Pages

Showing posts with label Sechenov. Show all posts
Showing posts with label Sechenov. Show all posts

Tuesday, May 6, 2008

Resepi Akhir Semester

Assalamualaikum wbt.


SAYA PERLUKAN:
  • BADAN YANG SIHAT
  • EMOSI YANG HEBAT
  • MINDA YANG BERSEDIA
  • MATA YANG SEGAR
  • ALAT2 PENULISAN YANG LENGKAP
...untuk menghadapi satu keadaan yang saya kira ianya mampu buat saya tak senang duduk.

Tapi, saya ada senjata. Apakah dia? Hurm. Anda mahu tahu?



DOA!

- Ini adalah senjata kita semua.
* Kami di sini akan menghadapi peperiksaan akhir. Gunakanlah senjata anda, Doakan kami!
* Maaf kalau saya tak update. Faham sajalah.
~ Allahumma ja'alna minannaajihin, wal faaizin, wal mumtaazin fi kulli imtihaan, fiddiin, fiddunya wal akhirah ~

Friday, February 22, 2008

Kisah Aku

Assalamualaikum wbt.


Aku baru balik. Untuk kelas hari ini, aku puas hati sebab aku faham apa yang kami bincang di kelas. Rasa berbaloi aku stay up malam tadi. Walaupun tidak berapa sedia sangat, tapi.. ok la! =)

Semalam lecture habis lambat. Lecture tu di Pharmacology Dept, terletak lebih kurang 30 - 45 minit dengan hostel jika menggunakan metro. Daripada sepatutnya habis pukul 4 petang, jadi habis pukul 5 petang. Tapi aku dah siap bawa bekal Nasi Goreng sebab aku tahu aku akan lapar di sana. Tapi aku bawa lebih sebab aku lebih suka berkongsi makanan dengan kawan - kawan. Rasa macam zaman sekolah rendah dahulu. Walaupun tak berapa sedap, tapi bila makan ramai - ramai, jadi sedap pula. hehe

Sejak akhir - akhir ini, selalu sangat aku melatah. Aku tak suka tapi dah terkeluar dari mulut. Tak boleh nak elak la. Dulu tak pun macam ni. Kalau beristighfar ke, bertahmid ke, ok lah juga. Ini.. "Oh, mak kau!". Hurm.. Rasa macam nak kunci saja mulut ni.

Sebenarnya hari ini (22 Februari) hari lahir Kak Mija, Miza dan Amnah. Selamat Hari Lahir diucapkan untuk kalian berdua.


* Kak Mija atau Sharmiza Adnan - Kakak aku yang kedua. Kini telah berkahwin.

* Miza atau Siti Hamizah Mohd Salleh - Rakan sama sekolah semasa di Sambest dulu. Dulu tak pernah rapat pun dengan dia. Dah sampai Moscow baru kenal sangat baik dengan dia.


*Amnah atau Amnah Yousop - Senior 1 tahun aku di Moscow ni. BAik dengan KS (sekaligus baik juga dengan aku dan teman sebilik). Bekas pelajar KISAS.



~ Selamat hari lahir.. Iringan Doa kuhulur.. Bersyukur kepadaNya.. Atas nikmat usia.. ~

Tuesday, February 19, 2008

Cerita Hari Selasa

Assalamualaikum wbt.

Hari ni sedikit sejuk. Pagi tadi nak bangun pun rasa sangat malas. Tapi kena juga kuatkan diri bangun sebab nak ke Hygiene Lecture yang diberi dalam bahasa Rusia itu. Lepas tu ke Internal Diseases Lecture, dan terus saja ke kelas. Bertolak pukul 8.4o pagi, sebab lecture mula pukul 9.00 pagi. Sebenarnya berjalan kaki hanya mengambil masa 10 minit saja, tapi aku tidak mahu berkejar. Sengaja mahu mengambil udara segar di awal pagi. Di tengah jalan terserempak dengan rakan sebatch berjalan ke Hygiene Department. Seronok dapat berjalan beramai - ramai. Semangat tu ada. =)

Tapi hari ni aku agak penat. Tidak macam selalu. Asyik menguap saja ketika ID Lecture. Semasa waktu rehat 10 minit tu, aku terus lelapkan mata. Rasa letih yang amat. Selalunya aku tidak begitu. Selepas habis kelas ID, dalam pukul 3.00 aku sampai rumah. Tukar baju, lepas masuk waktu Asar, terus tidur. Letih sangat - sangat. Memang aku tahu tidak elok tidur lepas Asar. Boleh mewarisi kegilaan. Aku tahu itu. Tapi tidak boleh elak. Daripada aku tidak boleh study malam ni, baik aku tidur sekejap. Ketika Maghrib, aku bangkit.

Ambil makan malam, rehatkan minda sebelum memulakan study. Badan rasa agak kurang selesa. Orang kata apa ek? Tak sedap badan? Janganlah demam. Banyak kena cover ni. Kena sedia awal - awal supaya memudahkan final nanti.

Apa pun, jaga kesihatan kamu. Itu penting sebab sejak aku belajar pasal penyakit ni, makin takut pula aku. Takut kena infection.

PS : Malam ni kena habiskan study awal sikit, pastu nak tidur. Esok bolehlah bangun awal sikit (kalau bolehlah kan... =P)

~ Jaga Hati, Jaga Akal, Jaga Badan ~

Monday, November 19, 2007

Sechenov Unity Games 2007

Assalamualaikum wbt.

Hurm. Dalam entri yang lepas, aku bagitahu yang hari Ahad lepas ada Sechenov Unity Games. Aku participate dalam sukan yang paling aku suka dan sayang >> Ping Pong. Aku berpasangan dengan KS. Sekarang ni rasa memang serasi la dengan KS. Setelah beberapa tahun aku cari partner yang serasi untuk main ping pong (sejak Nur Liyana Mohd Sharif, kawan aku pindah sekolah masa form 3, aku dah xde partner regu yang sesuai, sampailah aku diletakkan untuk menjadi regu dengan KS.).

Aku malas nak cakap panjang2, biar gambar yang menceritakan semuanya..


Wanie and KS


KS in action

KS in action (lagi)

Wanie and KS (jadi pasangan regu)

Wanie in action

Wanie in action (lagi)

Team futsal yang best! Nama team : XOXO (2nd place)
>>Tu nampak tak Dibah tu?? Barisan depan, paling kiri. Tu la roomate aku yang lagi seorang campur Fatt

Team netball KS : Penyu Ninjas
Apasal ada aku? Aku jadi pengganti sebab team ni time tu xcukup player

Ni baru team aku : Soulja Galz (3rd place)

Ni pulak? Hurm.. Ni la netball referees kita yang HOT!! Yeah!

Aik? Ni apasal tetiba ada kek lak nih?
..........................................................................................

Nak tahu? Ni la kek hari jadi Shahida (kitorang panggil Cici sebab dia comel dan lagi kecik dari kitorang.) Hari jadi dia 19 Nov yang lepas. Di kesempatan ni jugak aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat Atiqah Asbi (anak usrah aku) yang menyambut hari jadinya yang ke - 20 hari ini (21 Nov 2007)


~ Bersukan mampu mengelakkan tension, beribadah boleh menghilangkan depression ~