Assalamualaikum wbt.
Aku selalu terfikir (rupanya banyak benar aku fikir! Hadoii..). Kalau aku tak meneruskan hidup aku sebagai pelajar perubatan, agak - agak apa yang aku akan ambil untuk kerjaya aku pada masa akan datang? Hurm.. Ni aku nak bawa kamu ke zaman kanak - kanak aku.
Dulu bila masuk sekolah darjah satu, cikgu aku ada tanya : Nanti dah besar, kamu nak jadi apa? Atau kata lainnya apa cita - cita kamu? Aku jawab : Saya nak jadi macam cikgu. Saya nak jadi cikgu. Lepas tu aku ditanya semula : Kenapa kamu nak jadi cikgu? Tahu apa aku jawab? Ini : Sebab masa cuti sekolah, cikgu pun ikut cuti sekali. Jadi banyaklah nanti cuti cikgu. Sabtu Ahad cuti, masa cuti sekolah pun cuti. Seronok! Ha.. Itulah jawapan aku masa kecil - kecil dulu.
Tapi bila aku sudah masuk darjah 5 atau darjah 6, aku masih dengan 'cita - cita' aku yang satu ini. Tapi sebenarnya aku masih tidak pasti lagi waktu itu apa cita - cita sebenar aku. Sampailah aku masuk sekolah menengah. Aku main belajar saja. Tapi semasa tingkatan 1, aku perasan aku menunjukkan minat terhadap subjek Biologi. Tak tahu siapa yang bagi perangsang, tak tahu dari mana datangnya keinginan untuk mempelajari Biologi. Aku pernah membelek buku rujukan Biologi terbitan Sasbadi Publication milik akak dorm aku. Dan aku dapati ia lebih kurang seperti Sains. Dari situlah menyebabkan aku terus saja mengambil jurusan Sains Tulen sewaktu aku menyambung tingkatan 4 di Sambestari dulu. Masa itu, aku memang tak fikir cabang lain. Yang aku fikir aku mahu ambil Biologi tanpa fikirkan tentang cita - cita atau kerjaya masa hadapan.
Dan selepas mendapat keputusan SPM, aku mengambil saja tawaran yang datang pada aku. Apa yang aku perasan, semua tawaran itu menjurus ke arah Perubatan, walhal aku sendiri tak pernah terlintas dalam fikiran ingin menjadi seorang pelajar jurusan kedoktoran. Jauh sekali terfikir untuk bertugas sebagai doktor setelah tamat belajar. Pernah dulu aku bertanya pada Kak Idah (kakak aku yang kini Pakar Bius di Hosp Seremban), kenapa dia belajar perubatan? Dan tahu apa dia jawab? Akak kata : Akak bukan nak ambil perubatan pun dulu. Akak sebenarnya nak sangat ambil Mathematics. Masa kat USM dulu akak ambil Maths tapi dah dapat tawaran ke UK, akak terima saja.
Hurm.. Nampaknya ini ada unsur genetik. Hehe.. Akak borek, adik pun borek juga! Huhu.. Tapi di sini, bila aku tanya rata - rata kawan aku, diorang memang berniat mahu menjadi doktor. Dan bagi aku, aku sangat respek kepada mereka ini. Bukan senang mahu jadi doktor. Perlukan komitmen yang tinggi, kesungguhan yang berterusan dan keazaman yang kuat. Mereka tahu tentang ini tapi mereka masih mahu menjadi seorang doktor. Bagus sangat! Memenuhi tuntutan fardhu kifayah, bukan semua mampu lakukan. Tapi mereka dengan berbesar hati mahu lakukannya.
Andai aku tidak berada di sini, mungkin aku teruskan cita - cita aku masa aku darjah 1 dulu. Menjadi seorang guru. Bukan kerana boleh dapat banyak cuti, tapi sebab aku mahu masyarakat aku yang sama agama dan satu akidah, berjaya dalam hidup. Ibarat kata orang, mendidik anak bangsa. Ha, macam itulah lebih kurang. Hurm.. Tapi kalau nak jadi cikgu, nak jadi cikgu apa ye? Nak jadi cikgu tadika la! Senang sikit nak ajar budak - budak. Sebab budak - budak tak pandai menipu, dengar cakap cikgu, kalau diajar senang faham. Tapi masalahnya sekarang, aku kurang pandai sikit bergaul dengan budak - budak. Hurm. Jadi pengasuh budak la! Budak yang kecil - kecil sikit. Kenapa? Sebab aku jenis suka mendukung budak. Hihi..
