Assalamualaikum wbt.
Semalam berborak dengan seorang kawan aku ni. Kira berborak panjanglah sampai entah macam mana boleh termasuk borak pasal tidur. Dia kata dia cerewet bab tidur. Tidur tak boleh pasang lampu. Kalau tak, bergolek - golek. [Kamu tahu kamu siapa]
Dan hari ini sekali lagi aku nak buka pekung aku. Daripada aku cerita pasal orang dalam blog aku yang biasa - biasa je ni, baik aku cerita pasal aku. Orang pun tak marah, kalau orang nak kutuk pun, diorang kutuk aku, bukan orang lain dan untuk itu, aku tak kisah sedikit pun. :) Kalau cakap pasal tidur, akulah orang yang suka betul tidur. Sekarang ini entah kenapa, letak kepala saja, terus tertidur. Sebab itu bahaya kalau aku dah tertidur, aku susah nak bangun. Dan aku bersyukur aku tidak ada penyakit insomnia. Alhamdulillah. Semua ahli rumah aku semua tahu perial aku tidur yang aku nak cerita ini. Aku orangnya pelik. Aku boleh tidur di mana saja, bila - bila masa tanpa ada sebarang masalah. Kalau aku dah mengantuk, atas lantai pun aku boleh tertidur.
Aku jenis tak kisah kalau lampu terpasang atau orang bising masa aku tidur. Mula - mula memang kisah, tapi aku diamkan saja. Daripada buat sakit hati tegur, baik aku buat tak tahu saja. Tapi yang tak tahan tu bila diorang berborak kuat sangat sampai setiap perkataan yang diborakkan tu masuk dalam mimpi aku. Itu yang paling tak tahan. Seolah - olah aku ikut diorang berborak sekali. Hurmm.. Bila lampu terpasang tu, kalau aku tak boleh tidur, aku akan tutup muka dengan selimut atau bantal. Dan lepas tu aku boleh tidur.. Huhu
Ada beberapa kes yang aku nak kongsikan. Satu, katil Fareena dan katil KS bergabung di hujung katil. Kiranya kalau kaki masing - masing panjang, boleh berlaga la kaki diorang. Dan aku pernah tertidur di tempat cantuman katil tu (banyak kali rasanya) menyebabkan Fareena yang mempunyai kaki yang agak panjang itu susah nak tidur. Katanya dia dah kejut aku banyak kali tapi aku tak mahu bangun. Dan akhirnya dia pun layan je la tidur dek tak tahan melayan aku yang tak mahu bangun. Tapi pagi esoknya, aku bangun tidur dari katil aku, tapi aku tak pasti bila masa aku berganjak balik ke katil aku semula.
Itu satu. Ni yang kedua. Masa tu ada majlis raikan hari lahir kot kat rumah seorang kawan aku ni. Lepas makan semua tu, diorang pasang cerita hantu. Aku join la diorang duduk kat sofa depan tv. Cerita tu punyalah takut dan aku... TERTIDUR! Dan diorang kasihan tengok aku. Diorang kata : Selalu ke Wanie tertidur macam ni? Tahu housemates aku jawab apa : Biasalah tu.. Wanie kalau tengok cerita - cerita macam ni memang tertidur. Tapi kalau pasang cerita Melayu atau Taiwan, sure dia tengok sampai habis! =) Yeah.. Untung dapat housemates yang faham fi'il aku. Kalau agak - agaj aku tak suka tengok cerita tu, tidur je la jawabnya.. hehe..
Pernah sekali, masa tu ada perlawanan akhir EUFA kat Moscow. Kalau tak silap aku, Manchester United lawan Chelsea. Housemates aku semua pergi stadium tengok perlawanan tu. Aku tak pergi sebab esoknya ada exam Pharmacology. Jadi ingatnya nak study la kan.. Tapi aku pergi juga la tengok perlawanan tu di tv (tumpang rumah kawan aku kat tingkat atas). Separuh masa pertama tu boleh tahan lagi. Entah macam mana entah, tiba - tiba aku boleh tertidur! Aku terbangun pun masa tu diorang diberi sepakan penalti untuk tentukan juara. Dan masa tu aku perasan Cristiano Ronaldo yang nak sepak bola tapi tak gol. Lepas tu baru aku sedar sampai habis perlawanan. Dahsyat benar aku tidur! Hish.. Anak dara Encik Adnan ni. Susah.. hihi..
Itu baru cerita kat Moscow. Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah dulu. Penyakit budak duduk asrama. Mesti nak tidur masa cikgu ajar. Termasuklah aku. Tapi alhamdulillah keputusan SPM aku tak adalah teruk sangat. Masa aku tingkatan 5, hanya satu subjek je aku tak tidur. Matematik Tambahan. Itulah satu - satunya subjek yang buat aku segar - bugar tak kira waktu petang ke, pagi ke atau tengahari. Untuk dua - dua tahun. Tingkatan 4 dan 5. Sebab itu aku minat subjek tu, sebab subjek tu dan cikgu yang mengajarnya tak buat aku tidur. Nama cikgu itu Cikgu Norasidah Marjom. Beliau mengajar aku untuk dua - dua tahun. :)
Kalau sekolah aku, setiap hari Jumaat akan ada Perhimpunan Besar di Dewan Besar. Kiranya perhimpunan ni lama la.. Ada satu kali tu, pengerusi majlis jemput seorang cikgu untuk berucap. Semua orang tahu kalau cikgu ini berucap, pasti lama. Tapi aku tak ingat nama cikgu ini. Maafkan saya, cikgu. Nanti saya cuba ingatkan.. Masa hari tu, beliau memang berucap lama. Lama sangat. Aku yang dah tak tahan ni, aku pun tertidur. Ye.. Tertidur dalam keadaan berdiri. Tapi tahu je la. Kalau tidur berdiri ni macam mana. Sampai satu tahap tu, aku hampir terjatuh. Hampir je la, belum terjatuh betul lagi. Dan yang kelakarnya, semua orang ingat aku nak pitam. Hahaha.. Bila aku ingat balik kejadian tu, aku rasa aku nak gelak besar sangat. Kekeke..
