Pages

Tuesday, November 18, 2008

Gigi

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni aku tengah cycle Surgery dan Stomatology. Setiap kali pergi kelas Stomatology, kami sekelas pasti berbincang perkara berkenaan dengan gigi. Gigi ni kena selalu jaga. Kalau tak, boleh membahayakan diri sendiri. Contohnya kalau banyak sangat plak terkumpul, boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian dalam gigi. Ini cikgu aku yang cakap. Ada satu kes tu, disebabkan pesakit ni ada karies gigi dan dia tidak pergi jumpa doktor gigi dengan segera, dia terpaksa menjalani pembedahan di bahagian leher untuk mengeluarkan cecair (abscess) yang terkumpul kerana daripada karies gigi yang dihidapinya, ianya merebak sehingga ke bahagian dalam gigi. Itu sebab Colgate sarankan kita gosok gigi menggunakan ubat gigi! Tapi tak semestinya guna Colgate saja, jenama lain pun elok saja. Hihi.. Kat rumah, kadang - kadang guna Safi, Zaitun dan kadang - kadang Colgate.

Ada satu rahsia yang aku nak kongsikan. Tak ramai yang tahu rahsia aku yang satu ini. Apa dia? Ha! Aku sangat suka tengok gigi orang! Kalau tengok gambar orang, bahagian pertama yang aku tengok adalah gigi. Kalau jumpa orang atau berborak dengan orang, bahagian yang aku akan perhatikan adalah gigi. Kenapa GIGI? Entah. Aku pun tak ada jawapan untuk itu. Mungkin disebabkan gigi aku tak berapa nak lawa sangat, jadi aku tengoklah gigi orang. Ye, untuk makluman semua, gigi aku memang tak tersusun rapi. Kalau nak jadi model ubat gigi ke, Simply White ke, memang out awal- awal. Hehe..

Emak pernah ada suruh aku pergi buat pendakap gigi (braces) masa balik cuti hari tu. Tapi aku tak mahu buatlah. Buat apa nak bazirkan duit. Lagipun aku duduk jauh, susah nak buat follow- up check up. Mimin dan Nana dah buat dah sebab gigi Nana memang ke depan sikit, dan Mimin pulak, berlapis. Sekarang gigi diorang pun dah cantik. Cemburu juga tengok. Tapi bagi aku, buat braces tu mahal. Daripada aku buat braces, baik aku pergi buat mandi lulur ke apa ke. Hehe.. Biar berseri sikit. Cewah..

Dulu gigi aku pernah rosak. Masa kecil dulu la. Mungkin suka sangat makan lolipop kot. Jadi bila dah besar ni, gigi jadi tak tersusun sangat sebab masa kecil, gigi patah awal dan gigi baru yang tumbuh tu besar. Gusi tak dapat nak tampung kebesaran gigi aku tu. Itu sebab kot gigi tak nak jadi cantik. Hihi..

Nasihat aku, jaga gigi anda. Kalau dah rosak, tak seronok nak senyum. Senyum pun nanti macam terpaksa saja. Pergi berjumpa doktor gigi anda dan periksa keadaan gigi anda. Kadang - kadang kerosakan gigi ni tak disedari.

Sebenarnya aku cemburu tengok orang bergigi cantik. Kat sini ramai saja yang bergigi cantik. Kalau senyum pun nampak manis saja. Semua gambar jadi cantik. Kesimpulannya, jagalah gigi kita. =D

** Selamat Hari Lahir buat Shahida yang akan menyambut hari lahirnya yang ke - 20 esok (19 November). Semoga sentiasa berjaya. Kita ucap ikut waktu Malaysia. Hihi (^.^)V

12 comments:

Anonymous said...

ha. ini fakta yg benar tntg wanie. dia suka tgk gigi org. tp bg ks gigi wanie cantik. org yg gigi berlapis ni manis. terbukti wanie pun manis. ada seseorg setuju dgn ks tntg wanie. siapa dia, rahasia =D

Shah CJ said...

salam wanie..

mujur kotak komen ni takde tayang gigi org yg bg komen.. muahahahaha

nice info. kalau ditakdirkan jumpa awk kt klang, aku kena tutup gigi dgn saputangan.. hehe

Anonymous said...

Ehem..ada juga org yg takda gigi tapi bila senyum masih menawan...tak caya?..tengok nenek2 kita bila d org senyum... =D

Anonymous said...

Gigi sy tersusun rapat jgk tw,antara gigi tercntk in my fmly,heheh..tp bila buka mulut ke,huhuh..Mmg hampeh,dlm mulut ni penuh dengan tampalan sana-sini berlubang2 saje sbb dr kecik smpi skrg mmg xleh tgglkn cklt dan cklt :) yang ni sy kalah dgn sape2 pun :P

Anonymous said...

nasib baik gigi sy lawa hehehe

Shazwani Adnan said...

salam.

KS : Haha.. saya tahu siapa dia. huhu.. Setiap orang ada manisnya sendiri. hihi..

Cikgu : Boleh la sy cari cikgu nanti. orang yang selalu tutup mulut nya dengan sapu tangan bila berjalan2 di klang!

Anon : Setuju! manis juga nenek2 kita senyum walau kurang giginya.

Khairul : Haha.. Tu la.. makan coklat banyak2 lagi. nasib baik saya ni bukan hantu coklat.

Pire : Eleh.. nak berlagak la tu gigi dia cantik. Ni awk kena turunkan ilmu nak kasi gigi cantik nih. Boleh?

Anonymous said...

hehe..malu la nak jumpa wanie camni. Akak pun takleh jd model utk iklan ubat gigi jugak..hehehe. Tapi betul la..kalau tengok gigi org tersusun putih..cantik je tengok kan. Mula la berangan nak gigi camtu..

Shazwani Adnan said...

salam.

Akak : Tak apa akak. tak payah jadi model iklan ubat gigi. Saya cadangkan akak jadi model busana muslimah. tak payah senyum sampai nampak gigi. sure meletop2.. mesti nampak ayu. hihi..

Akak.. Kita serupa.. hihi

Anonymous said...

oit wani..ahahaha..diatas kebosanan aku membaca stOmatOsOs ni,maka blOg ko aku baca..hehehe....ko ni puji2 la sket gigi aku..wakakakaka...weyh,esok jgn lupe..kene g dekanat...wani,malam ni sebelum tido,jangan lupe gosOk gg tu..kumur air garam sekali...muehehehe...jumpe esOk=P

Shazwani Adnan said...

salam.

miszdOd yang bergigi cantek : laa... hg ni pon, tengah bosan bca stoma juga ke. mcm tau2 je aku pon tgh kebosanan. Ye la.. ye la.. gigi ko pun cantek. mmg boleh buat iklan gigi. thanks ingatkan aku. habislah garam rumah aku lepas nih.. hihi

Ain Mardhiah said...

kat rusia ada yang amik dentist tak? sebabnya saya terperangkap menjadi golongan berbraces kerana takut mendengar segala berita dari bakal-dentist-to-be di sini.. haha~

Shazwani Adnan said...

salam.

Ainul : kat sini tak ada pulak yang ambil dentistry. tak apa. nanti dah buka braces tu, sure gigi awak lawa.. =)