Pages

Friday, May 8, 2009

Jalan

Assalamualaikum wbt.

Buat kesekian kalinya, dah tiba musim bunga. Jadi banyaklah bunga yang tumbuh terutama di taman-taman sekitar Moscow ni. Petang Jumaat minggu ini buat aku ambil keputusan untuk menjenguk bunga-bunga aku yang ada tu. Huhu.. Tambahan pula, esok merupakan Dyen Pobedi (Victory Day). Mungkin ada yang menarik yang boleh dikongsi.

Tak seronok jika jalan berseorangan. Jadi, aku mengajak Dibah dan Fatt sertai aku. Aku ni sejak akhir-akhir ini suka benar menangkap gambar. Dengan bantuan dua model aku yang tak berapa nak tauliah sangat, maka terhasillah entri ini.

Kami bertolak dari rumah ke Okhotny Ryad selepas mereka habis kelas. Bertolak sebelum Asar tapi sempat kami balik rumah sebelum Maghrib. Dengan berbaju kurung, lagak macam model sebenar jalan atas runway. Huhu... Mana taknya, semua mata bertumpu ke arah kami bertiga. Manalah ada orang pakai baju kurung dok pose di tengah-tengah Bandar Moscow. Hahaha.. Layan sajalah. Buat apa nak malu? Baju tradisional rakyat Malaysia tu. Tambah-tambah ianya kelihatan sopan lagi. Bukan macam minah Rusia yang mengenakan skirt sesingkat mungkin. Lagak macam tak cukup kain saja nampaknya.

Bila nampak saja tulip berdiri tegak di atas tanah, aku seperti ayam baru jumpa semula anaknya. Tanya sajalah Fatt dan Dibah bagaimana reaksi aku tengok tulip tu. Memang menjerit. Hahaha.. Dapat bayangkan kah bagaimana aku menjerit dengan semua tahu ton suara aku yang sedikit memekakkan telinga? Hurmm.. Tapi banyaknya hanya warna merah. Ada sedikit warna kuning. Tapi tak apalah, belum semua tulip di Okhotny Ryad itu kembang. Masih ada yang belum tumbuh pun bunganya. Jadi nampak gayanya, ada lagi la peluang aku ke sana semula!

Gambar ini aku mahu kongsikan dengan kamu. Tapi maaflah ye, aku berkaca mata hitam. Panas dan silau! Huhu..

Kami bertiga

Inilah tulip kesukaan hamba!

Entah macam-macam gaya ada.

Pemandangan sekitar Red Square dan Okhotny Ryad.

Selepas puas bergambar, kami singgah berjalan-jalan di Manezh pula. Hurmm.. Kena faham sajalah, kami ni kan perempuan..

**Lama sudah tak tinggalkan jejak di sini. Maaf ye. Terasa macam mahu tutup saja. Tapi sayang.. :(

5 comments:

Ain Mardhiah said...

salam kak wani

waaaa... lawanya bunga tulip.. poskan satu ke jordan bleh? hehe

Shazwani Adnan said...

salam.

Ainul : pos? meh la dtg sini. klo pos, tak lepas imigresen. huhu

akak said...

Hamba pun peminat fanatik bunga tulip jugak nie..Nak jugak!!Bila la nak merase pegang bunga tulip ni. Best tak bau dia Wani?

p/s: Tak boleh tutup..pembacanya masih ade. Sunyi takpe, janji jgn tutup. Tulis la bila senang²...

Shazwani Adnan said...

salam

Akak : mana ada bau kak. Tak tahulah kalau masa tu hiung wani ada masalah ke tak kan. Tapi memang tak ada bau. hehehe.. Tapi cantik kan tulip tu... Wani SUKA sangat

Entah la kak. Tengok la dulu macam mana. Tapi sekarang makin datang pula mood nak update. Ni akak punya pasal la ni, aura akak masih kuat! =D

Shazwani Adnan said...

salam.

izzahsakinah : hehe.. itu untuk awak. =D