Pages

Sunday, May 3, 2009

Cerita Sebuah Kota

Assalamualaikum wbt.

Baru pulang dari mendengar cerita. Cerita tentang pembukaan Kota Constantinople. Sebelum ni dengar cerita ini dibawa oleh Ustaz Amin, yang satu ketika dulu datang ke Moscow. Kali ni dengar dari Ms Amnah pula. Ditambah lagi dengan ahli lain, jadi terngiang-ngiang cerita tu sampai sekarang.

Dengan semangat yang diterapkan oleh bapa Sultan Muhammad dan kebijaksaan yang dikurniakan, Sultan Muhammad menggunakannya dengan sebaik mungkin. Kalau kita la, mungkin juga semangat kita dah luntur kot untuk melawan musuh dan membuka sebuah kota yang sangat gah seperti Constantinople.

Dulu masa aku tingkatan 2 atau 3 (aku tak berapa ingat), ustaz aku ada anjurkan satu tayangan perdana berkenaan kisah pembukaan Kota Constantinople. Cerita kartun. Tapi malangnya, aku ni tertidur. Tapi bila teringat balik sekarang, rasa rugi pula sebab tak pernah nak mengambil iktibar dari cerita tu. Ada ke pergi tidur. Hurmm.. Wanie.. Wanie..

Selepas penaklukan Kota Constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fatih, namanya bertukar kepada Istanbul yang sekarang terletak di Turki. Bagi sesiapa yang pernah melawati Turki, kamu patut mengetahui sejarah silamnya bagaimana yang mana kisahnya sangat menarik. Boleh menjadi pembakar semangat.

Kepada yang belum pergi, Turki ni adalah sebuah negara yang dahulunya mempunyai kota yang sangat kuat dan tidak mudah ditawan. Atas kebijaksaan Sultan Muhammad, ia dapat ditawan dan letak di bawah kerajaan Islam. Kamu yang hendak pergi ni, jangan lupa belajar dahulu tentang sejarahnya, barulah seronok berjalan sambil belajar tentang tamadun Islam.

Bari yang baru pergi, tentu kamu semua masih teringat tempat-tempat yang ada di sana.

**Bilalah aku mahu menjejak kaki ke sana? Dah dekat dah ni..

8 comments:

FabulouswithAs said...

turkey plg bes wanie..plg cantek!!!pegi jgn xpegi!!xrugi!!!

miashaf said...

kalau nak tengok kartun tu balik, Mia ade. tapi tunggu abis grad la~

Ain Mardhiah said...

betul..betul..betul.. TUrki sangat-sangat best! sila pergi.. rugi oo tak pergi..

Shazwani Adnan said...

salam.

Asma : tu la pasal, dr sini mmg dh dekat, tapi takdak masa la..

mia : Oh ye ke? jangan bagi ilang plak la ye.. nk tgk betul nih? mana ko dpt?

Ainul : Itu tempat yang wajib dijejaki. Dah be;ajar sejarahnya, kena jejaklah pula..

Unknown said...

salam...jaga lah agama di sana....mujahadah ckit la kt sana kan...

Unknown said...

aya wani hang tido ke..tapi mmg best crite tu rase tem tu cm dah masuk kat layar tu,,hehe cz baru tau gtu sej nye..hehe tu pun ustz yg crte blk..ikutkan mane phm sgt arab tem tu..

Shazwani Adnan said...

salam.

Anak Pendang Sekeluarga : insyaAllah. Agama is still on the top of everything

Bayu : Biasa lah tu, zaman kanak2, apa yang tau. huhu

miashaf said...

Kawan circulate kat sini. Last few weeks pon ada gurls night in tayang that movie. tula first tyme tengok. best2. Hehe.