Assalamualaikum wbt.
Hari ini hari Jumaat. Mulanya aku ingat aku hanya ada kelas Surgery saja. Sampai ke kelas, baru teringat yang kelas Bahasa Rusia juga ada. Hurm.. Nampaknya bulan ini aku pulang lambat lah pada hari Jumaat. Itu tak apalah.
Pagi ini aku bangun lewat sedikit sebab kelas mula lambat. Itupun lecture in Russian. Biasanya budak English medium batch aku skip this lecture because after that the lecture will be in English. Tapi aku layan je lah datang. Kalau pun tak faham, sekurang - kurangnya aku dapat general idea tentang lecture tu. Dan kalau tak dapat general idea pun, dapat tahu tajuk lecture pun sudah cukup bagus. Lagipun, kalau aku skip, aku takut aku tak terbangun untuk lecture English pula. Ye la, dh syok sangat tidur. Mana nak ingat! huhu..
Malam tadi aku tidur awal sebab dah langsaikan satu misi yang sebenarnya tak jangka pun. Itu cerita lain. Hurm.. Disebabkan aku tidur awal, aku bangun awal untuk solat Isya dan terus tunggu waktu Subuh. Dan... selepas itu sambung tidur balik sebab kelas mula lambat. Hehe.. Aku ke kelas seorang diri. Berjalan. Berjalan. Dan berjalan. Di tengah jalan, terjumpa seniors yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke hospital yang sama. Aku sapa diorang sikit - sikit je la. Pagi - pagi, tak tahu nak cakap apa. Terus saja aku naik ke kelas. Ingatkan sudah lambat, tengok - tengok aku saja yang sampai. Ah.. Mungkin yang lain lambat sikit kot. Tak apalah, tunggu saja.
Tiba - tiba.. Privet! (Eng : Hi!). Eh, mamat Rusia tu menghadap aku. Aku tengok belakang. Tak ada siapa. Aku seorang di situ. Aku pun balas : Privet! Pastu senyum je la. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Oh, baru teringat. Mamat tu la yang selalu join group aku untuk kelas PathoPhysiology tahun lepas. Masa tu dia buat otrabotka (Extra class) untuk kelas yang dia tak datang sebab kakinya patah. Lama juga dia join kelas kami. Padanlah dia cam muka aku ni, yang kadang - kadang orang rusia (kadang - kadang orang kita pun ingat - ingat lupa muka aku ni..)susah nak cam (sebab bila kami pakai tudung, muka kami tak dapat nak dibezakan!).
Dalam lecture hall tadi sangat happening. Aku tak tahu apa sebabnya. Mungkin hari ini hari Jumaat dan esok cuti. Diorang rasa sangat gembira. Itulah agaknya sebab diorang happy semacam. Ah.. Aku bukan kisah sangat. Asal diorang tak kacau hidup aku. Kalau diorang tanya, aku jawab. Kalau tak, buat kerja sendiri sajalah.
Kelas Bahasa Rusia hari ini pun tidak ada bezanya. Cumanya kelas hari ini panjang sedikit, berbeza dengan bulan lepas. Tapi yang gembiranya, aku rasa banyak - banyak kelas Bahasa Rusia, kelas hari ini buat kami banyak gelak dan tak berhenti. Cikgu pun ikut gelak sekali. Haha.. Sebab mungkin dia pun tahu kami dah penat. Diajaknya kita ketawa. Tapi nak kata dia buat lawak, aku tak rasa dia buat lawak pun, tapi entah.. Rasa nak gelak saja. Huhu..
Hari ini berakhir begitu. Sekarang ini pun suhu mulai sejuk. Bila lagi kami boleh bergelak ketawa dalam keadaan sejuk begini. Hendak bergelak di tengah jalan sambil berborak ketika pulang dari kelas tu, rasa susah sebab kami berusaha untuk bersembunyi di sebalik jaket tebal, muffler dan hood. Kecualilah heater sudah dipasang, maka kami pun boleh mula tersenyum lebar dan bergelak ketawa kembali.. =D