Assalamualaikum wbt.
Sekarang ni dengan khidmat internet yang sudah kembali ok, tiap-tiap petang lepas balik dari kelas dan lepas solat, aku mesti duduk bersila di depan laptop tengok satu cerita melayu ni. Tajuk dia Pertama Ramadhan Datang Lagi. Ramadhan lepas pun aku ikut cerita ni. Kan aku ni ratu cerita melayu, nak buat macam mana lagi kan. Tapi aku tak tahu sejauh mana kamu-kamu ni ikut cerita tu. Ni aku nak cerita sikit la ek pasal cerita tu.
Seorang lelaki, Hakim yang kematian isteri, mempunyai 2 orang anak, mengambil seorang gadis, Mila sebagai isteri barunya. Tapi yang si Mila ni masih belajar, menyambung masternya. Nak dijadikan cerita mereka ini berkahwin dan selepas berumah tangga, Mila masih menyambung pengajian Masternya. Tapi dalam cerita ini, Mila sangatlah sibuk belajar sehingga lewat malam, dan Hakim yang terpaksa menguruskan anak-anaknya ketika bulan Ramadhan. Tujuan asal Hakim mengambil Mila sebagai isteri supaya kehidupannya lebih teratur dan Mila boleh menolongnya mengurus rumah tangga, tapi yang terjadi sebaliknya. Hakim masih sibuk jua, dengan kerjanya sebagai pensyarah lagi, dan balik rumah kena mengurus anak-anak. Mujur anak-anaknya faham susah senang ayah mereka.
Tapi betul ke susah kalau berumah tangga sewaktu masih belajar? Aku tengok cerita tu, Mila tu sangat sibuk belajar, kalah orang lain. Itu buat aku terfikir, betul ke betul-betul sibuk macam tu? Nasib baik Hakim tu memahami orangnya.
Kat Moscow ni ada ramai kot yang dah kahwin sewaktu mereka masih belajar. Tapi tu semua senior aku la. Batch aku tak ada lagi. Tapi cerita tu memang buat aku terfikir tentang kesibukan dan komitmen.
Kalau cerita tu Pertama Ramadhan, aku pula Kelima Ramadhan =) Cuma hari tu aku dah sempat berpuasa seminggu di Malaysia. =)
**Tadi telefon Dr. Lewat juga Dr tidur ek? Hehe.. harap yang terbaik je untuk Dr. =)
**Hari ini asyik terfikir-fikir dan bermuhasabah je. Membuat penilaian diri ketika Ramadhan ni. Iman aku ni sama je ke, makin kurang ke atau ada bertambah? Harapnya ada bertambah la walaupun sikit.
**Anak saudara aku yang ke-10 bernama Nur Hasya Auni Qaisara Bt Baharuddin.

1 comment:
salam K.SA.. Kita pon tengok, tahun lepas xsempat nak tengok.nasib tahun ni ulangan dan ada sambungan...
Cuma tak suka bab yang orang kg hasut2 tu, xpasal2 Mila merajuk lagi.. Kesian si Hakim tu
*masih berfikir untuk berkahwin masa belajar..tup2 dah habis belajar..ehe.
ps : 1st time memberi komen.
Post a Comment