Pages

Friday, April 20, 2007

hebatnya futsal..

salam..
2 hari lepas,aku bangun dari tidur dalam pukul 5.30 petang. Mula tidur lepas Zuhur. Roomate aku yang lain semua ada kecuali KS. Tapi aku xtau mane pegi semua org. Yang aku tau, KS pegi jumpa kawan kt Metro Yugo Zapadnaya. Aku bangun tidur terus tengok laptop. Mana tahu ade org hantar mesej ke.. Betul! satu window yahoo messenger terbuka. Mesej dr Ili Abdullah Sharin (org panggil Ili je). "Wani, nnt bagitau Emy klo nk main futsal,turun dlm pukul 5.45 ptg." cepat2 aku kejut si Emy. Suruh die solat Asar pastu turun bawah. Ha.. bru aku ingat! waktu tu Fatt and Fareena pegi pasar, beli barang dapur. Dibah pulak x pasti, samada telefon msia atau study. Padanla sunyi je rumah.. Aku mmg bersemangat sikit klo bab2 sukan ni..lg2 futsal. satu2 nya game yg aku x pernah main. Ni la masanya aku cuba2 main.
Dalam pukul 5.50 petang, Ili ketuk pintu bilik. Ajak kitorg turun. Aku cakap kt dia yg Emy nk solat dulu, dan aku akan turun kejap lagi. ok.. dia pon turun la dulu..10 minit lepas tu, aku turun tapi aku singgah pasar jap. Beli carrots and cabbage. lepas dh beli, ak pun join Ili and Ikha main futsal. Dalam 5 minit camtu, ramai la yg turun dan join kitorg main..
Punya nk ckp betapa hebatnya futsal ni, kitorg main sepak2 bola tu against budak2 handball. Kiranya futsal vs handball la.. Dalam masa 30 minit main tu, 3 org injured.. Punya la lawak!!Ni baru main2, dh 3 org.. Aku x boleh bayang klo dh game nnt.. 3 org tu termasuklah aku ni ha.. Yang aku ni, aku xtau macam mana boleh terjatuh..mula2 rase sakit je kat lutut, so, aku buat xendah je la.. tapi aku stop main la lepas tu.. x lama lepas ak jatuh, miza pulak terseliuh! Ya Allah, apesal la byk org injured?? kebetulan KS balik, kitorg panggil dia suruh tgk2kn kaki Miza. Urut2 sikit..Miza dh boleh bangun walaupon terhincut - hincut.
Lepas Miza injured teruk, yang lain pon berenti main. Diorg pakat pegi Mir Vkusa (produkti kat Jalan Besar Pirogovskaya). Aku naik atas.
Sampai kat bilik, aku rasa lutut aku sangat sakit.. aku pon tengok la, mana tau luka ke.. memang!! berdarah! Cuma x kene kt track bottom yang aku pakai je.. cepat2 aku pegi amik kapas pastu basahkan. konon2 nk cuci la luka tu dulu.. then, aku sapu ngan minyak gamat (sekali sekala jadi tradisional kt bumi Moscow ni, ape salahnya kn??). tgh sapu2 dgn minyak gamat tu, Fatt pulak ckp kaki dia lebam main futsal. Wah!! dh 3 org ni.. Luka aku tu x teruk tapi sakit. Aku rasa nk tergelak sbb sepanjang aku berkecimpung dalam sukan ni, rasenye belum pernah aku jatuh, luka dan berdarah.. selalunya aku luka time aku main kejar2 kecik2 dulu..Malam tu, around 1 am, Miza called. Dia nk cari KS tapi waktu tu KS dh tidur. Penat sgt agaknya. Time tu la Miza bgtau yg kaki dia dibandage. Sakit sgt katanya.. aku pulak belum sempat nk lawat dia kt tingkat 6 tu..hhmmm..nnt Miza aku lawat ko ye.. Aku nk ikut Emy n Fareena lawat ko tadi, tp aku tido la..
Lepas 2 hari aku dapat 'hadiah' hasil main futsal, aku asyik terfikir.. seronok jugak main futsal ni.. sebab main ramai2. Aku main pon bukan hebat sgt. Tendang bola pon xkene. But so far, i enjoyed! rasa macam ukhwah yang sgt kuat! seronok sangat!!
Tgh study biochemistry, aku tgk lutut aku, kejap2 sentuh luka tu.. sakit lagi.. mujur xboleh keluar, xde la aku kene jalan byk sgt.. tapi aku still rasa kesian kt Miza. Kaki dia macam teruk je.. waktu latihan fire drill pon, Pip (roomate Miza yg juga groupmate aku) kata Miza xboleh turun. dia cakap, "Aku kunci pintu bilik!". Maksudnya..Miza dikunci di bilik sendiri! Aku mmg rasa kesian..Aku senyum.
Tu la hebatnya futsal.. tapi hebat lagi klo main ni, boleh kuatkn lagi ukhwah sesama kita..Ukhwah kerana Allah sangat indah..

5 comments:

Anonymous said...

wani, doakan aku segera sembuh, nak gi tandas pon susah, tp bagus jugak sesekali sakit...membuatkan kita berfikir tntg apa yg kita dah buat, berfikir tntg kesalahan kita dan ingat utk masa akan dtg.

tak dtg lawat pon takpe, nak study kan, colloq byk nih

all the best!

amnah my. said...

salam wani,

my 1st drop here.. owh.. miza sakit kaki ke?.. baru tau.. kesiannya korang.. baguslah walaupun cedera tapi masih semangat nak bersukan untuk m1. chaiyok!! m1 mesti menang tau.. kite tak terlibat ngan sukan.. tolong sorak pun belum tentu.. takpelah, kite bagi semangat ni..hehe..

Shazwani Adnan said...

to:miza
insyaAllah miza,time colloq, ko insyaAllah dh baik.. ye la.. mane boleh skip colloq!!
to:amnah
go..m1..go..amnah kene jd penyokong setia!hehe

miashaf said...

Awatnya.. main futsal pon boleh cedera teruk.. Berdarah kot? aku selama berkecimpung dalam arena futsal ni..tak penah lak cedera .pelik gak.. main ganas sgt kot.. any way, aku sebenarnya kesian kat ko wanie. sebab tak pernah main futsal sebelom ni (gelak evil, hahaha). aku dinner pizza halal kat sini tadi. hehehe.. jangan jeles.

Sarah Mohd Shukor said...

salam,

mula2 ks ingt yg wani duk pegang lutut tu sbb jatuh kt bilik air ke apa. baru pg smlm ks tau yg tu sbb jatuh waktu main. mcm2 la wani. ks plak sakit kaki sbb jalan kaki wkt nak gi training pinpong tu. dh la gi sorang2. allah je yg tau mcm mane sakitnye. seb baik dh ada kasut baru nih (ngeh3). baru la comel skit wkt beraksi nanti.. hins hins hins.. kita nak suit warna apa thn ni? putih? biru muda? pink? jen jen tu suka oren tp ks tak rela pakai oren wei.

semoga semua yg tercedera secara sengaja ataupun x dlm insiden2 latihan ni akn cepat sembuh ye.

syafakumullah...