Assalamualaikum wbt.
Ketika aku menulis patah perkataan ini, hanya seorang teman sebilik aku yang masih berjaga. Seorang lagi sudah lena diulit mimpi. Tatkala itu juga aku berehat sebentar dari menelaah. Lantas aku 'sign in' blogger.com kerana tiap kali aku rasa jatuh, gembira, sedih atau berduka, inilah tempat aku curahkan segalanya.. Dan kesekian kalinya sekarang aku rasa macam...... "penatnya belajar.." Tapi selalu ingat pesan mak, "Ilmu tu penting, ia menjamin masa depan kita lebih - lebih lagi apabila jika sesuatu yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang." Tiap kali musim periksa, begini jugalah perasaan aku. Risau tak menentu. Nak kata sebelum kelas tak bersedia, aku sedaya upaya bersedia. Nak kata preparation last minute, boleh juga dikatakan begitu. Tapi kadang - kadang rasa risau tu lebih dari rasa nak belajar! Hurmm.. "Takpe Wanie! Dont give up!" Baru aku akui yang tahun 3 ni memang mencabar! Dari zaman kakak aku ambil medic dulu, dia pon pernah beritahu yang banyak2 tahun, tahun 3 dan 4 yang paling tension dan busy. Asyik ingat nak balik Malaysia je..
Di kala ini juga, aku amat memohon kepadaNya agar memudahkan urusan exam aku dengan jayanya. Agar aku boleh menempuhnya dengan tenang. Di kala ini jugalah aku teringat sahabat - sahabat yang juga bertungkus - lumus mempersiapkan diri untuk exam. Semoga berjaya..
Selasa >> Pharmacology
Rabu >> PathoAnatomy
Khamis >> Internal Diseases
Jumaat >> Russian Language (ni pon ade exam gak! Waaaa....)
Sabtu >> Path Physiology
Next week:
Next week:
Selasa >> colloqium Pharmacology
Rabu >> exam Microbiology
Khamis >> Aku bakal pengsan mungkin.....
~ Allahummaftah 'alaina hikmataka wansyur 'alaina min khozaaini rahmatika yaa arhamar rahimin... Amiiinn ~
~ Allahummaftah 'alaina hikmataka wansyur 'alaina min khozaaini rahmatika yaa arhamar rahimin... Amiiinn ~
4 comments:
wow berturut2 tuh...giler2...
mmg tyme blaja patho pharma microb..3 subjek nih mmg killer tol r....lg2 pharma..nk pecah kaple woooo...xpe2 wani...aku da bleyh wat.ko mst lg bleyh punye...allah ma'ak
allah ma'ak! berusaha!
berusahalah wahai housemate ku..jgn mudah mengalah!Lepas ak pharmaco ari khamis tu,kite enjoy sakan!=p
salam to all,
asma,
hurm.. nih bru habis satu exam. insyaAllah, ok.
kaza wa kaza,
hurm. u hv such a nice blog. but i cant read thru it rite now. may be later i'll reach u! wait huh.. nice to see u here..
fareena,
ni tgh berusaha la nih! hg usaha gak ok.. kite yg same2 tension..
Post a Comment