Sekarang ini, kebanyakan kawan - kawan aku sudah bergraduasi. Ada yang berniat untuk menyambung pengajian. Teruskan. Teruskan. Aku galakkan kamu teruskan jejaki cita - cita kamu. Cari cita - cita kamu. Cari arah hidup kamu. Tentukan hala tuju kamu. Dan aku, aku teruskan jalan aku. Aku perlu habiskan perjuangan yang aku sendiri telah mulakan. Aku perlukan keazaman. Aku perlukan dorongan. Aku kena habiskan ini. Dan aku sedar. Ya! Cita- cita aku sekarang adalah menjadi seorang DOKTOR. Seorang doktor yang mendokong syariatNya. Amin.
10 comments:
tak payah jd cikgu le wanie. kakitangan gomen paling lekeh. tangga gaji paling rendah dlm perkhidmatan awam. takde siapa peduli. pun selalu kena serang mak bapak org kt sklh. huhu
lain mcm je aku komen. :)
prnh jgk mengimpikan mnjadi srg doktor,tapi disebabkan hamba srg pljr yg mls smasa sklh mngh,jadi terpaksala tukar cita2,heheh..Tapi kdg2 xtw apa cita2 sebenar sy,yg pntg sy nak jadi manusia yg berguna utk anak bangsa dan negara serta menjadi anak yg baik,heheh :)
sama la kita wanie.akak pun budak² dulu setiap kad yg kene isi cita-cita akak tulis cikgu ..hehe..betapa minatnya.
Bila masuk sekolah menengah dah jadi lain pulak.Minat akaun.Bila masuk u pulak...makin tersasar la pulak bila apply akaun dapat IT. Macam mana tu..ish..pening gak belajar masa tu..
Dah abis belajar..lain yg belajar, lain bidang pulak akak keje..haha..Tapi nak jd cikgu tu masih ade lg..cuma permohonan je tak pernah org nak terima..:p
salam.
Cikgu : Hehe.. takpe cikgu. Bersabar je la ye. Biasalah tu kena tembak dgn mak bapak budak. Nasib baik mak bapak saya tak macam tu. Kalau anak2 dia salah, salahkan anak, tak main salahkan cikgu.
Khairul :Bagus. itu yang paling bagus sekali. Menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat.
Akak : KAdang2 memang apa yang kita hajatkan, tak jadi kenyataan. LAgi2 kalau nak jadi lain, tapi ambil jurusan lain, lepas tu, kerja lain. HAha.. Hurm.. lain kali nak pasang cita - cita, tunggu 1st day kerja, baru boelh cakap kat orang, apa cita - cita kita.
saya pun nak jd doctor jugak.. bak kata wanie factor genetik, family rmi yg keje dlm bidang perubatan senang citer keje kat hospital la...
tp x brape nak pandai...;P
teruskan perjuangan, kuatkan semangat...InsyaALLAH... in the future dpt la title Dr.Wanie.. :)
yg. penting jadilah insan yang boleh berbakti dan beribadah kepada-Nya...apa jua kerja akan menjadi mulia jika ia mengikut syariatnya...heh..heh..Spital Ampuan Rahimah Kelang tgh tunggu bila lah adik nak keje kat Citu?
salam
Dudu :Sekarang ini bergantung kepada usaha kita. Kalau kita rajin, berjaya. Tak semestinya kena tunggu pandai baru boleh berjaya. Kalau pandai je tapi malas, sama saja kan?
Habiha : BEtul. Saya setuju sangat2. OOhh.. tu hospital tempat saya lahir dulu. Hehe.. Lagipun, saya terikat dengan kerajaan. So, lepas ni, kena tunggu sajalah saya ditempatkan di mana.
ko mmg rajin cik wanie. layak pon jd doctor. kalo mcm aku ni, tgk buku bio tu mmg xske. byk sgt ayat. xde ayat-ayat cinte. xmenarik. hehe. anyway, blaja bgs2, jd doctor specialist :)
kak wani, dulu ainul waktu kecik dari darjah satu sampai darjah 6 asyik tulis cita-cita doktor,pensyarah, guru.. sekali bila habis spm, saya cuma nampak doktor, guru atau lawyer.. kalau tak datang jordan ni, rasanya saya ke UK utk bidang cikgu bio.. Lawyer tu pun sebab minat bahas je lebih, tapi bila tengok buku dia seram. 100%fakta.. kalah medik, at least medik ada gambar.. hehe.. so, boleh kot kata saya pilih medik sbb buku medik lagi best dr buku law.. haha~
salam
Firdaus : aku? rajin? hahahaha...
Ainul : Oo.. ye ke? aktif berbahsa rupanya awak. Takpe. insyaAllah rezeki kita ada di mana2.
Post a Comment