Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Selamat sudah aku menduduki paper terakhir untuk peperiksaan kali ini. Huh! Berjaya juga aku tempuh tahun 3 yang dikatakan mencabar ni. Apa pun, kalau kita berusaha, mesti usaha kita dibalas, kan?
Semalam adalah hari paling panjang aku rasakan. Dari pagi, aku bangkit pukul 7.20 pagi (memandangkan aku tidur selepas solat subuh pukul 3.30 pagi) untuk bersiap dan menjawab exam. Tempat exam tu jauh. Jadi aku bertolak awal 1 jam dari masa yang sepatutnya. Pagi - pagi semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Sudah selesai menjawab exam dalam pukul 12.15 tengahari , kami dikehendaki menunggu keputusan kami dan mengambil buku zachut (credit book yang lebih kurang macam report card, kat situ markah exam kami direkod. Buku ni amat penting bagi semua student MMA, macam aku) selepas jam 3 petang. Tapi, ramai antara kami hanya memesan buku zachut tu pada rakan yang masih tinggal. Sebab: (1) Semalam hari Jumaat. Ramai guys balik terus untuk mengejar solat Jumaat. (2) Semalam juga ramai yang balik Malaysia. Masing - masing mengejar flight, jadi oleh kerana takut terlepas, mereka balik dulu. (3) Ada hal lain yang tak boleh dielakkan. Sebab yang ketiga ni termasuklah kes aku. Mulanya aku memang mahu tunggu, tapi tiba - tiba Dibah call bagitau yang dia dan Emy bertolak ke airport pukul 4. Jadi aku rasa tak sempat nak sampai maka, aku pun turut pesan pada kawan aku untuk membawa pulang aku punya zachut book tadi.
Kisah bersambung. Entah macam mana entah, tahu - tahu ada yang dah balik bawa semua buku zachut tu. Tapi buku zachut aku tak ada! Bukan aku seorang, ada lagi dua orang yang juga groupmates aku. Aku risau juga, hantar diorang pergi airport tapi hati resah sebab zachut tu still kat tempat aku exam. Time tu aku on the way ke airport. Aku minta tolong member aku ambilkan buku tu hari Isnin. Sebab time tu aku dah ada kat Malaysia. Aku definitely tak boleh ambil. Kalau tak, memang aku ambil sendiri je. Malas nak susahkan orang. Kebetulan dia pun balik Malaysia lebih lewat dari aku. Benda tu buat aku sakit kepala. Dengan pakcik teksi bawa teksi tu macam pelesit (bak kata kakak aku, Mimin kalau orang bawa kereta macam jalan tu bapa dia yang punya.). Berdenyut - denyut kepala otak. Dah la tak berapa cukup tidur. Lepas tu pulak, duduk dalam kereta yang bergoyang - goyang macam tu. Huh! Sungguh mencabar kesabaran.
Aku tidur la sebab dah tak tahan sangat sakit kepala. Bawa minyak cap kapak pun tak lut. Tiba - tiba... Dum!! Aku dari tidur, terus terbangun. Rasa sakit. Mana taknya, terhantuk kepala aku dengan seat driver depan. Pakcik tu terlanggar kereta depan. Accident kecil. Dah jadi masalah... Dah la nak kejar flight. Mujur sempat catch. Kalau tak, sia - sia je..
Entahla.. Aku balik - balik je semalam, terus solat lepas tu terbaring, melepaskan lelah. Dah tak sempat nak melayan member - member.. Kat bilik ni pun aku sorang - sorang. Lepas hantar diorang semalam, bilik ni terus kosong. Kena tunggu diorang balik dari Vienna esok pagi. Tak apalah. Harap - harap semua ok. InsyaAllah.
Dua benda yang jadi tu : (Buku zachut tercicir & terlibat dalam kemalangan kecil di Moscow!) buat aku terfikir, alhamdulillah aku selamat. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam..
4 comments:
wanie jgn takut sensorang oke.
ryn rase xde pontianak ckp ruski.
hahak!
ciannyer die sensorang kat umah. meh cini rynn teman :p
macam-macam hal kalau nak cepat tu..tapi takpe la semua dah selesai. Selamat balik kampung!!!
da elok kepala?
Salam To All.
Ryn: sorang2 pon, dh selamat dah.. :D
Akak: thanks akak! tu la, kalau nak cepat tu, memang ada aje yang tak kena..
Anon: alhamdulillah.. dah elok dah.
Post a Comment