Assalamualaikum wbt.
Dua minggu lepas, aku bersama 6 akhawat yang lain pergi menghabiskan hujung minggu di sebuah tempat di utara Moscow (Yakhroma) dalam keadaan yang sejuk mejuk itu. Di samping bermain ski dan luncur ais (skate), sepanjang duduk dua hari satu malam di sana juga, kami berpeluang berjumpa dan beramah mesra dengan masyarakat Muslim di sana, sama ada yang tinggal di kawasan sana atau yang melawat sana untuk bermain ski seperti kami.
Dan mereka sangat teruja berjumpa kami seteruja kami bertemu mereka. Terasa jiwa ini terikat betul dengan ikatan iman yang sangat utuh. Terasa sangat gembira bertemu mereka yang seakidah. Rasa duduk di kelompok yang penuh ilmu dan bi'ah solehah.

Di atas inilah kami bertujuh bergambar dengan seorang muslimat yang sungguh lemah lembut tutur katanya. Comel bukan beliau ini. Tapi maaf, sudah berumah tangga selama dua tahun setengah! Beliau bertanya kepada kami, "Mengapa tak kahwin awal? Belajar bukan masalah! Saya sendiri berkahwin sewaktu suaminya sedang belajar." Hehe.. Suaminya itu graduan akademi aku. They are sweet couple! Seriously!
**Cukup untuk setakat ini. Lain kali kita jumpa lagi insyaAllah. ^^