Pages

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Wednesday, November 26, 2008

Suasana sekitar Sukan Komuniti 2008

Assalamualaikum wbt.

Hari ini aku nak bawa kamu tengok gambar. Jom!





**Semua senyum. Ya, kami suka bersukan!
**Untuk review penuh, anda dijemput ke blog Kelab UMNO Moscow

Sunday, November 23, 2008

Mari Sukan

Assalamualaikum wbt.

Hari ini merupakan hari yang bersejarah. Sukan Komuniti (SUKOM) 2008 yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Moscow mendapat sambutan hangat. Ramai yang datang memeriahkan sukan ini. Terdapat beberapa acara sukan yang dipertandingkan seperti Futsal (L&P), Bola Jaring, Bola Keranjang (L), Dodge ball, dan beberapa acara sukaneka. Aku dan kawan - kawan menyertai futsal. Ini lain dengan liga futsal yang kami sertai. Kalau dalam liga itu, kami menduduki tempat tercorot! Tapi tak mengapa, kami main hanya untuk suka - suka.

Tapi lain pula cerita kami di SUKOM ni. Entah macam mana rezeki Allah nak bagi, kami layak ke peringkat akhir. Memang team kami team yang tak disangka - sangka. Aku sendiri terkejut. Tapi untuk last game tu, kami buat saja yang terbaik. Dapat tempat kedua saja berdasarkan sepakan penalti. Kalah 2 - 3. Tapi tak mengapa, ini sudah jauh dari sasaran kami. Alhamdulillah sangat - sangat.

Dan SUKOM kali ini sangat meriah! Aku suka! Hooray!! Aku kan suka bersukan. Bersukan boleh sihatkan badan. Kuruskan badan pun boleh! =)

Saturday, November 17, 2007

Mengenang Zaman Muda

Assalamualaikum wbt.

Tika ini, aku hanya mampu tersenyum membelek gambar - gambar dalam simpanan aku ini. Lepas menelaah, aku melepaskan sebentar lelahku dengan meneliti gambar ketika aku 'muda - muda' dulu. Senyum lagi. Betapa tidak matangnya aku dulu.. Betapa kebudak - budakannya aku dulu! Sengih. Saja nak berkongsi zaman muda aku dengan kamu. Mahu kamu berkongsi dengan aku? Mahu?

Tahun 2005 : Dengan senior Sambestari >> Kak Atique Maliki (sekarang beliau berada di Ukraine menyambung pengajian dalam bidang perubatan).

Tahun 2004 : Ketika sesi penangkapan gambar untuk dimuatkan dalam AnNur (majalah Sambestari) Updated: Eh bukanla.. Nama dia Imtiyaz.. Thanks Asma'! Nih mungkin sbb dh byk sgt term Arab dlm kepala otak nih.. Tu yang main letak je mane yang sedap.. Hehehe. Inilah 'Geng' aku dulu ketika berkhidmat sebagai Ketua Pelajar. *Mana Asma'? Apasal ko takdak time nih ek?*

Sebelum tahun 2004 berakhir; sebelum dak2 form5 berperang dengan SPM: Perlawanan bola jaring antara aras. Sukan Asrama 2004. Aku jadi kepala yang menganjurkan sukan ini bersama AJK Sukan yang lain (kata Biro Sukan...)


**Bagaimana agaknya zaman muda kamu dulu ye.. Alangkah seronoknya jika boleh berkongsi..**



P/S: Esok (18 Nov 2007), akan diadakan Sechenov Unity Games di sportzal M2. Kepada yang main, SEMOGA BERJAYA diucapkan. Mainlah dengan bersungguh - sungguh. Tunjukkan semangat kesukanan yang aku tahu dah lama terperap dalam diri kamu! Bersemangatlah seperti mana Cik Fatt kita bersemangat! Kan Fatt kan?? Aku pun bersemangat juga.. Kepada yang buka gerai tu, SEMOGA JUALAN LARIS esok. Kepada penyokong - penyokong, sokong team favourite anda ok? Biar kita semua gembira..


~ Minda yang cerdas lahir dari badan yang cergas. Badan yang cergas terbit dari amalan yang sihat. ~