard (pintu masuk hostel). Memang kat sini proses surat menyurat akan terus dihantar ke hostel. Senang, tak payah nak berjalan ke post office. Lain cerita pula kalau dapat parcel. Itu aku malas nak cerita sebab aku tak pernah dapat parcel.. =(

Dengan hati gembira, sebelum ke kelas, aku baca dulu kiriman kad dari Mia dan kawan aku. Cantik. Menggembirakan hati sebelum ke kelas. Baru rasa macam raya.. Huhu..

10 comments:

Anonymous said...

kawan? ehem ehem. ks nampak setemnya tu =)

фарина захари said...

bkan ks saje, tp pena juge nmpk ;)
uhuk uhuk....aishhh, asal la plak nk terbatuk2 ni... :P

Shazwani Adnan said...

salam.

sudah kamu berdua. Jangan mula spekulasi ok. yang Pena tu, mahu ubat batuk? Aku ada. Kalau teruk sgt batuk tu, rajin sikit makan ubat ek..

Anonymous said...

Hmmm...wanie, betul kah u belum ada kawan?...Kalam cam tu I nak apply ni...I ni hensem takda tapi manis ada...kahkahkah...

kylex said...

dah ada lawyer blum,nnt sy carikan..Kalo mng kes,belikan digtal cam 1 yer,huhuh :P

.:dura:. said...

anda boleh jadi jutawan la cik wani..
tp kena masuk contest jutawan merdeka... x pun jutawan power root...hehe...(emm..tp mcm dah x available jer contest ni..=P)

Shazwani Adnan said...

salam.

Daniel : Saya suka juga kawan dengan org yang manis2 ni. =)

Kylex: oo.. boleh gak. tp sekarang dah tak boleh sebab posmen dh hantar kad sampai rumah. Tahun depan mungkin?

Dudu: Tu la, tp contest2 ni belum tentu boleh jadi jutawan. Kalau menang kes saman, tu mmg jutawan segera tuh.. huhu

Anonymous said...

Ye ke wanie? Bila kita boleh start hehe...ni pasti ada nanti org jealous ni...hahaha..

miashaf said...

Sampai jugak akhirnya. Kamu punya x sampai2 lagi nih. raya nye feel dah habis

Shazwani Adnan said...

salam.

Daniel : Siapa pula nak jealous? everybody can be my friend. tak gitu?

Mia: Tak sampai lagi? lambatnye. Ni memang boleh komplen kat Posmen Rusia nih. huhu..