Pages

Saturday, January 30, 2010

Tautan Hati

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Pagi tadi baru aku habis membaca sebuah novel yang aku kira sarat dengan ilmu dan method dakwah yang berkesan. Tautan Hati. Itulah judul novel tersebut. Cerita yang dikarang membawa pembacanya mengalami keadaan yang sedang diceritakan. Suasana yang penuh dengan bi'ah solehah kadang kala meruntun jiwa aku, membuat aku menitis air mata. Air mata tanda terharu, tanda insaf dan kembali muhasabah diri.

Kasih sayang lillahi taala yang diterapkan dan ukhwah yang utuh mengajak aku mengikuti kesudahan kisah mereka. Novel yang penuh dengan peringatan, potongan hadis dan tafsiran ayat suci al-Quran. Novel yang penuh dengan rangkaian sajak ketuhanan dan tazkiyatun nafs.

Aku terkedu dan terdiam tatkala menghabiskan satu chapter. Setiap chapter mengandungi pelbagai pesanan. Setiap kali aku baca, setiap kali itulah aku mengaitkan diri aku dengan kisah itu. Diri ini yang kurang ilmunya, diri ini yang kadang kala leka dari mengingati Penciptanya, diri ini yang perlu dibersihkan hatinya dari segala hasutan dunia.

Ya Allah, alangkah susahnya menjaga hati. Hati yang kecil itulah yang paling sukar dijaga dan dibersihkan tapi amat senang dikotori jika tidak tersedar. Kata-kata yang diungkapkan oleh Umar Al-Mujahid dalam Tautan Hati : Hati ini ibarat secangkir cawan. Jika tidak diisi dengan air, molekul angin akan mengisinya. Hati ini jika tidak diisi dengan iman, kotoran akan memenuhinya.

Ya Rabb, ajarilah aku dengan petunjukMu. Tuntunilah aku ke jalan yang betul-betul Engkau redhai. Peliharalah aku dan ahli keluargaku dari hasutan dunia. Bantulah aku memelihara hatiku dari kotoran yang hanya akan hilang dengan mengingati dan berkasih sayang keranaMu.

**Allah masih sayang jika seseorang itu menjadi insan terpilih memiliki hidayah Allah.

1 comment:

rizal said...

Salam wani,

Baca novel tu dengan serius, banyak yang kita dapat.

Mampukah kita jadi seperti mereka???