Aku kira ini adalah side yang kurang baik ada dalam diri aku. Jangan jadikan contoh! Dah cuba nak hilangkan atau buang, tapi tak mampu sebab aku tak tahu bagaimana. Tak apalah. Tapi di sini alhamdulillah, masa cikgu mengajar, semengantuk mana pun aku, aku akan cuba bertahan dan aku berjaya! Cuma bila balik rumah aku terus tidur la. Sekarang ni baru aku faham bagaimana perasaan cikgu - cikgu macam Cikgu Jawe kalau masa mereka mengajar, budak - budak tertidur kat belakang. Sebab tu sekarang ni masa di kelas, aku tak tidur. Kalau pun agak - agak aku tak cukup tidur malam sebelum tu, aku akan tidur sekejap semasa dalam perjalanan ke kelas (kalau naik metro), atau kalau jalan kaki, aku akan ke kelas awal, dan ambil short napping sebelum cikgu masuk ke kelas. Tapi biasanya kalau tak cukup tidur, dan kelas esoknya awal pagi, sebelum ke kelas tu, aku akan mandi awal pagi dengan air suam - suam sejuk, untuk kesegaran diri. Dan aku dengan gembiranya ke kelas!! :D
Jadi, jaga waktu tidur anda. Ia melibatkan mata. Ada satu petua untuk kesegaran mata yang aku terbaca di internet. Selepas bangun pagi sebelum mandi, basuh mata anda dengan air sejuk (sejuk macam baru keluar dari peti sejuk), lepas tu basuh muka seluruhnya. Dari bawah ke atas. Kat sini aku buat juga. Tapi baru saja. Kat sini tak payah guna air yang keluar dari peti sejuk. Air yang kat bilik air pun sudah sejuk sangat. Guna air itu sajalah! Selamat mencuba!
**Dulu kecil - kecil bila jumpa mentadak, selalu tanya kat dia macam ni : Mentadak mentadu macam mana dia tidur? Lepas tu, kami akan gelak bila mentadak tu buat aksi - aksi. Haha..
7 comments:
alahai wanie. awk sgt mudah utk tidur. mcm safwan juga. tgh lompat2 sambil nyanyi.. tetiba senyap. rupanya dia tidur.. huhu
aku dulu mmg pantang kalau ada bdk tidur waktu aku ngajar. skrg ni aku tak kisah sgt. kalau dipaksa pun tidur juga dia. atau jaga tp tak masuk apa yg aku ajar.
lama2 aku biar je bdk2 aku tidur.
tp kan.. jarang jumpa bdk tidur time aku ngajar.. hiks.. :)
salam..
sy xksh bab2 tdo ni,kalo dh ngantk lmpu terbuka ke,org bising or mcm mane keadaan pun mst tdo jgk,hihih..
sebut psl tido ni trigt kt kwn sy yg mmg tdo mati..Wktu tu hstl sy nak sembur asap utk halau nyamuk,kami grkkn kwn sy tu,tapi dia ttp xsdr walaupun alat penyembur tu kt tepi telinga dia dan mcm xrs pape je dgn semburan tu,habis je semburan tu br la dia sedar,heheh..
kwn sy tu kalo ltk bom sebelah dia pun xsdr lagi tw,ssh tol nak gerak tido,huhuh..
the legendary Cik Wani.
mmg untung ko dpt room mate cm kitorang kan?
hehe
cerita hantu pun takde kesan pada Wanie kan..hehehe. Akak pun dah dapat penyakit baru jgk semenjak-dua menjak nie. TV tengok tuannya. Tak best betulla..kalau cerita tengah best..tiba² je sedar dah keluar dibintangi oleh...haru betul la..:p
salam
Pelik kenapa semua tak post komen melalui gmail. Hehe.. takpe.. Mungkin baru bangun tidur kot.. huhu..
CIkgu : Para cikgu memang oantang kalau budak tidur dalam kelas. Tapi yang saya perasan, budak yang tak duduk asrama biasanya tak tertidur. Budak asrama je ni ha.. hehe.. termasuk lah saya.
Khairul : Hish. Lagi bahaya kalau tidur mati. Kalau ada pape berlaku nanti, susah. Pesan kat kawan macam tu. =)
Cik fatt: Yeah! Untung sangat2!! :D Ada sesiapa nak kenal roomates saya? hihi.. promote nih!
Akak : Haah la kak. Abah pun selalu je tegur wanie. Wanie ni selalunya ditengok oleh tv. Konon2 nak tengok midnight movie, alih2 sampai ke pagi tv terpasang.. hehe
Wanie, klau nak tau rahsia sesaorang tu ialah ketika dia bercakap dalam tidur, kita picit ibu jari kaki kanan nya, dan tanya dia apa2 rahsia dia...mesti dia bagitau!
salam.
Anon : Tu macam pernah dengar. Dan pernah rasa nak buat, tapi tak sampai hati.
Pire : Apa tu? ('',)V
Post a Comment