Selamat hari raya aidiladha. Keadaan raya di Moscow ada sedikit berbeza dari tahun-tahun lepas. Tahun ini di kedutaan ada majlis menumbang 25 ekor kambing biri-biri bagi sesiapa yang mahu berniat aqiqah dan korban.
Aku tak mampu melihat keseluruhan proses penyembelihan sebab sejuk. Tapi ada jugalah tengok nya. Tak ada la takut macam masa kecil-kecil dahulu. Waktu kecil dulu, takut nak tengok orang kampung sembelih kambing sampai menangis-nangis. Tapi kali ini tidak lagi. Hehe..

Lepas tu kerja-kerja melapah didominasi oleh kaum Adam. Hurmm.. Kita yang perempuan ni tolong tengok je la. Kerja melapah tu dibuat di garaj kereta yang bertutup dan dah pun dipenuhi oleh mereka-mereka yang bersemangat waja dan tegar membuat kerja-kerja itu. Huhuhuu..

Tapi ada sedikit gambar yang hendak dikongsi. Ini je la yang aku sempat tangkap sebab kambing lebih dapat perhatian dari kamera aku ni. Maksudnya aku lebih suka kambing dari tangkap gambar. Huhuuhuu
**Selamat hari raya dari Moscow.**Lama betul aku tak tulis kat sini kan? Hehehe
1 comment:
selamat hari raya aidiladha k.SA. Lagu albi nadak tu pon best sangat.suka =).
Post a Comment