Pages

Friday, October 31, 2008

Kena Ingat Selalu

Assalamualaikum wbt.

Pada saat aku tulis ni, aku baru selesai tengok cerita Cahaya Lailatulqadar kat youtube. Ala.. Cerita drama melayu. Typical melayu. Biasalah. Tapi yang biasa - biasa tu lah yang aku suka tengok. Aku kan pencinta drama melayu! huhu..

Bila tengok saja cerita tu, mula teringat kat Emak Abah di Klang nun. Mana taknya, cerita tu pasal anak belajar luar negara tapi balik sebab nak minta tolong pada mak ayah dia. Selama ni tak pernah pulak teringat nak balik. Bila dah susah gitu baru lah ingat nak balik kampung. Kadang geram juga dengan orang macam ni.

Bila terfikir balik, macam tu rupanya cara mak ayah kita sibuk bila anaknya nak belajar jauh - jauh. Lagi - lagi kalau duduknya di kampung. Orang kampung. Masa anak nak pergi belajar, sanggup pajak tanah nak bagi duit belanja supaya tak susah di tempat orang. Masa tu juga sibuk nak buat kenduri doa selamat supaya selamat anak belajar sampai berjaya. Bagitahu orang kampung anak dapat sambung belajar peringkat tinggi. Dalam cerita tu, anaknya pula buat hal. Ingat hantar belajar jauh - jauh jadi orang. Tapi sudahnya apa jadi? Belajar tak lulus, kerja jadi pelayan, balik kampung susahkan orang. Tahu bila susah nak ingat siapa keluarga. Bila senang, keluarga sendiri pun tak ingat.

Aku ni cakap, aku takut aku yang terbuat nanti. Na'uzubillah. Aku tak mahu jadi anak yang tak kenang budi. Aku masih ingat dulu. Aku orang kampung. Emak Abah pun orang kampung juga. Kami duduk di suasana kampung. Sama suasananya macam kampung dalam tv tu. Ada orang kampung. Ada ketua kampung. Tapi itu bukanlah benda yang aku nak kongsikan. Teringat saat aku confirm nak pergi sambung belajar kat Moscow ni. Orang yang paling sibuk adalah Emak dn Abah. Emak sibuk buatkan sambal goreng tempe, bungkus itu, bungkuskan ini. Ikan bilis, udang kering, dikeringkan belacan tu supaya mudah aku nak bawa, belikan maggie, jahitkan baju kurung aku supaya nanti masa raya aku boleh pakai. Macam - macam lagilah. Banyak sangat. Itu baru Emak. Abah punya cerita pula lain. Apa yang Abah sibukkan? Abah sibuk hantar aku ke sana ke mari untuk selesaikan mana - mana yang tak selesai lagi. Buat pasport, ambil pasport, pergi bangunan itu, pergi bangunan ini, beli buku itu, bawa buku ini. Itu belum campur temankan aku pergi beli beg besar nak isi barang - barang.

Apa yang paling aku tak boleh lupa, dua hari sebelum aku berangkat ke Moscow, Abah dan Emak buat kenduri doa selamat. Sama macam dalam typical cerita melayu tu. Betul. Aku ingat lagi, menunya adalah pulut kuning kari telur. Saudara - mara aku ramai datang. Cakap belajar rajin - rajin. Mak cik aku yang jaga aku dari kecil pun datang. Sedih dia bila dapat tahu aku nak sambung belajar jauh ni. Menangis dia masa dia nak balik malam tu. Ingat lagi apa dia kata : Wanie belajar rajin - rajin. Ni belajar jauh - jauh, jaga diri baik - baik. Entah bila lagi kita nak jumpa. Sempat ke idak entah. Dia cium aku. Aku dengar jadi sedih. Aku panggil dia mak. Aku jawab : InsyaAllah mak.

Flight aku ke Moscow tahun tu waktu pagi. Pagi sebelum tu, aku duduk di beranda rumah dengan Emak dan Abah. Masa tu duit elaun Selangor belum masuk. Lambat sikit katanya. Jadi masa tengah borak - borak dengan Emak Abah tu, Abah ada cakap : Abah dah tukarkan RM 3000 dalam bentuk USD. Nanti senang la ko nak bayar duit hostel bila sampai sana nanti. Aku terkejut. Betul ada USD cash! Banyak pula tu. Tambah pula masa tu, dengarnya kalau nak bayar duit hostel kena duit baru edisi 1999 dan ke atas. Banyak lah pula songehnya.. Dan Abah betul cari duit baru dan sekali dengan edisi 2000 ke atas untuk aku. Sampai ke KLIA dicarinya. Lagi buat aku terharu. Rupanya inilah kasih ayah. Walau kita tak nampak, tapi ianya hadir sekali. Walau kita tak perasan, kasih tu tetap ada. Terima kasih Abah.

Sebelah malamnya pula, kakak aku sibuk menolong aku menyiapkan persiapan terakhir. Dan apa yang Abah buat? Abah bagi aku satu laptop warna hitam. Katanya suruh aku bawa ke Moscow ni. Laptop tu sekarang dah rosak. Ada di Malaysia. Nak betulkan pun, dah tak boleh dah. Tapi masa aku tahun satu dulu, aku tinggal laptop tu kat rumah sebab takut tak adapt lagi dengan suasana baru. Itulah.. Aku ni tak suka buat cerita sedih - sedih. Adoii...

