Assalamualaikum wbt.
Sebenarnya kan, setiap tahun, kalau sekembalinya dari Malaysia, pasti beg aku penuh dengan barang makanan. Untuk stok setahun! Barang yang wajib ada adalah:
-Kicap
-Sos cili
-Cili api
-Serai + Daun limau purut + Bunga kantan
-Serbuk belacan, perencah segera
-Pati ayam, pati tomyam
-Bihun
-Maggi
-Kerepek (tahun ni je bawa 2kg!)
-Kuih raya (Hehehe maklumlah, raya kat moscow!)
-Sambal goreng buatan Emak
-Bekalan Panadol
-Cili kering/Serbuk cili
-Rempah ratus (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga,etc)
-Asam jawa
Tapi tahun ni, disebabkan Emirates Airline berbaik hati menaikkan kadar keberatan beg kepada 30 kg, maka aku telah menambah barang makanan. Kiranya macam nak pecah beg aku mengangkut barang-barang tu termasuk baju-baju sikit. Yang tambahan tu adalah : Lengkuas, kerisik, ketumbar, jintan manis/putih, pek segera Berahim (untuk kegunaan di masa-masa kecemasan =P). Kalaulah aku boleh bawa semua barang dari Malaysia, bagusnya la..
Biasanya beberapa hari sebelum balik tu, aku akan berada di luar rumah dan memetik daun limau purut dari pokok Emak, serai dari rumpun tepi semak, lengkuas dari pokok lengkuas tepi pokok limau purut dan bunga kantan dari kebun. Jimat kan? Tak payah beli-beli. Itulah kelebihan duduk kampung macam aku. Tapi sekarang kalau duduk bandar pun masih boleh bercucuk tanam serai tepi rumah juga kan? Cuma nak tak nak je =)
**Yang paling penting, BAJU RAYA! Walaupun tak dapat raya kat Malaysia, baju raya tetap kena ada! Tak boleh tidak =)
**Terasa macam nak kongsi je halaman rumah aku dengan pembaca. Halaman rumah yang penuh dengan tanaman yang pelbagai.

3 comments:
Hihihi.. apa salahnya kongsi gambar halaman rumah tu.. jadi teringin le plak nak tengok =P
salam..kira boleh jadi chef dah nie...!!!!.. Doktor chef!!
selamat berpuasa di rantauan ya!!
salam
Nonoi : Hurmm tu kena tunggu balik lagi sekali la =)
Achmed : Boleh la keje part time huhu
selamat berpuasa juga
Post a Comment