Assalamualaikum wbt.
Hari ni sedikit sejuk. Pagi tadi nak bangun pun rasa sangat malas. Tapi kena juga kuatkan diri bangun sebab nak ke Hygiene Lecture yang diberi dalam bahasa Rusia itu. Lepas tu ke Internal Diseases Lecture, dan terus saja ke kelas. Bertolak pukul 8.4o pagi, sebab lecture mula pukul 9.00 pagi. Sebenarnya berjalan kaki hanya mengambil masa 10 minit saja, tapi aku tidak mahu berkejar. Sengaja mahu mengambil udara segar di awal pagi. Di tengah jalan terserempak dengan rakan sebatch berjalan ke Hygiene Department. Seronok dapat berjalan beramai - ramai. Semangat tu ada. =)
Tapi hari ni aku agak penat. Tidak macam selalu. Asyik menguap saja ketika ID Lecture. Semasa waktu rehat 10 minit tu, aku terus lelapkan mata. Rasa letih yang amat. Selalunya aku tidak begitu. Selepas habis kelas ID, dalam pukul 3.00 aku sampai rumah. Tukar baju, lepas masuk waktu Asar, terus tidur. Letih sangat - sangat. Memang aku tahu tidak elok tidur lepas Asar. Boleh mewarisi kegilaan. Aku tahu itu. Tapi tidak boleh elak. Daripada aku tidak boleh study malam ni, baik aku tidur sekejap. Ketika Maghrib, aku bangkit.
Ambil makan malam, rehatkan minda sebelum memulakan study. Badan rasa agak kurang selesa. Orang kata apa ek? Tak sedap badan? Janganlah demam. Banyak kena cover ni. Kena sedia awal - awal supaya memudahkan final nanti.
Apa pun, jaga kesihatan kamu. Itu penting sebab sejak aku belajar pasal penyakit ni, makin takut pula aku. Takut kena infection.
PS : Malam ni kena habiskan study awal sikit, pastu nak tidur. Esok bolehlah bangun awal sikit (kalau bolehlah kan... =P)
~ Jaga Hati, Jaga Akal, Jaga Badan ~
4 comments:
salam...........
wanie boleh....... cayok99x........
go..wanie..go.. jaga kesihatan dr wanie. kt sini pun musim demam dn batuk. adakah sampai ke russia juga?
fenomena demam seluruh dunia?...
same ahh wanie:|
saket :|
Salam To All.
f_i_u_a_i_: Tengah chaiyok la nih.. Berusaha!
CJ: Hurm. memang kena jaga pun. Sebab dh nak masuk spring ni, senang kena jangkitan. Mungkin juga wabak tu terbang dari malaysia. =)
RYN: Sakit gak ke? get well soon dear.
Post a Comment