Pages

Saturday, February 16, 2008

.Pesanan Dalam Lagu.

Assalamualaikum wbt.

Aku sudah rehat 1 minggu dari aktiviti ini. Aku senang begini. Dalam keadaan internet rumah bermasalah pada masa lalu buat aku malas untuk mengemaskini blog ini. Ya, aku senang begini. Tumpuan pada study meningkat sedikit. Tahap kedisiplinan aku terhadap diri pun sedikit naik. Aku tak sangka aku boleh manage diri aku dengan disiplin yang begitu. Sungguh tak sangka. Ini bermakna, aku tidak manjakan diri aku. Bahaya kalau manjakan diri sendiri.



Sebenarnya aku mahu cakap ini:



Setiap lagu yang aku letak dalam blog ni sebenarnya bukanlah sengaja aku letak. Biasanya sebelum aku buat keputusan nak letak di blog, pasti sebelum itu aku ada terfikir sesuatu atau peristiwa yang menyebabkan aku teringat akan satu2 lagu tu. Macam sebelum ini, lagu Akrab Persahabatan. Lagu tu buat aku teringat kenangan di Sambest. Sebab tu aku letak. Lagu Albi Nadak (suatu ketika dulu aku pernah letak) tu sebab aku terdengar lagu tu di blog Raihan MK. Masa tu baru aku teringat yang seorang kawan aku ada pernah bagi aku lagu tu. Masa pertama kali dengar, terus suka lagu tu. Habis semua orang aku suruh dengar. =)

Tapi kali ini, jika perasan, lagu yang aku letak bukanlah lagu berunsur nasyid atau yang seumpama dengannya. Ini satu lagu yang aku tahu sewaktu aku tinggal di rumah Kak Idah di Alor Setar. Aku ke sana sebab tolong jaga anak - anak saudara aku. Masa tu, lagu Apo Kono Eh Jang ni sangat famous. Anak - anak saudara aku semua hafal lagu tu. Diorang pasti akan ikut nyanyi bila lagu ni berkumandang di radio terutama bila dalam kereta. Yang aku lagi pelik, setiap perkataan yang penyanyi tu cakap (yang bukan dinyanyikan) semuanya dihafal. Jadinya aku seronok dengan situasi tu.

Ada suatu insiden yang lagi buat aku tahu yang diorang ni memang suka sangat lagu tu. Suatu hari, masa ni malam la. Kitorang bertolak balik ke Klang dari Alor Setar. Sengaja Abang Rizal bertolak malam sebab tak berapa banyak kereta di jalan. Kitorang balik naik Pajero sebab kitorang ramai. Dalam 6 orang. Jadinya, nak dijadikan cerita, radio yang ada kat Pajero tu tak berapa nak berfungsi sangat. Mungkin sebab kereta lama kot. Biasalah. Dalam perjalanan, budak - budak mestilah tidur kan? Dah la malam. Tapi yang peliknya, sampai kat satu tempat ni (aku tak tahu nama tempat tu), tiba - tiba radio tu berfungsi pula. Dan kebetulan sangat - sangat, lagu yang kitorang dengar tu, lagu Apo Kono Eh Jang. Jadi, apa lagi. Budak - budak tu dari awalnya tidur, terus terbangun pastu nyanyi lagu tu. Aku, Mia, Akak, dan Abang Rizal terus gelak besar. Memang dahsyat la budak - budak ni..

Pesanan dalam lagu tu? Hurm. Kita ni hidup kenalah berusaha. Walaupun dalam lagu tu, dianalogikan sebagai seorang lelaki ni berkenan kat seorang perempuan tu. Tapi malas nak berusaha untuk dapatkan dia. Banyak benar alasannya. Duduk saja sampai kerja lain semuanya terbengkalai. Dan akhirnya, kan melepas. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Apa pun, kalau nak berusaha, biarlah kena pada caranya. Jangan asyik kata "Aku nak berusaha. Aku mesti berusaha" Tapi duduk saja. Tunggu macam bintang jatuh dari langit. Mana boleh macam tu. Kalau berusaha dengan bersungguh, barulah boleh dapat apa yang kita mahukan. Tak gitu?

Pesanan Penaja : Usaha Tangga Kejayaan. Walaupun Dalam Usaha Memikat Hati Seseorang. LOL


PS I : Hari ini Mia pulang ke Adelaide. Semoga selamat sampai. Dah sampai nanti, kirim salam aku pada Kak Mija tau! Itupun kalau ko terbaca blog ni.


~ Niat di hati biarlah suci. Kata yang terucap biarlah lahir dari niat yang suci. Amal yang hendak dibuat eloklah dilaksanakan. ~

5 comments:

Shah CJ said...

teruskan usaha wanie. heh..heh.. ada secret admire ke?. hahahaa.. boleh le sarah tolong rekmenkan yee..

semua lagu dlm blog aku pun ada maksud. pandai2 le si pembaca fikirkan. :)

Anonymous said...

salam.............
mungkin org tu tgh memperbaiki diri dia sendiri dan dia pun tgh mencari akal nak buat cammane untuk memikat wanie. dia buat mcmtu untuk wanie supaya wanie tak menyesal.sy yakin dia seorg yg mementingkan kebahagian pasangannyer.wanie org yg bermakna bg diri dia...

MakcikMuda said...

xsangke.

dlm diyam,wanie menaruh hati pada __________.[sila isi jawapan anda]

hiks!

Shazwani Adnan said...

Salam To All.

Bila baca komen semua, ade rase terkejut pulak. bukan itu maksud saya. Lain pula mesej yang sampai pada kamu semua ye..

Memang pada asanya, kalau nak apa2 memang kena usaha, kan? pasal nak memikat hati orang tu, itu adalah salah satu contoh. tidak berkaitan dengan diri sendir ni ha.. =)

Shazwani Adnan said...

CJ: Bukan pasal itulah CJ. KS rekemen? Hurm.. ramai dh dia rekemen kan.. hahaha!!!

f_i_u_a_i_: HAhaha.. Ni lagi satu. kelakar bila baca komen nih. bukan ape. rasa macam diri ni still muda lagi. =P rasa macam baru semalam main tutup oren. hehe

Rynn:lama dah tak jumpe ryn kat sini. sebab.. wanie pon dh lama tak update. hehe..

dlm diyam,wanie menaruh hati pada __________.[sila isi jawapan anda]

jawapannya ialah.... Tuuutt.. habis masa.. huhu~~