Pages

Sunday, November 23, 2008

Mari Sukan

Assalamualaikum wbt.

Hari ini merupakan hari yang bersejarah. Sukan Komuniti (SUKOM) 2008 yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Moscow mendapat sambutan hangat. Ramai yang datang memeriahkan sukan ini. Terdapat beberapa acara sukan yang dipertandingkan seperti Futsal (L&P), Bola Jaring, Bola Keranjang (L), Dodge ball, dan beberapa acara sukaneka. Aku dan kawan - kawan menyertai futsal. Ini lain dengan liga futsal yang kami sertai. Kalau dalam liga itu, kami menduduki tempat tercorot! Tapi tak mengapa, kami main hanya untuk suka - suka.

Tapi lain pula cerita kami di SUKOM ni. Entah macam mana rezeki Allah nak bagi, kami layak ke peringkat akhir. Memang team kami team yang tak disangka - sangka. Aku sendiri terkejut. Tapi untuk last game tu, kami buat saja yang terbaik. Dapat tempat kedua saja berdasarkan sepakan penalti. Kalah 2 - 3. Tapi tak mengapa, ini sudah jauh dari sasaran kami. Alhamdulillah sangat - sangat.

Dan SUKOM kali ini sangat meriah! Aku suka! Hooray!! Aku kan suka bersukan. Bersukan boleh sihatkan badan. Kuruskan badan pun boleh! =)

10 comments:

Anonymous said...

wah! boleh wakil malaysia mcm nih. hehe

tahniah la ye. dh kurus nk kurus lagi ye. :)

Shazwani Adnan said...

salam

Cikgu: Kurus ke eden nih? hehe.. Ala, main - main macam tu je cikgu. Tak serius sangat pun.

Anonymous said...

Wah hebat! Tahniah! Bleh sign autograf tak? Sapa yg score dua bijik goal tu? Ya maju sukan untuk badan hehe =)

.:dura:. said...

wah, congrat2!!
x menang pun x pe, janji ada semangat kesukanan..yeah!!!

kylex said...

waaa,terer2 leh dpt naib johan..congrats :)disamping menyihatkan bdn bolehla mengumpul pingat ye,heheh..

Shazwani Adnan said...

salam.

Anonymous : I think I know who u are. But, its ok. I dont mind. Hurm.. The 2 scorers were my teammates, Ili and Muna, one was a striker and another one was a midfielder for our team.

Dudu : Yeah! Semangat yang paling penting.

Khairul :Nak kumpul pingat? Hurmm.. Tu la, tapi lepas ni kena bawa balik sebab dah tak ada tempat dah nak gantung pingat2 tu semua.

FabulouswithAs said...

wowwee..men futsal!aku xkan kot smpai bile2.surrender ..mcm susah giler nk kontrol bola pkai kaki..haha..pingpong jek ttp di hati..=p

Shazwani Adnan said...

salam

Asma : Weh, ping pong memang sentiasa di hati. Disebabkan acara ping pong tak ada, tambah lagi kat sini susah nak cari meja ping pong, aku beralih bidang la sekejap.. Mula - mula tu memang kekok, tapi makin lama orang kata kitorang ni makin improved. Orang lain pun tak sangka aku main futsal sebab semua orang dah biasa tengok aku main game yang guna tangan. Bila sekarang ni guna kaki, tu yang semua orang pelik.

*tulis semua orang bajet macam aku ni famous sangat! haha*

Ain Mardhiah said...

salam akak
tertanya-tanya kenapa semua budak hira' yang saya kenal terer main pingpong? memang ada kelab ke kat sana? =P akak, kira hebatla tu main futsal masuk gol.. Kitaorang test dulu jadi cam apa je. sah-sah kaki bangku.. huhu

Shazwani Adnan said...

salam.

Ainul : Kawan bukan budak hira' tau. Kak Asma awak tu ye budak Hira'. Tapi biasanya budak - budak keluar dari sekolah asrama ni reti main ping pong.