Pages

Saturday, November 15, 2008

Kita Ini Duta Kecil

Assalamualaikum wbt.

Baru saja masuk waktu Maghrib. Aku pun baru saja sampai dari Program Islamic Gathering anjuran Muslim Tatar Moscow 15 minit yang lepas. Terima kasih Mili sudi ajak kami (aku dan KS) sertai program itu. Bertempat di Stesen Metro Novokuznetskaya, aku dan KS memilih untuk memakai baju kebaya, seluar jeans (menggantikan kain sebab di sini sejuk sedikit cuacanya) dan tudung sepadan dengan baju. Program itu dimulai dengan bacaan ayat Quran, dan sedikit tazkirah. Mujur ada KS, boleh juga dia terjemah tazkirah yang diberi dalam Bahasa Rusia itu. Selepas solat Zuhur, persembahan nyanyian lagu nasional Tatar dari kanak - kanak yang sangatlah comel belaka. Suara lemak merdu buat aku jadi seronok.

Ada juga aktiviti teka meneka. Yang ini, kami dijemput untuk sertai (sebab bukan guna suara, hanya bahasa isyarat diperlukan.). Caranya, dua orang diperlukan. seorang akan meneka dan seorang lagi akan tengok gambar, dan lepas itu, menunjukkan isyarat dengan tangan tentang gambar yang dilihatnya. Gambar itu dilukis pada kad manila (pada kad itu, dilukis gambar dan dilubangkan pada tengahnya lalu ditekapkan pada muka orang yang perlu meneka.) Aku dengan KS sertai ini. Macam - macam gaya ada! Haha.. selepas slot itu, ada sesi kuiz yang semuanya aku tak tahu. Hehe..

Lepas itu, kami dijamu dengan makanan tradisional orang Tatar. Mereka sangat gembira berjumpa kami. Bertanya macam - macam tentang Malaysia, Muslim di Malaysia, cara kami bertudung, tempat belajar kami. Dan seperti biasa, aku mendengar, KS saja yang bercerita. Huuhu.. Cara kami berpakaian susah menunjukkan kami ini orang Islam dari Malaysia. Dengan kebaya dan tudung lilitnya. Hihi.. Sebelum pulang, sempat juga kami bergambar dengan orang Islam ini. Baru aku sedar betapa kuatnya ikatan Iman dan Taqwa. Walaupun berlainan bahasa dan budaya, apa yang mengikat kami adalah Iman kami dan Syahadah kami. Alhamdulillah. Aku malas nak cerita panjang. Ingin tahu sedikit sebanyak perjalanan hari Sabtu kami, klik sini.

Duduk di negara orang ini, tak kiralah belajar ke, melancong ke, bekerja sekalipun, kita ada imej yang kita bawa. Pakaian kita, budaya kita, tutur kata kita, semua itu orang pandang. Sekaligus menjadikan kita duta kecil negara kita sendiri. Walaupun bukanlah secara formalnya kita ini Duta Besar yang dihantar kerajaan, tapi dengan mengekalkan akhlak dan kesopanan menjadikan kita bertaraf demikian. Jangan duduk negara orang, kita jadi macam diorang. Apa yang baik, diambil. Yang kurang baik tu, kita belajar supaya kita tidak buat benda sebegitu. Bagi aku, aku lebih suka berbaju kurung kalau bukan cuaca sejuk. Ingat lagi, semalam aku berbaju kurung warna merah jambu untuk ke kelas Bahasa Rusia. Cikgu aku cakap apa : Ada praznik (perayaan) ke? Aku cakap tak, saja je pakai. Jangan kisah apa orang nak cakap. Biasalah tu kalau ada yang berkata belakang, tapi kalau aku, lantaklah orang nak kata apa. Yang penting, baju nasional negara aku masih menepati ciri - ciri pakaian dalam Islam. Cantik pun cantik. Sopan pun sopan. Jadi, apa nak dimalukan? Takkan waktu raya saja nak pakai baju kurung?

Aku tak faham tiap kali orang nampak aku berbaju kurung, orang akan tanya, Wanie kenapa pakai baju kurung? Dan setiap kali itulah aku akan jawab : Saja je. Kalau kat Malaysia tu, kita tengok hari - hari orang pakai baju kurung, tak pula pergi tanya orang tu. Hurm.. Susah kalau kita buat benda yang pada kebiasaannya orang lain tak buat. Aku kan suka buat benda yang orang lain tak buat. Konon - konon nak suruh orang tanya. Haha.. Yang dua ayat terakhir ini hanya lawak semata. Tak ada kena mengena dengan hidup atau yang sudah tiada. =)

Itulah tujuan kita berada di negara orang. Selain belajar, kita membawa imej Islam, imej negara dan imej diri. Jadi, ingat. Jangan kita buat benda yang boleh jatuhkan maruah Islam, negara dan diri sendiri. Ini bukan merujuk kepada orang yang di luar Malaysia saja, ini juga panduan untuk mereka yang ada di Malaysia! Jika bukan kita yang mengangkat martabat Islam, siapa lagi?

3 comments:

Hafizuddin Awang said...

yeaa..bleh la aku pakai baju batik sepasang ngan sluar batik rekaan aku ke klas nanti. maunya havoc klas nanti. hehehe.

Anonymous said...

siapa lagi?kita la..hehe...jangan putus asa kalh futsal td,cuba lagi,aja2 fighting ^_^

Shazwani Adnan said...

salam.

Judin : hg try la pakai baju batik hg tu judin. sure liplap2 macam Pak Datuk (baca nada Mak Datin)

Pire : kamu kamu dan kamu lah. ala.. futsal tu takde benda la. Tendang pun tak kena. So, kalah pun, no hal la.. huhu..