Pages

Wednesday, November 19, 2008

Pendengar Yang Setia

Assalamualaikum wbt.

Semua orang insyaAllah mempunyai kebolehan mendengar. Alhamdulillah. Kecualilah golongan yang kurang bernasib baik, yang tidak dapat mendengar dengan baik. Kita patut bersyukur untuk itu. Alhamdulillah. Tapi berapa ramai yang mampu menjadi pendengar yang setia? Adakah kamu tergolong dalam golongan itu?

Cikgu Bahasa Rusia aku selalu cakap : Sebagai bakal doktor, kamu mesti jadi pendengar yang setia. Walaupun kamu tak dapat mencari ubat untuk pesakit kamu, dengan mendengar, kamu juga boleh mengubati mereka. Pesakit ini kadang - kadang hanya mahu orang mendengar luahan mereka. Mendengar itu juga adalah ubat.

Pendengar yang setia. Orang yang boleh mendengar apa saja yang orang lain mahu kongsikan dengan dia. Orang yang kadang - kadang boleh mendengar sesuatu perkara itu berulang kali. Orang yang mampu memberi perhatian sepenuhnya setiap kali orang lain mahu berbual dengannya. Kadang - kadang hal yang remeh - temeh juga, baginya hal yang besar, yang perlu diberi perhatian. Di kala orang yang sedih datang padanya, kembalinya orang itu dengan senyuman. Seolah - olah masalah itu telah tiada walhal sedikit pun ianya tak diselesaikan. Di saat orang datang berkongsi kegembiraan dengan si pendengar setia ini, dia akan turut gembira.

Bukan mudah untuk jadi pendengar yang setia. Memerlukan kesabaran yang tinggi. Bukan semua mempunyai kebolehan itu. Aku tak pasti aku ada ataupun tidak keistimewaan ini. Aku suka mendengar. Tapi sampaikah tahap aku ini sebagai pendengar yang setia? Memang diakui ramai yang datang berjumpa aku. Tak kisahlah untuk berborak, menceritakan masalah, berkongsi rasa, atau apa saja. Mungkin sebab aku suka berborak. Hehe.. Ramai orang tahu aku suka bercakap. Dan aku juga perasan aku suka bercakap dengan orang yang dekat dengan aku. Tapi untuk mendengar, aku tak tahu tentang kebolehan ini. Mungkin ada, atau mungkin tidak.

Aku tak kisah dengar perkara berulang kali. Sebab apa? Sebab aku tak sampai hati nak potong cakap orang yang datang pada aku walaupun dia dah cakap perkara itu banyak kali. Aku tak suka hampakan orang. Bukan nak berbangga diri atau apa. Tapi betul, aku memang tak sampai hati nak kecewakan orang. Sesibuk mana, kalau orang datang, sebolehnya aku nak layan orang itu sebaik mungkin. Sebab apa? Sebab aku selalu bayangkan kalau aku berada di tempat orang itu. Kalau aku datang pada seseorang tapi tak dilayan, pasti akan kecewa, terasa hati, dan terasa diri tak dihargai. Nanti aku akan jadi sedih sendiri.

Kadang - kadang aku terfikir, ramai yang selalu datang pada aku, ceritakan bermacam - macam hal, berbagai - bagai kisah. Tapi kalau aku nak bercerita, aku patut ceritakan pada siapa? Bukan semua orang mampu layan aku bercerita. Semua orang ada komitmen sendiri. Dan akhirnya, aku simpan sendiri. Kalau tidak pun, aku akan berkongsi di sini. Tapi selalunya, kalau aku nak bercerita, aku cerita pada kawan baik aku. Itu pun kalau dia mampu nak layan aku cakap dan bergantung pada mood dia juga. Tapi yang seronoknya, dia selalu layan aku cakap. Untung dapat kawan baik begini. Susah woo nak cari kawan sebaik dia.

Jadi kesimpulannya, ada sesiapa sukarela nak jadi pendengar setia aku? =)

8 comments:

Shah CJ said...

kami org2 lelaki selalu jek jd pendengar setia org2 pompuan sbnrnya. sbb kami tlh dikurniakan telinga yg cukup kuat utk menahan bait2 kata yg byk drpd org2 pompuan.. hehe

Ain Mardhiah said...

kalau saya takde kawan nak dengar saya cerita, saya rembat teddy bear kat katil dan cerita semua kat dia~ confirm dia setia cuma satu je, dia takde suara..-_-

Anonymous said...

ks kan ada... ti znayesh gde menya naiti =)

Shazwani Adnan said...

salam.

Чикгу Жаве : tadi ingatkan siapa. rupanya dah mula guna huruf selain abc nih. Agaknya betullah lelaki ni memang dikurniakan telinga yang boleh tahan dgn cakap2 perempuan. hihi..

Ainul : bercakap dengan teddy bear? mesti besar teddy bear tu.. itu satu cara yang berkesan juga bila nak luahkan perasaan. drpd cakap dgn org tapi tak didengar, serupa macam cakap dgn teddy bear, iye tak? =)

KS : thanks for being here. for me. :D

.:dura:. said...

wanie, masalah yg sama turut sy hadapi...bile sy ada problem, sy x tao nak kongsi ngan sape...kadang2 cerite kat diri sendiri balik...:( atao hanya ekspresikannya di dalam blog... tp sebenarnya, ada jer org akan dtg utk sedia mendengar masalah kita tanpa kita sedar, iaitu org yg rapat dgn kita seperti family dan sahabat baik...

Anonymous said...

Ehem...macam pernah aku dengar semua ini...tapi di mana ya?...hehe...

Ok dengar sini ya wanie...selagi kamu "berkata-kata" di dalam blog kamu ini..selagi itu akan ada org yang setia mendengar nya...

Ain Mardhiah said...

takde la besar mana pun.. betul3.. tapi kalau orang tak dengar kita geram.. Teddy takpe, sebab dia maintain ngan muka comel dia.. hehe..

p/s: teddy bear saya kirim salam.. dia suruh kak wanie pergi beli teddy bear satu.. nnti bleh jd kaunselor macam dia. =P

Shazwani Adnan said...

salam

Dudu :Betul. kita setuju dengan awak. Tapi bukan semua hal kita boleh kongsikan dengan family. dan itulah salah satu tugas kawan baik. dengar, dengar, dan dengar.

Anon :Siapakah gerangan anonymous ni? saya musykil. harapnya kamu masih setia dengar bicara saya di sini.

Ainul : waalaikummussalam. teddy bear besar kena tunggu orang kasi. nak beli sendiri tak ada niat lagi sebab katil kat sini kecil. nanti masa tidur, kita tendang semuanya ke lantai. hehehe