Tengok cerita tadi tu, punya besar harapan mak ayah dia pada dia, tahu - tahu tak lulus belajar. Bila aku fikir balik, "Aku kena berjaya. Aku kena habis belajar. Aku nak buat Emak Abah bangga. Bukan jadi anak yang reti menghabiskan duit mak bapak je." dan lagi satu aku pesan kat diri aku bila selesai je tengok cerita tadi, aku cakap, "Wanie, ko jangan jadi anak derhaka. Dah belajar jauh - jauh, ingat juga kat Emak dan Abah. Jangan hina orang. Jangan ingat ko dah habis belajar nanti, ko dah hebat. Kalau tak ada diorang, jangan harap ko boleh berjaya. Redha diorang penting. Jangan jadi anak derhaka.." InsyaAllah. Setidak - tidaknya, bila aku tulis ni, aku boleh ingat pesan aku pada diri bila aku dah kerja nanti, dah tak tulis blog ni atau bila aku terlupa. Manusia kan cepat lupa..

Tapi buat aku lebih sedih, bila aku fikir : Boleh ke aku jadi anak yang solehah? Anak yang memberi kebahagiaan dan menjadi kebanggaan Emak dan Abah?

10 comments:

Anonymous said...

bila kamu cite sinopsis cite tu td, ks tak rasa sedih pun sebaliknya ks ketawakan cerita melayu yg tipikal mcm tu. tp skrg ks rasa bergenang air mata baca pengorbanan mak ayah kamu ni. esply psl duit RM3000 tukar ke USD tu. ks faham perasaan tu. ks pun penah rasa situasi yg sama. tambah2 plak dlm keadaan ks yg moneyless n bergantung pd mak ayah skrg ni. dh besar panjang pun tetap susahkn mak ayah lg. terima kasih wanie utk entri ni. serius entri ni buat ks menangis. semoga mak n abah kamu sihat ye.

Shazwani Adnan said...

salam.

KS : KS jangan la menangis. susah nak pujuk nanti. =)

Betul. Kadang - kadang dah duduk jauh baru terasa. Bila ada dekat depan mata, tak perasan pon.

Anonymous said...

mungkin ada cerita di sebalik RM 3000 tuh. huhu. mmg besar pengorbanan mak bapa. tak terbalas walau dgn segunung intan.

bdk kecik! jgn nanges.. hehe

miashaf said...

salam, mana saya dalam scene itu ye? i wonder...
kamu nih. Nasib baik kamu dh fly dulu, 2 years after, tym saya fly x de pon diorang sedih2. dah biasa kot. Hukhuk.

btw, students aussie sumer sedang sibuk final. Doakan kami yek!

FabulouswithAs said...

huhu wani...sbbtuhla aku avoid/jarang/xminat sgt tgk drama2 melayu nih tyme kt joden nih...nnti aku homesick..huhu

Shazwani Adnan said...

salam.

Cikgu : Memang ada kisah pun di sebalik cerita RM3000 tu. Mungkin akan dicerita di entri akan datang. Siapa tahu?

Mia: Aku pun tak pasti ko kat mana. Mungkin ada tapi mungkin juga ko masih di Intec. Tapi seingat aku, ko ikut hantar g epot kan?

Asma : Hurm.. aku pun kadang2 homesick juga, tapi macam best je nangis2.. huhu.. Mungkin sebab aku dah lama sgt tak menangis kot. Asyik gelak ketawa je..

kylex said...

salam..

terharunya sy bc en3 ni..Tapi itula kasih seorang ibu dan ayah kan..Tmbhn pula kamu ni bljr jauh plak kn..Tapi betul ckp kamu,kdg2 tu ayah jrg menunjukkan kasih sayangnya kepada anak2 nya tapi kalo dah tunjuk sy pun bleh menanges tw,huhuh..

Shazwani Adnan said...

salam.

Kylex : Sebenarnya saya bukan mahu buat orang terharu ke apa ke. Tapi kadang2 kita ni memang lah tak persan. Jadi sedikit sebanyak, dengan menulis boleh buat kita sedar.. MEmang kasih ayah jarang ditunjuk. Tapi sekali dah ditunjuk, jatuh ego kita, kan Cikgu Jawe? =)

nonnie78 said...

salam wanie. sorry, akak amik link from ks nyer blog. sedih entri wanie tp penuh dengan harapan. jadilah anak yg sentiasa mendoakan ibubapa dan mengenang setiap pengorbanan mereka. moga Allah memberi rahmatNya dan menjadikan Wanie seorang anak yang berjaya membahagiakan ibubapa walau di dunia atau di akhirat kelak. Amin.

Shazwani Adnan said...

salam.

Kak Nonnie: Tak apa. Selalu pun orang akan sampai blog ks dulu, baru sampai sini. Hehe.. Sebagai anak yang duduk jauh, macam ni lah. Nak cakap depan2 kat mak ayah, nanti dikata buang tebiat. Tulis sajalah jalannya.