Assalamualaikum wbt.
Mendengar musibah yang melanda saudara kita di Padang Indonesia, buat aku jadi sayu. Teman seperjuangan yang sedang menuntut ilmu di sana juga harus pulang ke Malaysia. Baca suratkhabar Utusan sambil mata terbeliak membaca perkhabaran itu. Astaghfirullah. Kuasa Allah sekelip mata saja terjadi jika Dia berkehendakkan begitu. Sekilas pandangan kadang-kadang buat kita tak percaya bangunan yang awalnya berdiri teguh, ranap disebabkan gempa.
Alhamdulillah aku dan teman di sini masih berpeluang menuntut ilmu fardu kifayah ini. Bila berlaku begini, buatkan aku takut untuk main-main ketika belajar. Tambah lagi mendengar perkongsian pengalaman dari senior-senior yang sudah mula berkhidmat sebagai houseman di hospital. Lagi buat aku bertambah berdebar meniti tahun-tahun akhir aku di Moscow ni.
Kisah gempa Bumi di sana dan siri lain di tempat-tempat lain membuat aku terfikir, Allah mahu memberi peringatan ni. Aku saja yang tak mahu beringat. Degil, keras kepala. Ilmu di dada hanya sedikit, tapi berlagak seperti tahu semua benda. Iman di dada hanya secebis tapi berlagak baik seperti dialah yang paling bersih hatinya. Dan aku juga tersedar, aku ini hanya biasa saja. Iman di hati mudah benar goyah. Seperti bangunan yang tiada tiang serinya. Seperti rumah yang tiada pacak besi sebagai asasnya.
Terasa diri aku ini amat kotor. Pada luarnya kelihatan bersih pakaiannya, kemas tudungnya, tapi di dalamnya hati rasa amat tercela akhlaknya, sudah bersemak samun. Tuan badannya tiada sabit dan tidak ada usaha untuk mencari sabit untuk menebas lalang-lalang kekotoran dari tumbuh meliar di dalam hati. Ya Allah, ampuni hati ini Ya Rabb.
**Terimalah amalanku Ya Rabb. Terima kasih Ya Allah dan ampunkanlah aku Ya Rabb Izzati.
**Tiba-tiba teringat lagu sound track cerita Aqso dan Madina kat tv9 tu.
**Tahniah untuk Ain Najwa Badrulamin yang selamat dinikahkan kepada suaminya semalam dan majlis di rumahnya berlangsung hari ini. Semoga berbahagia di samping suami dan keluarga tersayang sehingga akhir hayat insyaAllah

4 comments:
Semoga kejadian yg menimpa saudara kita mampu kita ambil sebagai peringatan untuk kita yg mudah lupa..Memang kita hamba yang selalu lupa dengan nikmat dari-Nya..:(
haah, saya terfikir-fikir juga kebarangkalian kalau di sini pun boleh jadi benda yang sama. Nauzubillah. Smoga kita cepat sedar bila dah nampak petunjuk macam tu..
p/s: akak, soalan terkeluar tajuk jap. Nak tanya, akak dulu gi korea tu terus dr russia ke atau dari Malaysia? Mana lagi bagus?
salam.
Akak: tu la, kita memang kena beringat. Lama dah tak dgr berita akak.
Ainul :nauzubillah. harap kita kena cepat sedar.
**Dulu pergi dari russia. Tapi kalau pergi dr malaysia lg murah. nak pergi ke? =P
ha'ah kan..akak pun dah lama tak bg komen. hehe..baca je pandai.
Post a Comment